Jumaat, Ogos 29, 2008

MAFIA

Kete baru ker???Tapi plet kete M negeri Melaka????I'm Perakian, Hubby Johorean..hurmmm Aku keje kat Putrajaya n Hubby lak kat Shah Alam, Selangor...ishhhh..nape nak plet kete M lak ehhh. Aku suka la ..lagipun kete aku..bukannye kete hubby aku hehehe...boleh ke dapat??

Aku nak plet kete MAF14...klo dari jauh org baca MAFIA lah...he he ok dak??Brutal tak aku..So nanti2 klo u ols nampak kete plet MAFIA tu...@ MAF14...tu kete aku lah yer..kah kah kah..verangan di situ...kah kah kah..doa2 la aku cpt dapat kete baru ehh...psssttt tak sangka ..ade gak org nak beli satria burok aku tu hikssssssss:))

p/s jgn le ade org yg dah guna no plet ni klo dak..tak dpt le..:((

Rabu, Ogos 27, 2008

keranamu kami bebas merdeka....

Aku dalam mood nak MERDEKA he he...jom layan lagu Keranamu Malaysia ni.. best best...!!Aku lebih suka lagu ni dari lagu Msia Ku Gemilang tu..Lagu Keranamu Malaysia ni lebih rancak la..tapi aku dengo la gak lagu Msia Ku Gemilang..tak lupa lagu Batu Puteh Dalam Kenangan..ahakssssss ade ke lagu tuh..ooopsss takde rupanya....jom layan lagu faveret aku neh..



KERANAMU MALAYSIA

Patriotik sungguh aku kan...ni hambik lirik nye skalik..ada sape2 nak duet ngan aku lagu neh..jom nyayik sama2 seyhhh..aku suka sgt lagu nehh..dan kerana semangat patriotik aku bekobar kobar..aku dah belikan satu baju fesyen askar untuk damia..ye lah kecik2 kena tanamkan semangat patriotik anak kita okeh, supaya anak aku tak mudah lupa nnt ..nnt aku amik gambo Damia pakai baju askar tu okay kah kah kah..ok la jom nyanyik sama aku..jgn lupa lirik yo..nyanyik betoi2 ikot lirik....

Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Ahad, Ogos 24, 2008

borak borak itu ini

Me, Damia n hubby : Jalan2 carik makan kat pizza hut

Sekejab je nak abes bulan Ogos kan?Ini adalah minggu terakhir kita di bulan 8 neh. Ujung bulan ni, 31 Ogos kita akan sambut Merdeka. InsyaAllah awal September masukla bulan Ramadan. Awal September juga besday aku ha ha ha. Nampaknye tawon ni besday aku jatuh hari puasa he he.

U ols semua dah plan cuti merdeka ni nak ke mana ker?Hubby aku awal2 dah plan nak balik ke kg dia. So aku berada di Tangkak masa cuti merdeka nnt. Apapon, posa tawon ini amat bermakna kerana buat pertama kalinya berposa bersama anakanda terchenta..Damia. Last year aku posa..aku tengah sarat mengandungkan Damia. Lepas raya baru bersalin he he.

Tentunya pengalaman posa tawon ni akan mengukir satu pengalaman baru. Ramadan..tak sabarnya aku tiba saat itu, sesungguhnya aku terlalu rindu menanti bulan istimewa ini. Syukur kerana masih lagi berpeluang untuk menyambut bulan mulia ini. Semoga tawon ini aku dapat menyempurnakan posa aku dengan sempurna! Rasanya tidak terlalu awal untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Selamat Berpuasa untuk semua bloggers!!!

Jap lagi aku nak layan Gangstarz ..final mlm ni. 5 grup bertanding-One Nation Emcees (Malaysia), Paragon Child (Filipina), D'reborn (Indonesia) , 3.5 (Filipina) dan Akasia (Malaysia). Aku arap One Nation Emcees la jadik juara Gangstarz musim ke2 neh. Sebabnya diorg mmg best lorhhh!!!Jom tengok Gangstarz sama2 jommmmmmm...

Sabtu, Ogos 23, 2008

Selamat Pengantin Baru !!!!

"Selamat Pengantin Baru kawan-kawanku.."

Dari album perkahwinan aku : Kenduri Kawen di Kampar, Perak - 16 Dec 06

Dari album perkahwinan aku : Majlis persandingan di Tangkak, Johor - 25 Dec 06

Hari ni terlalu ramai kawan2 aku yang buat kenduri kawen. Ye lah cuti sekolah..yang bujang memasing nak rebut peluang kawen time cuti sekolah ni kan...Maaf aku tak dpt memenuhi semua tuntutan undangan. Lagipun parent aku ade di rumah kakak aku skang neh, so aku nak visit diorg.. Tapi kalau sempat aku nak gi salah satu kenduri kawan aku di sekitar KL.

