Selasa, Februari 12, 2008

Sebuah cerita yang panjang...

Semalam aku cuba mendail nombor hanfon tu ..tapi tangan ni teragak agak!nape le tiba2 je kejung tangan aku nih!sememang aku percaya dan amat percaya sekali dialan tu akan membawa aku pada sebuah cerita yang panjang..panjang dan amat panjang sekali untuk aku huraikan.

Akhirnya nombor tu terdial juga. 5 kali deringan takde sape angkat. Nampaknya takde lagi peluang aku untuk berckp dgn dia. Aku cuba dial lagi kali kedua dan ketiga..tapi takde sape yg jawap! Pada aku..itu adalah ketentuanNya. Noktah!

Sebelum aku buat keputusan mendial nombor tu, aku dpt nombor tu dari opismate aku. Seminggu sebelum tu dia dah bagi tau aku, ade seorang kwn lama kirim salam. Dia terjumpa kawan lama aku dalam sebuah kursus. Opismate aku bgtau nama dia… Tapi aku gagal mengingati namanya atau pun aku sengaja menggagalkan ingatan aku!!

Semalam sejurus opismate aku bagi nombor fon dia, ntah kenapa aku tiba2 berani je nak call jugak nombor tu. Tapi tu la dia..takde org angkat..aku dah mencuba !!

Selepas tu waktu ptg dkt2 nak balik, aku terima panggilan. Dia tanya sape yg call sbb ade miscalled. Ini lah dugaan maha hebat yg terpaksa aku akui..yer..aku sdg berckp dgn seseorang yg aku kenal dari zaman kanak2 lagi..seseorang bahkan bukan seorang tapi semua…org2 yg telah aku buang dari hidup aku!Dia adalah kwn lama aku di sebuah perkampungan kecil. Kwn perempuan. Kwn lama aku di sekolah. Dari zaman tadika sehingga darjah 6.
.
Sebuah cerita yg panjang, segala galanya bermula di sebuah perkampungan kecil. Aku tidak mahu mengingati dia, kwn lama ku itu kerana dia sekaligus membawa aku kembali ke masa silam!Cerita di sebuah perkampungan kecil di mana segala galanya bermula di sini. Segala-galanya tentang aku bermula di sini.
.
Ya Allah byknya kenangan manis aku di perkampungan kecil itu, takde yg pahit, sebab itu aku tidak mahu mengingati walau sekelumit pun kenangan di situ kerana ia akan membuat aku menangis tanpa henti. Di sini aku tau ape erti hidup! Aku dan keluarga aku meninggalkan perkampungan kecil ini seiring dgn kejayaan abg dan kakak2 aku dan perubahan keluarga membawa kami berpindah ke sebuah rumah yg selesa di sebuah bandar.
.
Saat aku melangkah keluar dari pekampungan kecil itu aku membuang semua, kwn2 aku, dan kenangan2 di situ, dan aku membunuh segala galanya tentang aku!kejam ke aku ni ha?bukanle aku memutuskan silaturrahim tapi aku mengelak dari segala2 nya yg boleh mengaitkan aku dengan perkampungan kecil itu. Aku takut..

Takde sape yg tau (kecuali ahli kuarga aku) ...aku sebenarnya mempunyai seorang abg di atas aku. Mmg yg sulung dalam keluarga aku adalah abg aku..tapi sekirannya seorang abg aku masih lagi hidup (abg di atas aku) aku ade 2 abg….sbb itulah org melihat jarak yg jauh antara aku dan kakak di atas aku..sebabnya di atas aku adalah arwah abg aku.
.
Di perkampungan kecil itu terlalu byk kenangan aku dan arwah abg aku itu. Tak jauh jarak usia kami..kami membesar bersama..sehingga ajal memisahkan kami!!! Bencinya aku mengingati perkampungan kecil itu, kawan2 lama aku di situ, dan segala2 di situ kerana yg manis itu terlalu pahit utk aku kenang..di sinilah cerita tentang aku bermula dan berakhir....

Mlm tadi aku tak boleh tido, dah aku jangka, sesuatu yg membawa aku tekenang pada masa zaman kanak2 itu boleh membuatkan aku tak dpt tido. Yang pastinya wajah arwah abg aku terbayang2. Aku tak dpt tido..sehinggakan aku terbgn lewat nak ke opis.
.
Nasib sempat swipe kad aku..klo tak ..merah dahhh!Aku berharap selepas ini takde sape2 lagi yg boleh bwk aku pada cerita di perkampungan kecil itu…Arwah abg aku sudah pasti tempatnya di syurga…, nama arwah abg aku itu sentiasa dlm doa solat aku.. 20 tahun lebih sudah berlalu...aku rindu aku rindu aku rindu, tunggu ya ..aku balik..aku kan ke kubur, kita berbual lagi yer!

I love u Abg Yuhanis!!

9 comments:

haja berkata...

kak yaya...meleleh2 lak air mata ni membaca bait2 akhir citer ni. sedihhnye. tapi ati ni selalu brpesan...org yg kite plg sayang tulah, kite trpksa lepaskan. dan Selalunya apa yang kite nak tulah xkan dapat....:((

imz berkata...

ada kdg2 org mempunyai satu sejarah hidup yg x bleh dilupakan...tapi hati kita dh tawar nk mengingatkannya kembali...

arniyanti berkata...

kak Yaya...
sakit hati kita boleh gak ubat walaupun makan masa yang lama..tapi kalau sakit rindu....kita sendiri yang seksa...
Kenangan adalah sesuatu yang sukar nak dilupakan...

Aleeya berkata...

haja, imz, arniyanti : hilang org tesyg ni (ahli kuarga) ..sakitnya takde sape yg leh tolong..hanya yg mengalaminya..merasainya.

ida.. berkata...

betul... hanya yang merasai akan mengetahui betapa sedih dan hibanya....hukhukhuk...

arianna adrizal berkata...

sy kalau terfikirkan aje pun akan kehilangan org tersyg, dah rs tersentak. tak tau la mcmana kalau betul2 jd kenyataan satu hari nnti..

Aleeya berkata...

ida : nasib kita sama..

arianna : arap2 ia tak belaku kat awk..

Ct eLLy berkata...

tabahkan hatimu.. aleeya

Aleeya berkata...

tq ct elly

Demi Cinta Ini

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker