Jumaat, Januari 30, 2009

Damia terkini...

Damia masa kat restoren jejantas, ayer keroh melaka, masa ni on the way balik kg hubby sempena coti raya cina kat Tangkak, Johor ..habis dia round satu kawasan!!!


My doter, Damia semakin aktif.. ...skang ni aku tepaksa pakai kan anak aku tu suar panjang je. Sbb dia dah bejalan dan berlari. Klo jatuh, tak le sakit dan tak la luka sgt kan. Aritu aku pakai kan dia skirt pendek, dia berjalan kemain laju pastu jatuh, abesss calar lututnya.

Dia tu bukan serik, sejak dpt kaki nehh, aduyaiiii letih woooo, aku dah ngalahkan sprinter lagik, bukan aje belari ngejor dia, aku siap lompat jauh, lompat kijang pong iyer..sungguh le hai ko Damia...Takpe la iye nak..pasni ganti mommy jadik atlit pecut sekolah dalam 100 m okeh he he he...
auto publish

Khamis, Januari 29, 2009

Pine 38

bukan aje aku, deme yang kat restoren tu pong semua riso nengok Damia aktif sgt...belari2 dlm pine 38 tuh..huhhh...

us @ pine 38

Weekend ni jadual aku full. Pagi2 buta hari Sabtu aku plan nak gi servis kete aku! Tapi aku tak sure lagi whether hubby pon nak servis kete dia ke tak. Tengok la..we ols bwk kete masing2 gi servis ker, ataupun kete aku je gi servis.

Lepas tu aku nak cuci kete aku gak. Sejak aku beli kete aku...baru sekali je aku cuci. Giler pemalasnyer aku kan. Mmg sejak dari aku pakai satria dulu pong aku maleh cuci kete, serba serbi aku pemalasssssssss bab2 kete nehhh, yg aku tauuu taram bwk laju2 jekkkkkkk kah kah kah kah. Berbanding dgn hubby ..hubby mmg jaga kete dia. Tengok dah comot je kete dia, laju je gi cuci.

Ni pun hubby dah bebel kata kete aku comotttt!!Biasa la kan kete warna puteh ni mmg cpt nampak kotor, bukan salah aku yer salah kete aku la sbb kaler dia putehhh...he he...Then lepas settle kan bab kete aku nak gi kenduri sket kat umah kakak aku kat Cheras.

After that, we ols nak gi kenduri kawen adik pada member hubby. Gegegerrrrr aduyai..bila masa aku nak tido nehh yer...Hmmm ptg tu balik dari kenduri kawen leh titon puas2 hu hu. Eh tak bolehh, ptg tu we ols kena ke Rawang lagik visit adik ipar aku .... Hari Ahad pon ade plan...plan ape??tungguuuuuuuuu buat masa ni biarlah rahsiaaa he he...

Okla tadik we ols dinner kat PINE Bistro Cafe, Bangi. Aku makan mee bandung n mocha blended. Hubby lak ciken cop ngan ayak mangga nyer. Damia lak..meround satu cafe tu..ishhh lasak tul Damia skang ni tauuu, tak leh dok diam. Tu sbb juga aku tak sempat nak round2 blog u ols.

Sejak Damia dah berlari ni aku hanya sempat buat n3 aku jek, tu pon tehegeh hegeh berenti renti, kejap2 kang dia panjat tangga la, dia ke tengah ke dapo masok bilik...huhhhh seksa tau nak abeskan satu n3.

Ketenangan menghapdet masa dia tido. Tapi masalahnye lewat malam tu aku pong sama tido ..almaklum aku kan kuat tidooooooooo. K lahhh mengantok sgt dah neh, aku nak cauuu dulu...sampai jumpa lagi esok yer...selamat malam!!!

Rabu, Januari 28, 2009

Sabak Awor

Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Aku...ishhh begetar lak gambo nehhh, gambo ni adik ipar aku yg tangkap...

bersama famili hubby aku

Coti raya cina aku berada di Tangkak, Johor, kg mentua aku. Cam biasa ...coti di kg mentua aktiviti aku tido dan makan warghahahaahha. Yg best bila balik kg ni aku tak jaga Damia sgt, aku serahkan bulat2 kat kuarga mentua aku. Motippp???Mesti le ade motip kan...motipnye rahsia hu hu... Maklumle ai kan menantu pemalas warghahahahhaha.