Untuk kawan2 aku yang bekawen arini dan esok.. Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru okeh. Semoga memasing bahagia ke hujung nyawa. Perkahwinan adalah satu ikatan suci. Pada sang suami, peliharalah isteri, anak2 dan rumahtangga sebaik mungkin!! Pada sang isteri, kini syurgamu adalah suamimu. Patuhi segala nasihatnya dan jangan sesekali menyakiti hatinya.

Juga ...selamat menempuh cabaran mendatang dalam perkahwinan, semoga bijak menangganinya ya!...sesungguhnya cabaran itu amat mematangkan dan suatu pengalaman untuk masa akan datang. Semoga kalian dikurniakan cahaya mata kelak. Oppsss terlupa la..Selamat Berbulan Madu he he... Alang2 bercinta dan berkawen..biar sampai menutup mata! Amin...

Selasa, Ogos 19, 2008

@ Kulim, Sg Petani, Alor Star and Jitra, Kedah !!

Damia dalam kete on the way ke Kedah

@Kulim and Sungai Petani, Kedah

@Alor Star, Kedah : kenduri kawen Kam (kwn hubby)

@Jitra, Kedah : Jumpa Am (adik hubby), Am (berbaju hitam mendukung/memegang Damia)

@Kampar, Perak : My hometown, ...tesko baru bukak kat belakang umah parent aku!

Sungguh menyeronokkan dan meletihkan percutian aku. Hari ni pun aku masih cuti rehat. Sebenarnya aku bercuti ke Kedah bermula hari Sabtu lepas. Kg aku bukanla kat kedah yer, pada yang dah tau ..kg aku di Kampar, Perak.

Aku ke Kedah kerana 2 tujuan ..pertama kerana melawat adik dan adik ipar aku yang baru saja kehilangan baby lebih kurang 9 hari yang lalu di Kulim Kedah. Kami pergi 2 kereta iaitu dgn keluarga kakak aku yang nombor 3 iaitu Kak Anira dan 3 org anak nya Almas , Qusyairi dan Danial. Aku lak dlm satu kete bersama hubby, damia n my parent. Hubby aku drive sepanjang perjalanan.

Kami semua dok umah adik aku di Kulim Kedah. Alhamdullilah adik dan adik ipar aku berada dalam keadaan baik dan sihat sejahtera, sesungguhnya mereka adalah insan yang kuat semangat berbanding aku :)). Lebih2 lagi adik ipar aku ..aku puji ketahanan mental nya yg kuat menghadapi dugaan..aku tau..dia seorang ustazah, dia pasti kuat mengharunginya berbanding aku!!!

Tujuan kedua menghadiri majlis perkahwinan kawan hubby di Alor Star, Kedah. Sebelum ke Alor Star, we ols singgah kat Sg Petani, Kedah. Mertua adik aku stay kat sini. Tapi nama spesifik kgnya aku lupa nak tanya he he. Selepas habis kenduri kawen di Alor Star ..we ols bertolak ke Jitra, Kedah untuk bertemu adik hubby yang menuntut di Kolej Tentera Udara (KTU). Selesai aje jumpa adik hubby, we osl balik semula ke Kulim.

Keesokkannya baru bertolak balik ke Kampar Perak. Kat Kampar Perak, ...TESCO baru tu dah bukak. Actually belakang umah parent aku jer. Tapi aku tak sempat nak gi, aku tengok org beduyun2 kat luar TESCO. Lenkali le aku singgah, tapi yg pasti, mak aku dah pegi 8 kali sejak dibukak 13 ogos lalu, amboi sakan mak menyopping ehhh. Jom layanz gambo jap. Aku tak sempat lagi nak visit u ols nye blog. Nnt aku round ehh...bye2!!

Khamis, Ogos 14, 2008

Rempit 2 !!!???

"oit jgn bising2 la ..semua org nak makan he he he"

Tadi aku dinner kat luar. Bukak posa sebenarnya..tapi bukan aku yg posa, tapi hubby aku yg posa sunat. Dah beberapa hari jugak la dia dpt posa sunat. Aku sehari pon blom posa sunat..kahkahkahkah.... Yang bestnya masa berbuka ...ade 2 couple kat belakang we ols..U ols nak tau tak ape diorg bertekakkan..sgt kuat okehhh...meh kita tengokkkkkkkkk sape yang kena wakakkakaka

Pakwe: Eh! aku tak kisahla kalau ko nak putus pun
Makwe: Ko ckp baik2 sikit ehhhh

Pangggggggg!!!!
(Pang ni maksudnye makwe tu tampor pakwe dia lah kan...)

