Khamis, September 11, 2008

Duit Raya


Seperti raya2 sblm ni pun masa aku bujang mmg aku sediakan duit raya untuk anak2 sedara aku iaitu anak2 pada Abg dan kakak2 aku!!. Semuanya 20 org ok. Campur Damia 21..tapi Damia anak sendiri kan..tak kira lah..he he… Ramai kan..Anak2 sedara u ols ade tak seramai anak2 sedara aku! Untung la yg takde anak sedara ehh tak yah kuar duit raya lelebey kuikuikui…

Untuk anak2 sedara aku cam biasa siapkan rm10 seorg, sbb nya klo bagi kurang dari tu..diorg bebel..aku takleh bagi lebih dari rm10 ...sbb diorg ramai..kang bengkraple aku kan..haisshhh budak2 zaman skang ni mata duitan taw..contohnye anak sedara aku..klo bagi rm2 ke..mula la diorg bising …"alaaaa 2 ringgit jek ke auntie ya"..lazer2…klo zaman auntie yaya dulu dpt 50 sen pon dah sonot tawwww!!! Tahun ni turn aku beraya di Perak..kg halaman parent aku…tawon lepas masa aku peknen 8 bulan lebih aku beraya kat Johor kg hubby.

Pagi raya kat kg yg ade nnt kakak aku no. 2, 3 dan 4. Abg aku iaitu yg no. 1 ..beraya kat umah mentua dia kat Penang. Kakak aku no. 5 beraya sekuarga kat Ostolia. Adik lelaki yg no. 8 beraya umah mentua dia kat Kedah. Yg bujang adik pompuan aku of coz le beraya kat umah parent kan. Meriah jugakla…Then cam biasa..famili we ols ni jenis beraya kat dua tempat..raya ke 3, aku tunggu dulu abg dan adik lelaki aku sampai umah parent..lepas maaf bermaafan baru aku balik umah mentua kat Johor.

Tradisi we ols mmg camtu…at least adik beradik tetap bejumpa jugak walopon beraya di umah mentua kan…biasanya raya ke 3 or 4 baru balik umah lagi satu. Klo beraya umah parent dulu, raya ke 3 or 4 mesti balik umah mentua lak. Begitula sebaliknya. Tradisi pagi raya gak cam biasa, pegi semayang raya then kuarga besar kami akan bermaafan maafan + bergambar gambaran.. pastu mkn hidangan pagi tu sama2. Pastu begerak/bekonvoi ke kg nenek aku ..tak jauh dlm 20 minit.

Kat kg nenek tu kat umah dia mcm tempat bekumpul la..adik beradik mak aku…a.k.a pakcik/makcik aku la kan..mak aku pon kuarga besar kan…aku amik peluang le jumpa sepupu2 aku yg ramai nak mampos tuh…lepas mkn2 semua…betolak lak kat kg abah aku tak jauh dari situ lebih kurang 15 minit jek…kat kg abah..ade la adik beradik abah lak…a.k.a makcik/pakcik aku la gak..dan sepupu2 aku…(arwah atok/nenek belah abah dah takde) ..then ..baru balik umah we ols.

Pastu tghari nya lepas zohor konvoi lagik..gi umah sedara mara mak tak jauh dari kg nenek. Kat sini ade makcik/pakcik mak…aku pun tak reti nak panggil ape..atok kot..takkan nak panggil makcik gak..sbb mak dah panggil makcik he he…Lebih kurang perjalanan 30 minit. Lepas beraya dari satu umah ke satu umah sedara mara rapat tu ptgnya baru balik umah..huhhhhh letih…..Semua tu sedara rapat mak tau..aku ni ramai tul sedara mara..sbb beradik mak abah aku sgtla ramai..pastu kuarga makcik/pakcik atas2 pon sgtlaaaaaaaaaaa ramai. Arghh peninglak..pakcik makcik atok nenek mak nenek huhhh abaikannnnnn.

