Khamis, Jun 04, 2009

Lelah hati ini...

Sesuatu yang aku rindukan adalah zaman sekolah rendah. Ye lah umo dah masok era 30an cam aku ni of coz le byk benda aku dah lalui kan... Hmm jgn salah sangka..ramai tol salah sangka ngan umo aku. Ade yg ingat aku ni masih pertengahan 20an..no!no!no lah...aku dah tua sebenornye. Nampak je muda(ye ke muda, perasan!!!) tapi sebenornye aku dah tua ahahahhaaha harap maklum!

Saat aku darjah 5 aku mempunyai satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan.

Klo trend dolu2 kita sgt suka dgn abg, kakak or adik angkat kan. Mana2 je semua sibuk nak cari menda2 terangkat ni. Dan aku tidak terkecuali. Di saat kawan2 aku sibuk ade abg n kakak angkat. Aku takde pown. Besa lah aku kan ramai beradik, ade abg, kakak n adik..so aku tak kisah sgt beradik angkat ni. Tak heran pown ahahahha. Belagak seyhhh.

Tetapi aku tak dpt jugak menolak takdir. Aku berkenalan secara tak sengaja dgn seorang budak ni. Masa tu kat Sek Agama Rakyat di kg aku. Hurmmm insidennya simple..ye la zaman budak2 kan...budak lelaki ni kulit puteh..comel la gak hu hu..

Kat Kedai Jajan

Aku : Makcik nak eskrem lollipop kaler merah (dak2 dulu aku ske kaler merah)

Makcik : Jap makcik korek (cari) (ya..dah betimbun eskrem kan dlm tu kena le
korek

Tiba2 datang budak ni tak semena-mena

Dia : Makcik nak eskrem kaler merah

Makcik tu pun bejaya kuarkan eskrem kaler merah ni dan dak ni pon sambar terus eskrem dari tgn makcik. Tak sempat aku nak amik dia dah kebas duluk.. Hurmm aku mesti le bengangkan ..makcik tu cari lama untuk aku.

Aku : Eh kamu!eskrem tu utk kita lahhh (aku dulu masa budak2 biasakan diri
nama ”kita”)

Dia : Laaa takde tulis nama pun

Aku : Kita tak kira kita nak jugak!

Tiba2 makcik tu pown inteprem dan menjerit kat kitorg bedua..

”Dah dah budak2 ni nak begadoh kat kedai aku pulak, kang roboh kedai aku ...”

hu hu..ni aku ingat sesgt dailog makcik ni..dia syg sgt kedai yg dia buat sendiri, dia ibu tunggal yer...ye la kedai makcik tu pong sekangkang kera je, buat dari papan kayu jerk..Leh masuk dua org je..yg lain klo nak jenguk dari tingkap yo...ermm dah arwah pown makcik tu..alfatihah makcik Engku..

Aku : Makcik kita nak kaler merah

Makcik : Dah abes la ambik kaler lain la

Aku ni klo nak kaler tu..nak gak..so aku tak beli aritu..punya la bengangkan..Selang beberapa minggu ke bulan rasanya..ntah tak ingat... aku teserempak dgn budak ni lagik. Insiden yang sama berulang ..begaduh lagik...sehinggalah 3-4 kali benda yg sama jadi dan aku ingat2 sgt2 kat dia...kejap aku menang kejap aku kalah..

tapi yang aku ingat sangat2 aku kuarkan dialog ..

”Kamu ..nape kamu saje nak mintak eskrem yang kita mintak?” dan jawapan dia ..

”Tak tau pun ape yg kamu nak, saya dtg kedai ni kamu kan dah ade”

Hmm ye tak ye gak kan..kiranya satu kebetulan la kan... dia yg kecik2 pon leh pikir ..apsai aku takleh pikir cam dia..nampak sgt aku slow haahhaha.

Satu ari ntah macam mana tedetik hati aku nak tegur dak ni. Baru abes kelas kat sekolah petang.

Dia baru nak kuarkan beskal..aku gi sekolah jalan kaki je sbb sekolah tu dkt ngan umah aku. Dan aku mintak maaf kat dia.

Aku : ”Kamu...kita mintak maaf la sbb gaduh dgn kamu”

Dia : ”Ok ..”

Lepas tu baru aku tanya dia darjah bape n bla2...kira cam kenalan la...muda lagi dia..masa tu aku darjah 5 dan dia baru darjah 1. Sejak tu aku bekwn bek ngan dia. Bila aku darjah 6 dia darjah 2. After skool pun gi kedai mesti janji2 sama2 beli jajan itu ini. Biasalah suka no jajan kan masa skool hu hu.

Yg bestnye dengor ceramah agama kat surau pon leh gi ngan dia hahaha. Tapi masa tu aku konvoi la nek beskal memasing..dia, aku, maz (kwn pompuan yg paling rapat ngan aku masa kt sek. agama) dan 2 abg dia. Abg dia kembar tapi tak silap aku masa aku darjah 6 tu abg2 dia darjah 4 gitu.