Pakwe : Ko nak putus putuslah...lagi pun ko ni dah b*r*i, takde sape lagi nak buat ko b**i


Gedegangggg!!!!!!
Gedegang ni makwe tu tolak pakwe dia lah ekkk)

Erkkk tekezut aku tauuu, tapi aku leh gelak2 sambil konon2 acah2 Damia masa couple tu gado lak, org lain buat derk je, hubby aku lak sibuk berbuka..dia lapa la pulak kan..dia tak heran lansong bebudak tu gadoh!!aku tengok la kiri kanan atas bawah kot2 ade shooting filem Remp-it 2 ker, Anak Halal 2 ker kan..untung2 masok gak wayang muka aku ngan Damia wakakkkaka..(perasan di ayat itu okehh)...

ok ok balik citer couple tu tadi...Lepas tu ade la lagi ....pakwe tu maki2 awek tu lagik, censored la plak kan..bahasa diorg memang tak menahan!!!pastu pompuan tu terus blah dalam tangisan...laki tu start enjin moto terusss vrooommmmm!!!lepas couple tu berambos aku terus gelak bak pocah perut, sekali hubby jeling kat aku..,aku tau tu signal supaya jgn gelakkan org kan yg kan kan kan... hahahahahha,

Sori ek wahai couple, aku tau korang ade masalah negara ehh, tapi ..serius cakapler..aku rasa cam korang belakon citer Rempit lak..real gilaks!!Tapi kat kedai makan tu ramai le org, lenkali gado jauh2 sket ngan org ramai ehhh, malu seyhhhhh..., okla aku nak buat milo panas tuk hubby aku jap, pastu tengok Kekasihku Seru ...best wooo, jomm layanz!!

Selasa, Ogos 12, 2008

Oh Damia !!

mereka sgt sgt akrab....

"damia janji jgn tinggalkan papa ya"

"ok ok papa pon janji jgn tinggalkan damia tauuuu"


Terlalu pantas masa berlalu
Satu-satunya anak tercinta kini berusia 9 bulan 3 hari
Damia semakin aktif memanjat
Damia semakin nakal
Damia semakin menguji kesabaran ku....

Ahad, Ogos 10, 2008

ku izin kau pergi...

DaripadaNya kita datang..kepadaNya jua kita kembali...

10 Ogos 2008
jam 1.45 pagi

secebis sms yang aku terima daripada adik lelaki aku :

Saalam. Anak Muza meninggal dunia ketika dilahirkan pada 1.45 pagi tadi. AlFatihah..


Aku menangis dan menangis sebelum menghubungi semula adikku...
Aku memeluk erat satu-satunya anak aku yg sedang tidur...

InsyaAllah adikku, anakmu itu bidadara di syurga...anakmu itu akan menunggu ibu dan bapanya di Padang Masyar..InsyaAllah...

Allahuakbar..
Innalillah...
Al-fatihah....

P/s : aku amat kesedihan kerana kembalinya anak saudara aku ke rahmatullah sebelum sempat menjenguk dunia yang fana ini....ya Allahhhh aku amat2 sedih...tolong aku..

Jumaat, Ogos 08, 2008

Yipppieeeeeeeeeeeeeeeee

aiseh mamat tu dah turunkan gambo aku lak..x geng la camnehh

Selasa, Ogos 05, 2008

@ Kampar, Perak

Aku, hubby dan Damia kat umah parent aku di Kampar, Perak


Weekend lepas ari Sabtu aku berada di Kampar, Perak (umah parent aku) . Hari Ahad nye aku dah balik ke sini sbb nak attend majlis besday anak sedara aku seperti yg aku tulis di entry lepas.

Tujuan balik, tempah baju raya lagi he he, dan tujuan lain of coz le nak jumpa mak abah aku, selain dari tu aku nak mkn durian, rambutan, pulasan, rambai, langsat n manggis. Perghhh byknye buah2an tempatan yo. Sebenarnya semua tu ade kat kg aku ...yg tanam..atok n moyang aku ler kot. Sbb nya pokok tu dah lama sgt ade aku rasa. Sejak kecik2 lagi aku dah mamam buah2 tuh.

Semua pokok2 tu ade kat kg nenek (sebelah abah) aku di KD, Perak. Kat umah parent aku takde la..sbb parent aku dok taman perumahan kan. Pokok bunga byk le mak aku tanam kat luar umah kahkahkahkah. Sampai muak le klo nak mkn..maklumle belasah free kan, ...kehkehkeh...tapi aku tak larat nak mkn buah2 ni byk2. Yg bestnya hubby sampai memanjat le pokok rambutan ngan anak sedara aku, Danial. Kelako je aku tengok!