Adoiii penat le gelak ...Balik kg aritu, hubby aku belanja kuarga makan kat Medan Ikan Bakar, Sabak Awor di Muor. Seksanya bejuta juta lemon org makan kat situ. Ni kali kedua le aku makan sini. Tapi hubby n famili dia dah byk kali le makan sini. Lambtnye nunggu order. Dkt sejam!!!Pas makan2 ...dkt kul 12.30 malam baru le we ols balik ke Tangkak...

Sabtu, Januari 24, 2009

Nokia N95

Yeayyy aku n hubby ada hp yg sama!!!

Haaiii u olsss!!U ols masih ade kat sini lagi ker?Ke dah balik kampong???Aku masih lagi kat umah aku di sini. Sempena coti raya cina ni aku balik kg hubby di Tangkak, Johor. Pagi ni kul 9 aku dah kuar umah bwk Damia ke hospital swasta untuk bersunat.

Dah setahun 2 bulan stengah tapi Damia blom2 sunat he he. So tadik hajat tercapai. Alhamdulilah dah selamat. Dia pun tak melalak. Hubby aku bwk masok bilik bersama Doktot. Aku tak tengok pong, sbb aku penakot ha ha ha...After selesai Damia bersunat we ols terus ke Alam Sentral, Shah Alam.

Aku n hubby gi soping henfon. Dah lama aku nak ganti henfon aku tapi tak sempat. Tadi sekali lagik hajat we ols tecapai. We ols beli henfon yang sama. Nokia N95 original set - zitron. Nokia n95 ni bukanla yg latest kan, byk lagik nokia 96 ke 97 tapi tak tau le aku n hubby dah bekenan lak ngan N95 ni.

Hubby aku amik kaler itam, aku kaler pepel. Tapi cover hp tu dua2 pepel cuma casing je yg membezakan. Tak kisah le janji dapat dan senang le nnt aku nak wat video call bila hubby outstation jauh2 nnt yo!! aku pong klo le tak kerana hubby nak gi outstation jauh2 tak koser aku nak tuko hp neh, aku ni jenis tak kisah asal leh mesej n call ..pun dah okay.

Sbb lagi satu aku dah puas masa zaman remaja asik tuko2 hp. Kaler ijo, kuning, oren, yg kecik, besor, semua jenis hp aku dah rasa. Ade yg aku beli dan ade yg adik beradik aku kasik. Sbbnye bila diorg tuko hp baru, abg n kakak2 aku yg ramai ittewww pun mula la menjaja hp pada sape yg nak...gitule..klo beradik ramai kan, saling besedokahhhh...

Lepas balik beli henfon we ols gi Giant S. Alam makan tengahari. Then beli sket brg2 Damia. Pastu terus balik umah ...Maybe esok pagi le kot balik kg. Letih lagik ni..ataupun malam ni tu pun klo hubby larat. Okay aku nak rest jap, selamat bercoti yer semua, and gong xi fa chai...

Jumaat, Januari 23, 2009

Tag/Award : Suatu Masa Dulu...

Leon Lai, Shu-Qi dan Elvis : antara artis yang aku minat
satu masa dulu

Award dari Ida

Menjawab tag yg teperammmm. Dari Ida. Sori lambat jwb yer..Actually Ida nak bagi award tapi nak amik award kena penuhi syarat dulu. Syaratnya iaitu kena bagitahu 10 facts tentang diri kita.. apa aku nak bgtau yerr???….

Aku rasa cam dah jwb tag ni tapi takpe la..klo dah jawab 10 yang dulu, kita bongkar lagik 10 …klo dulu lebih pada tentang diri/personal/masa kini.....kali ni nak sentuh tentang dunia hiburan yg pernah mewarnai zaman aku dolu2...

10 fakta tentang diri aku suatu masa dulu...

