Jumaat, Mei 15, 2009

H 1 N 1

Sharing is caring....

Selesema A(H1N1) [Influenza A(H1N1)] (15 Mei 2009)


15/05/2009 : Kes pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia. Kementerian Kesihatan menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200/03-88810300

Bermula 30 April 2009 pihak WHO secara rasmi menamakan wabak ini sebagai wabak influenza A(H1N1) dan bukan lagi wabak swine flu atau selesema babi. Tahap amaran wabak masih pada fasa 5.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Selesema A(H1N1). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau email kepada cprc@moh.gov.my
*

2 ulasan:

moMmY miMiL berkata...

kite kena amik langkah berjaga2 nih..
seram dibuatnye..

Kasawari berkata...

tempat kerja kasawari dah kena kuarintin dah.. saper2 mat saleh balik US.. kena 7 hari dok kat rumah dulu sebelum masuk kerja.. adehhh..

boss kasawari pulak mat saleh dari california.. uhuk uhuk