Klo kebiasaanya pagi raya org ziarah kubur ..we ols sekuarga lak gi sebelum raya..maybe lagik 2-3 hari nak raya dah ziarah dulu kubur2 arwah atok/nenek dan abg kesygan aku..iaitu abg no. 6, aku kan no. 7. Pagi raya takde agenda ziarah kubur bagi kuarga aku. Kami sekuarga takmo sesedey di hari raya kan ..so ziarah sblm raya...Raya kedua lak..ari we ols tunggu tetamu. Biasanye ari2 gini we ols tunggu lak kunjungan balas dari pakcik/makcik or sedara2 mak abah dan biasanya dari pagi sampai ptg..tetamu tak henti2 dtg..sampaikan gelas cawan kat umah tu tak sempat rest..

Ini adalah raya pertama aku beraya dgn Damia..tawon lepas Damia still dalam perut..mesti Damia letihnye la nak lalui pengalaman pertama nya neh he he. Hmm tak sabar lak nak raya..oopsss terlupa lak aku..satu kuarga kakak aku takde kan..beraya kat OZ so..anak dia 5 org la takde..selamat duit rayaaaaaaaaaaa ha ha ha..save bajet..ok la ..tu u ols..selamat berbuka yer..

18 ulasan:

eLiyaShaKa berkata...

salah kira la sis yaya...owh klu 9 nov plak sama ngan adik lelaki eliya.senang nak igt bday damia nti.raya kat perak?kat ne tu? sbb nti eliya pun ikut shaka balik kg dia kat perak..

Mak Su berkata...

anak buah maksu + paksu ada lebihkurang 40 org, so dorang tak merasalah duit raya sorang seploh hengget,... huhuhu pokailah mak sedare

NieZearm berkata...

sambut puasa pun dah shahdu. raye nnt cemane la plak..

Mieza berkata...

haah bdk skrg ni bg rm5 pun mengiau...tp aku pedulik apa...tak bg kang baru tau...:p

kedek ek dpt auntie cam aku ni...

KV berkata...

anak sedara kv pon ramai jugek. Tp kv bagi RM 5. Hehe

IdaShah berkata...

adess fening membaca nya mmg rmi kaum kerabat ko...

byk lah damia dpt duit raya thn nie

mummysyafie berkata...

sib baik umah mentua aku just 15 minute dari umah mak aku..so takde lah nak rebut²..tapi tahun ni sampai dulu dari kl..aku akan bermalam kat umah mak..tapi still leh gi umah mentua gak..ngeh..ngeh

Tny berkata...

laa.. duit raya.. utk sy ada jugak ke? ;)

nads berkata...

waduss...
ramainyer anak sedara kak yaya...
nad ade 3org jer anak sedara...
huhuhu...

yang penting kak yaya jimat lima puluh hengget taun nih...
keh3...

Koboi mana boleh minum air Susu!! berkata...

ni ade lg sorang anak sedara... nk 2 sampul berisi... wakakakakaka

mama ranggie berkata...

alamak..ramai gak anak sedara yaya ye...mama baru 6 org ni pun dah terasa...

nuarliesya berkata...

hai salam kenal, ramai nyer anak sedara kompom meriah kan....nak juga ang pau raya boleh tak? anak ada 2, saya 1 hubby satu...haaaa jadi 4..heeheeehehheee..sukalah damia ada sepupu yang ramaikan..rasa meriah gitu..

rillys berkata...

oo 1st time damia beraya ni..
mesti byk koleksi duit raya!
bestkan bila terkenang blk suasana
bila beraya..seronok ;)

MiSZuE berkata...

kak yaya nk duet raya hehehehe

Nurmala berkata...

Anak² sedara tu maknanya anak² adik beradik je kea tau anak² sepupu sepapat pun termasuk sekali??

Ibu_Hamzah berkata...

wah bestnya dpt rm10.. kita bg rm2 jek.. huhu ikut bajet!! anak sedara xramai, yg ramai sepupu jek.. sbb still kecik2 lagik..

eedany berkata...

nak duit raya...hiks.

:p

Kasawari berkata...

jangan lupa duit raya utk kasawari ek.. kasi sampul yang tebal2 sikit isinya.. he he