1. Sewaktu zaman remaja (masa umo 13-17 tahun) aku amat2 minat dengan pelakon cina. Antara pelakon yang aku tergila-gilakan pada masa itu adalah Leon Lai Meng, Aaron Kwok Foo Seng, Gigi Lai Chi, Shu Qi, Elizabeth Lee Mei Fong dan Simon Yam Tat Wah. Gambar Leon Lai Meng siap ade dalam dompet lagi you.... kahkahkah!!

2. Sewaktu zaman remaja itu gak aku amat minat menonton drama kantonis bersiri yang disiarkan setiap jam 6 petang. Antara drama cina yang masih aku ingat hingga kini kerana storynya amat2 best ...The Drifters, Wong Fei Hong Return dan The Change of Time.

3. Dulu2 juga masa zaman kanak2 (sekolah rendah time ni..rasanya masa darjah 5 ke 6) aku minat 2 pelakon aksi dari Indonesia iaitu Barry Prima dan Advent Bangun.(tak pernah miss citer diorg klo tayang kat TV laaa) Tapi skang tajuk citer diorg belakon tu tak ingat lansong..yo lah yo lah den dah tua..byk benda dah lupo!!!

4. Masa remaja juga aku hafal semua lirik lagu Madonna. Antara lagu yang aku soka dan hafal lirik …La Isla Bonita, Like A Virgin, Open Your Heart To Me, Material Girl, dan Like A Prayer!!!(Tapi skang ni takde la hafal..but still ingat sikit2..hahahaha biasalah dah tuo otak karat doh!)

5. Selain Madonna, masa kecik2 juga ...aku minat penyanyi Inggeris yang lain antaranya Morten Harket (A-HA), WHAM, Michael Jackson dan Bon Jovi.

6. Kali pertama jatuh chenta dengan lagu Indonesia sewaktu kemunculan lagu DINDA DI MANA oleh KATON BAGASKARA..sekitar tahun 1995-96 rasanya...siap beli kaset lagi.

7. Kali pertama tengok wayang aku nengok citer omputeh, aku umo 12 tahun (Darjah 6). Citer tu tajuk Back To The Future Part II. Aku tengok sama dengan kakak aku, Alma. Dan masa form 4 bersamaan 16 tahun aku tengok wayang citer melayu pertama tak silap citer tu arahan Yusof Haslam.

Maklumle byk sgt citer Yusof Haslam neh...rasanya Pemburu Bayang. Ke Bayangan Maut ..ntoh..lupo sbb konpiusss!!!Tajuk2 citer usop aslam ni lebih kurang sama jek kan....Aku nonton bersama 4 lagi rakan baik aku masa itu iaitu Gie, Farida, Anum n Sue.

8. Satu2nya lagu Melayu yg aku minat masa kecik2 dulu adalah Taman Rashidah Utama dari kumpulan Wings. Masa ni tahun 90 rasanya. Masa kecik2 aku kurang didedahkan dengan lagu Melayu, sbb abg dan kakak2 aku yg ramai itu dengo lagu omputeh dan beli majalah hiburan semua omputeh!So secara tak langsung aku pon minat le dengo lagu diorg kan...

9. Tapikkkk bila dah besor sekolah menengah ..baru aku bertemu yg sesuai dgn jiwa aku he he, masa tu muzik rap muncul dan amat seswai ngan telinga aku. Aku beralih kepada grup2 yg aku soka, FEMININ, KRU, RES’2, NICO, M’STEEN dan 4U2C!Semua kaset2 diorg aku beli!!!
*
10. Kat kg umah parent aku, tamat form 5, aku adalah pengumpul tegar kaset2 lagu pada penyanyi lagenda Elvis Presley. Aku ada semua kaset Elvis. Aku kumpul dari album pertamanya. Aku juga menghafal sebahagian dari lagu Elvis Presley. Tapi kini koleksi itu byk dah ilang..maklumle dah betahun2...

p/s auto publish n3

Khamis, Januari 22, 2009

huru hara

aku, hubby n Damia - pagi ini : 22 Jan 09

Aku tak sempat update blog kerana keletihan keje di opis. Balik umah konon nak update cam biasa waktu ptg2 ker..time mood Damia okay, or malam2 time Damia tido, tapi harghammmmmmm sbb kekdahnya aku tetido skalik dgn Damia. Aper berlaku pada minggu ini yg aku tau..letih letih letih!!!