Tu gambo pokok tu ..gambo buah rambutan n pulasan ekk. Buah2 lain lupa nak snap sbb sebok nak mkn kan. Hu hu..apapon aku syukur dpt merasa mkn buah2 ni, walopon arwah2 moyang n atok aku dah takde dlm dunia ni...terima kasih tak terhingga. Disebabkan kerajinannya, pokok2 buah rambutan, pulasan, durian, rambai, langsat ni aku dpt le merasa free kan. Klo dak mesti kena beli kan. Nasib ade tanam. Cuma manggis je kena beli.

Actually kat kg atok (sebelah mak) aku di MN, Perak pun ade tanam pokok manggis ..cumanya we ols tak sempat gi, cuma gi kg nenek /atok sebelah abah jer. Apapon manggis we ols beli gak dlm 4 ikat. Yg pastinya...buah2 tempatan mmg sedap. Makanla buah2 tempatan okeh...siap kempen gitu..*wink*wink

Isnin, Ogos 04, 2008

Happy Birthday To My Niece !!!

Pic mula2 tu adalah Birthday Girl : Baby.... dan lain2 pic di sekitar Majlis Besdaynya

Happy Birthday to my niece, Baby. Genap umur 6 tahun anak saudara aku tu. Panggil je Baby tapi bukan baby lagik..maklum le dah 6 tahun kan!! Baby adalah anak kepada kakak aku iaitu Dr. Anin, kakak aku yang no. 4. Kakak aku yg ni ade 2 je anak. Kiranya antara abg dan kakak2 aku yg lain, kakak aku ni ade anak yg paling sikit he he. Sorang girl, dan yg bongsu boy.

We ols sambut kat Shah Alam . Sambutan meriah jugek. Siap pasang khemah bagai. . Masa aku sampai beradik aku yg sedia ada kat KL, Selangor dah semua ade kat umah kakak aku tu. Aku tak mkn byk, cumanye aku berselera mkn kek je. Sedap lak kek stroberinya. Biasala selera aku ni bukan betoi, kejap kuat makan, kejap malas makan...he he..

Event mula kul 1pm, kul 6.30pm aku balik umah. Agak lama lepak, maklumle bukan senang nak kumpul adik beradik kan. Peluang yg ade aku amik untuk sembang mcm2 citer. Kakak aku tu cam biasa busy melayan kengkawan dia yg dtg menyerbu, tu sbb aku telupa nak amik gambo kakak dan abg ipar aku tu. Apapun gambo birthday girl tetap ada...

Damia lak batuk n selsema time neh, tapi bila jumpa cousin2 nye, terus segar bugar tagasnya. Siap menerai lagik ....pusing2 naik walker anak bongsu kakak aku tuh....Damia, cpt baik batuk okay...nnt papa n mommy leh bawak Damia main2 ngan sepupu Damia lagik ok.

Jumaat, Ogos 01, 2008

Beg Beruang ittteeewwwww

"u ols nampak tak beruang coklat tu...??"

"ni aku close up sket..nampak kan..ni beg beruang yer..."

"sentiasa ada dlm katil Damia beg beruang nehhh"

"Syyyyyyy!!!Damia dah tido, jap lagi aku kidnep beg beruang iiteeewww wakakakakka"

Aku soka sangat beg beruang!!!Actually beg beruang ni hubby aku beli dari kakak aku kat cheras tu untuk Damia. Tapi aku nengok kiyut bebenor la.., Damia pon bukan reti nak bawak beg beruang yg besor neh kan, dia pon baby lagik.

So aku amik keputusan aku pakai muahahahaha. Hubby aku pot pet pot pet marah kat aku bila aku nak guna beg ni gi kuar. Hubby kata tu dia beli untuk Damia. Maklumle klo untuk Damia, ape saja dia beli,..dan dan tu gak dia nak beli klo Damia dah soka. Ape saja Damia tunjok dia nak semua hubby aku nak belikan huhhhhh, dimanjakan sgt!!!Damia lak beg beruang ni dia suka gomol2 jer dlm katil dia, pastu bwk teman tido. Bila dah tido ape lagik aku kidnap beg beruang dia, pastu gantung kat tempat kot kat umah.

Ntah nape aku rasa syg lak beg tu dibuat mainan muehehhehe. Nampaknye hubby kena beli satu lagi le bagi aku kan, klo tak mmg kecoh jadiknye bila aku berebut beg beruang ni dgn Damia kuang kuang kuang.....