Tapi aku tak rapat sgt dengan abg2 dia. Aku cuma rapat dgn dia. Dia anak bongsu..takde kakak. So dia secara tak lansong dia anggap aku sebagai kakak angkatnya. Walopon mula2 tiada gelaran Kak ..dia cuma panggil aku dgn nama aku.

Tapi dah jadik kakak angkat sejak itu di panggil aku dengan gelaran kakak. Seingat aku di pertengahan darjah 6 aku dan dia di darjah 2. Dialah adik angkat pertama yang aku ada. Dia lah kwn baik lelaki pertama yang aku ada. Jarak usia kami 4 tahun tapi still leh ngam each other. Dia adik yang sgt2 baik. Dan dia juga adik yang sgt2 bijak. Peksa je mesti no. 1 dlm kelas dan keseluruhan kelas.

Masa darjah 6 sebelum upsr aku bitau dia..aku nnt dah takde kat sekolah rendah tu, dan takde di sekolah agama sekolah petang tu..so tak dpt jumpa dia dah. Dia ckp nnt dia boring kakak dia takde..

Selesai upsr aku masih kontek2 lagi ngan dia..masih lagi jumpa kat kedai, pasar malam dan surau. Tapi tuhan menduga persahabatan kami. Sewaktu aku di tingkatan 2 dia pula darjah 4 ..bapanya dapat bertukar. Bapanya polis..dan dorg dah biasa la pindah randah. Aku jumpa kali terakhir dia tepi jalan dpn umah aku. Aku ingat lagi dialog terakhir dia.

Dia : Kakak, esok saya nak pindah.

Aku : Kamu jangan la pindah, biarlah mak dgn abah kamu je pindah

Dia : Tak boleh la kakak, nanti saya telefon kakak. Saya janji...

Kakak jangan lupa saya tau ..

Aku : Kakak takot kamu lupa pada kakak..

Dia : Taklah ..

Aku : Telefon kakak tau sbb kakak takde nombor kamu..(ye lah kan dah pindah umah
Sure la dia takde nombor. Masa tu lak mana ade hp hp nehhhh)

Dia : Saya janji..saya telefon kakak..


Hmm camtu la lebih kurang dialog terakhir kitorg...sedih tauuuu.

Selepas dia pindah aku tak dengar lagi cerita dia. Mungkin dia kehilangan nombor aku. Selepas tahun2 berlalu aku pula berpindah sekuarga ke kediaman baru. Kami tak pakai nombor lama sekaligus harapan aku utk aku jumpa semula dgn adik angkat aku tekubur.

Untuk adik angkat aku itu, HAFIZ...

" Sehingga hari ini kakak masih ingat pada kamu. Selepas kamu pergi bertahun-tahun kakak cari kamu, kakak tak jumpa....cuma di uitm kebetulan ade sorang kwn kakak terperasan gambar kamu dgn kakak dalam album kakak dan dia kenal kamu. Kebetulan bapa dia pun polis dan pernah kenal dgn kuarga kamu. Tapi dia pun tak tau di mana kamu berada waktu itu. Kerana telah berpindah randah. Kakak dan dia mencari juga kamu..tapi gagal. Kamu...kakak teringin nak jumpa kamu. Mungkin kamu juga skrg dah kawen dan berkeluarga macam kakak. Kakak yakin akan jumpa kamu semula...Kali terakhir kamu kan janji akan telefon kakak semula..dan kakak tuntut janji kamu itu....kamu jaga diri ya...."



auto publish n3

9 ulasan:

eLLy berkata...

he he.. kita pun dulu terangkat angkat jugak' ;)

emm kemanakah hilangnye adik angkat mu itu...

nURmALa mAZLan berkata...

akak...
kita dulu pon rajin nak terangkat2 nih..ehehehe~

imz berkata...

wah..old skool tol ko ek...ingat jer citer2 lama...aku pun ingat2 lupa...

Lily.Lulu berkata...

memang nostalgik la kak
citer kenangan zaman dulu yer
:)

Ada Ayrissa berkata...

huhu...kenangan mengusik kalbu sungguhhh...

arianna adrizal berkata...

wah.. teringat kenangan ku pulek. hehehe

btw td ingatkn nk stori psl lelaki dlm pic tu. i loike himm.. ;p

+NADS+ berkata...

ohhh...kenangan dulu kan...
dah berpindah n berkeluarga nih...kekadang terlupa pada yang dulu memberi kenangan...

zafi berkata...

kenangan dulu2 tuh...
insyaAllah ade hikmah tu

Kasawari berkata...

uikss panajang entri bernostalgia ni.. semoga adik angkat tu sentiasa dipelihara oleh NYA.. amin..