Hubby aku ke Lumut arini ade meeting. Pagi2 buta dia dia dah kuar umah. Tapi dia kata balik hari. Abes je dia balik. Ntah ia ntah idok..ntah2 lepas meeting terus terjun laut dulu ..hu hu..Hmmm aku keje cam biasa la.., tapi pagi tadi aku bgn awal le kan..pastu aku uruskan Damia pagi ini..diulang pagi ini sahaja he he..

Damia skang dah berlari laju...jalan dah terror la kiranya. Hari isnin aritu dia dah jalan betul. Now berlari pun buleh...dan sebab itu le gamaknye aku rasa berat bdn aku turun lagi sbb aku letih mengejor Damia yg belari satu umah dan memanjat tangga gegeggrrrrrrrrrrrrrrrr!!!

Terima kasih le pada yang sudi emel aku suh hapdet blog, tak sangka ade gak org yg tetunggu tunggu nak baca entri aku ..ye lah blog aku ni biasa2 je tadak yg menarik pun..anyway thanks yer u ols. Ok jumpa lagi esok...take care!

p/s to the rest yg ade emel aku tanya fasal tudung aku pakai lately..mmg betul la tudung ekin, tapi aku tak jual yer he he. Klo berkenan leh dptkan di pasaran, aku beli satu RM10 sahaja. Yg bercorak pun RM10.... . Masa aku pakai awal2 dulu mmg tak byk lagi org pakai dan jual but now..berlambak-lambak, senang nak carik ok. Aku suka pakai tudung ni sbb murah, jimat masa aku nak gi keje, sarung jer, tak yah susah2 aku nak pakai brooch ahahhahaha!!!

Isnin, Januari 19, 2009

Prison Break - season 4


Ahad, 5.30 petang

Semalam aku anto adik ipar aku Am balik ke Pangkalan Udara, Subang. Sebelum tu we ols makan2 kat restoren dkt2 situ. After anto dia balik le ke umah.

Sebenarnya aku nak citer fasal my fav. tv series ..tak lain tak bukan PRISON BREAK. Yeszaaaa season 4 kembali ke kaca TV!!!!Aku tau kat obersis dah tayang ..ada kengkawan aku kat obersis dah tengok. Kat Msia baru sampai beb.

Yesss tonite at 10.30pm every Monday. Tak sabo aku nunggu setelah sekian lama terseksa hahahahaa. Kedua hero dalam citer ni, iaitu adik beradik Scoffield dan Lincoln adalah poooojaan hatiku!!

Aku pernah tulis fasal citer ni dalam entry aku MESTI TONTON!!!Adoiiihhh cptla 10.30...tak sabo2 nak tengok nehhhh...

Ahad, Januari 18, 2009

@ Rawang

@Rawang, rumah adik ipar aku-Amran

Aku, hubby, Damia dan Azham - adik ipar aku (adik hubby) dalam kete on the way ke Rawang

Hari Sabtu, lepas lepak2 jap kat umah pehtu we ols bersiap ke Pangkalan Udara, Subang untuk amik adik hubby iaitu Azham ataupun AM. Lepas amik Am we ols begerak lak ke Rawang. Gi umah Amran. Amran ni pun adik hubby gak. Diorg bedua ni bujang lagik.

Lama gak le lepak2 sampai Amran masak nasi jamah kitorg. Walopon dia bujang tapi rajinkan adik ipar aku ni masak jamu org mkn. Siap masak gulai lemak ayam lagik he he. Dia dah biasa masak kot, ye lah biasanye lelaki yg pernah study merantau jauh dari famili bila balik sini mesti pandai masak kan kan kan....

Kat umah Amran pun ade Lynda iaitu girlfren Amran. Lynda pun dtg aritu sbb we ols ada sana. Lepas lepak2 makan, sampai Damia pun bersalin baju la kat situ, then baru we ols balik ke umah. Azham adik ipar aku yg aku amik kat Subang tu we ols bwk balik umah. Dia tido umah we ols. Damia kemain suka bekepit ngan uncle Am nyer. Naik kete pon dok belakang jerk.

Ok itu je dulu citer ujung minggu, aku nak ready nengok Juara Lagu laks nehhh...sapa agaknye juara ehhhh...

Sabtu, Januari 17, 2009

Gaza bermandi darah !!!

Kanak2 adalah mangsa korban terbesar dalam serangan Israel di Gaza, tahniah negara2 islam...!!!

Dah lama sebenarnya aku nak menulis tentang ape yang berlaku pada rakyat Paletine ini. Rasanya seluruh dunia dah tau...Israel terus-terusan menzalimi. Sedihnya napa kanak2 jadi mangsa?? Emosi aku bercampur baur bila melihat mangsa kekejaman israel....

Sedihkan, bila tengok anak kita...mula rasa nak nanges. Bygkan klo besar anak aku Damia tu..ape dia tau??Yg dia tau nak main main mainnnnnnnnn!!!Hmm pagi ni cam biasa we ols lepak2 umah ..jap lagi nak kuar lunch di luar. Lgpun aku dah tido lama tadik hahahhaa. After subuh je terus tido...hubby je ngan Damia tecegat nengok lappy n Damia cam biasa main main mainnnn.

Keletah Damia pagi ini, Sabtu...

Semlm kat opis aku balik lewat sket. Ada keje urgent yg perlu settle, lebih kurang 6.30ptg aku masih lagi di opis. Walopon ramai org takde kat opis...dah balik...tapi aku masih tercongok wat kije. Siap je keje...zasssssssssssss aku pecut balik umah he he..

aku @office, 6.30pm, Friday...

Lastly, meh kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa korban Palestine ini. Sesungguhnya Allah Itu Maha Mengetahui....sama2 la kita berdoa semoga Allah memberi yang terbaik untuk mereka. Byk tabung2 dana telah dibuka skrg. Semoga yang mampu itu dapat membantu.

Khamis, Januari 15, 2009

Jacobs

"Krupp kruppp kruppp!!!walopon gigi Damia tak cukup tapi Damia leh abeskan bekeping keping biskut ni tawwww "

Hubby aku suka beli biskut jacobs ni. Mmg feveret hubby n damia. Sekepala la diorg bedua punya feveret biskut. Aku lebih suka biskut yg ade krim. Biskut kosong ni aku kurenggg sket. Biskut ni pon dah nak abes. Bila abes hubby aku akan beli dlm kotak tu then refill.

Biskut ni best bila minom2 ptg kan...Tengokle Damia..ni aksi dia ptg tadi...kemain asyik makan biskut jacobssss..kang bila papa nye balik..berebut le diorg bedua tong jacobs tu tau ha ha ha..

Rabu, Januari 14, 2009

i'm so tired...........

i'm tired....

Keletihan almaklum cuti lama he he, bila naik keje tiba2 cam rasa baru nak masok keje. Balik keje je flat!!Ececehhh mcm le byk tul keje kat opis ehh hahaha. Sebenarnya aku rasa letih sbb tak rest dari jaga Damia tak sihat aritu sampai dia dah sihat, then naik keje. Hmmm tak sabo tunggu weekend ni leh tidooo tidoooo dan tidooooo!!!

Dinner malam ni we ols makan steamboat jerk. Takde mood makan nasi. Hubby beli on the way balik dari opis ke umah. Damia cam biasa kenakalan dia mmg tahap gaban! Tak tau le nape arini asyik nak over bermanja ngan papa dia. Tadi balik nurseri, cekgu dia kata Damia manja sgt hu hu. Asyik nak meriba. Pastu aku ckp kat cekgu..mmg pun, papa dia manja kan sangat. Ewahhh takde bantahan yerk. Sokong ape cekgu Damia kata.

Ni papa dia balik dari keje, sengih gelak getawa pastu nak memerap je ngan papa dia. Gasakle kau Damia..la ni dia dok atas riba papa dia. Boleh le skang ni kau tengah sorang kan Damia, kemain le over manja!!!Apapun now Damia dah 1 thn 2 bulan, dah besor kan. Jalan dah laju! Bley ckp ajuk, ckp je ape dia ajuk ..leh sebut la apa yg kita sebut.

Then leh buat ape saja perbuatan yg kita ajar. Kita wat bunyi kete dia leh tiru he he. Kita buat gaya bedoa dia pun tiru gaya berdoa. Masa berlalu begitu pantas, tak lama lagi hubby akan outstation ..berdebar tunggu saat itu, semoga segalanya dipermudahkan Allah untuk aku n Damia ...Amin.

Isnin, Januari 12, 2009

Doktor Cinta

Damia main doktor2 sensorang..sape nak jadik pesakit Damia ???

" Sejak kena HFMD aritu, papa kata dah besar nnt Damia jadik Doktor la, supaya Damia tak sakit lagi. Lagipun klo Damia tak sihat nnt, takde la papa risau sgt. Papa ngan mommy risau sgt bila Damia tak sihat nehhh. Lebih2 lagi papa la, tak tido malam bila Damia tak sihat, tapi mommy tetap tido hua hua hua. Takpe la Damia tau mommy tido sebab mommy letih buat keje umah juga.

So Damia rasa cam nak jadi Doktor je dah besar nnt. Sbb taknak susahkan hati papa n mommy. Semalam papa belikan Damia mainan medical. Tq Papa!!! Hmmm Damia leh prektis jadik Doktor, and from now on my name is Dr. Damia lalalalala...
"

Aihh sejak bila nak jadik Dr. ni Damia...setahu mommy Damia suka dengo lagu Doktor Cinta jerk, klo dengo lagu rancak tu kemain goyang2 badan kan kan kan...

p/s Today Damia disahkan sihat sepenuhnya. HFMD dah kering semuanya dan esok Damia tak perlu dikuarantin lagi, so Damia leh pegi nurseri...yeayyyyyyy!!!!Dan aku pun leh gi keje ....alhamdulilah!rindu plak kat opis aku..hahaha apakahhh?????Biasakla kan bila kat umah nak gi opis bila kat opis nak dok umah kui kui kui


henbeg baru ku!!

rege asal rm 1++ tapi ade diskaun 50%! klo bekenaan dptkan satu di jusco berhampiran he he...

Sempena tahun baru aku pon beli le henbeg baru. Almaklum aku jarang beli henbeg sejak dah kawen neh tawww. Tak tau le nape giler pemalas nak shopping henbeg neh. Padahal aku keje opis for sure le nak byk henbeg kan.

Mungkin jugak aku dah bosan berhenbeg sbb masa bujang..masa baru2 keje, leh dikatakan aku asyik beli henbeg. Ntah la byk gila henbeg aku time tu betuko2..kdg pakai henbeg ikot kaler baju gitu. Dalam seminggu tu bersalin-salin le 2-3 kali henbeg. Punya rajin tahap gaban!

Tapikkk bila dah tawen aku jadik pemalas nak tuko2 henbeg. Klo bley beli henbeg baru pastu pakai tu jek sampai jahanammm wakakakakaka!!!Ape nak jadik ngan aku neh...henbeg2 lama aku masa bujang ade yg aku dah buang dan ade yg aku tinggalkan lagi di umah bujang aku dulu...

Nasib le ex-housemate aku sporting he he..(to my ex-housemate - Jumanjie...tolong tengok2 kan beg2 plastik dan kotak2 aku tu yer, nnt aku dtg amik sket2 hahahah kononnnn!!! dah 2 tawon tak abes2 ngemas yer... kahkahkahkah..)


Ahad, Januari 11, 2009

Rejim Penjagaan Muka

Produk penjagaan muka aku : Pencuci muka dan Toner PONDS, Pelembap OLAY dan Mask Avon

Kali ni entry khas dari wanita untuk wanita laks...he he. U ols pakai produk apa???Muka aku tak la mannntopppp tapikkk saja je nak bagitau produk penjagaan muka aku yg murah ni. Selama hari ni aku pakai PONDS untuk produk penjagaan muka aku. Almost 5 years!!Napa aku pilih PONDS???? ..hurmm sebab senang nak beli dan murahhhh hahahahha. Kat kedai2 runcit pong klo terjah ada jual PONDS he he.

Aku tak suka benda menyusahkan ..sbb klo habis kena gi supermarket besor nak carik pencuci muka..eiiiiii tak larat den...den ado anakkkkkkkk laaa, bujang2 lain ler..dah tawen ni aku takmo menyusahkan diri sendiri okay, baik aku simpan tenaga utk jaga anak aku kekekekkeeke. Sebenarnya muka aku ni tadak masalah sgt. Jerawat pong tarak. So aku suka tuko2 antara PONDS ngan NIVEA. Dua2 ni kat kedai runcit mmg ada.

Masa teenagers mmg aku ade jerawat, masa mula2 keje pong jerawat on off ler, klo dia nak tumbuh tu..tumbuh satu dua gak. Tapi muka aku pernah bermasalah teruk masa aku join kawad kemerdekaan sempena 31 Ogos di Putrajaya. Lupa la 2003 rasanye..ke 02, tak hengat makkkk.Time training selalu kawad waktu panas2 mentari terik. Sampai muka naik jerawat kecik2 tu kan. Masa tu aku bujang le lagik.

Then lepas wat facial n pakai produk kat salun baru back to normal. After produk salun tu abes aku terus beli PONDS. Sbb takmo le maintain produk tu mahal woooo. Guna PONDS ni pun atas cdgn adik pompuan aku. Then puas hati dgn pencuci muka nya baru aku beli toner nya plak. Mmg puas hati ler, bila abes aku tuko nivea lak. Nivea pon serasi ngan muka aku. On off kejap PONDS kejap NIVEA but most of the time, PONDS laaa...

Sblm ni masa bujang aku guna produk cam LOREAL dan mcm2 produk lagi la lupa tak ingat dah nama2 produknyer. Loreal pon okay dan serasi ngan kulit aku sebelum hari kawad tu. Tapi lepas kawad aku tak pakai2 dah LOREAL ni.... nak cuba PONDS tak sangka melekat sampai la nehhh.

Tapi skrg ni lepas kawen, hurmm hurmm tedesak pencuci muka abes, dan tak sempat beli, pencuci muka hubby aku rembat sementara waktu he he. For Men pun takpe le aku bedal jerk wakkkakaka. Lagipun lepas kawen ni muka aku tak sensitif dah,maybe kulit dah tua kot ..kekekekeke. Selain Pencuci dan penyegar PONDS, aku gunakan pelembap OLAY. Kdg aku pakai pelembap SAFI.

Pastu klo rajin sebulan sekali aku buat Mask. Klo pemalas aku buat le 2-3 bulan sekali he he he. Mask aku pakai AVON jek. Tu pun bukan aku beli, aku rembat adik aku punya. Dia beli tak pakai so aku amik la kan..Pada aku produk penjagaan muka ni perlu pilih yg bersesuaian dengan kulit. Mahal atau murah bukan penentu nya.

Kdg produk mahal tak serasi ngan kulit. Produk yg murah gak serasi he he..takpe yg penting kita amalkan rejim penjagaan muka supaya muka kita ni bersih okay. .

Sabtu, Januari 10, 2009

hari ini.....

jogging pagi Sabtu

bekpes for today : mee goreng aku masak dan kueh mueh tu beli

Alhamdulilah...hari ni hari ke5 dan Damia semakin baik.  Ruam2 HFMD nye dah kering.  Ulser mmg takde lansung.  Tapi pagi senin aku tetap kena bwk dia ke klinik utk appointment dan pengesahan Dr.  Tadi pagi, bgn je subuh hubby kata dia nak makan mee goreng. Tapi dia nak jogging n jalan2 kat taman dulu. 

Kat area umah aku ni ade playground.  Aku n Damia awalnye tak la nak ikot kan, tapi disebabkan Damia kul 7 pagi dah bgn so bwk le dia round skalik.  Damia cuma dok dlm stroller dia jerk.  Dah lama aku tak kuarkan stroller ni..last pakai masa dia 6 bulan.  Kat playground tunggu hubby jogging 2-3 round then baru we ols gerak ke gerai tepi jalan utk beli kueh mueh.  

Damia takde la aku bagi main kat playground tu, dia cuma dok dlm stroller dia. Aku ingat aku nak main satu buai kat playground tu semua basah kuyup sbb ujan lebat pagi buta tadik hahahaha, lama den tak naik buai ho ho ho.  Damia mmg tak kuar2 dari stroller dia.  

Sampai kat taman tu pon sekor umat pun takde.  Semua org membuta lagik kot.  Ye la hari coti kan...kitorg je tegedik gedik nak bejoging he he.  Ni la namanye tadak keje carik keje.  After beli kueh kat gerai we ols pun balik umah.  Adalah lebih kurang sejam lebih we ols abeskan masa kat luar.  Then balik umah aku prepare lak mee goreng utk hubby.  Sbb pagi2 tadik dia dah kata nak mkn mee goreng kan.... 

La ni dua beranak tu dah tido he he.  Diorg bedua tu mmg..time tido mesti sama ...Aihhh letih bebenor yer jogging.  Sebenarnya malam tadi hubby aku main futsal ngan kengkawan dia kat Shah Alam.  Pagi ni jogging lak tu yg dia letih bebenor. Orait le tu kan..asalkan dia nak bersenam..

Aku suka klo hubby bersenam ni at least dapat mengeluarkan peluh dan mengempiskan perut dia he he.  Hubby aku pun tak merokok dan klo bab makan...huhh bley tahan byknya hahahhaha mana tak cpt muncit kan...  Biasalahhh lelaki..OH! Lelaki...

Jumaat, Januari 09, 2009

Tips/Panduan sekiranya anak dijangkiti HFMD

HFMD yang tumbuh di tapak tangan, kaki dah peha Damia

ruam di celah lengan dan mulut Damia yg dah kering...
eh papa Damia pon enteprem skalik daa..2 beranak ni klo membuta mmg tak hengatttt...

Ubat demam, ubat sapu (skin), ubat mulut (ulser) jenis titis dan ubat ulser jenis sapu(jelly) dan Damia yg seksi auwwww...
(masa ni nak tunggu ubat2 dan bedak sejuk kering di bdn pastu baru pakaikan baju)

I'm not a doctor and i'm only a mother. Mungkin aku tak layak mengeluarkan tips ini kerana Doktor lebih berhak la kan..tapi pengalaman sememangnya mendewasa kan seorang itu. Pengalaman juga mampu menjadikan kita seorang doktor heheheh ntah hape2 lak aku merepek ni ekkk.

OKlah aku nak kongsi sket tips/panduan dan pengalaman aku sepanjang Damia dijangkiti HFMD. Alhamdulilah Damia kian pulih, doa2 la damia terus sihat yer. Hari ni merupakan hari ke-4 Damia. Skang ni mmg Damia cam biasa, mkn n minum cam biasa jerk. Tapi tetap kena tunggu seminggu dua supaya betul2 sihat. Thanks utk semua yg mendoakan utk Damia...syg u ols!!

1. Tanda awal HFMD adalah satu biji ruam akan tumbuh samada dalam "kawasan yang dibaluti pampers" nya..either kat alat sulit baby atau bhgn peha ataupun di mana2 bhgn kat baby, terpulang pada baby tu.

2. Sekiranya terdpt tanda satu biji ruam di bhgn dia, cpt2 tengok mulut dia sama ada sudah ditumbuhi ulser atau tidak. Biasanya klo ade sebiji ruam mesti ade sebiji ulser di mulut.

3. Jangan panik bila dah ade dua tanda tu. Jangan pula tunggu superman datang menyelamatkan anak kita. Sbb superman takkan muncul nak selamatkan anak kita. Kita la yg kena kuat dan jadik superwoman utk anak kita wokeh. Segera bwk ke klinik.

4. Sebelum tumbuh ruam itu juga petanda awal mungkin baby akan demam dulu. Ini terpulang pada baby tu ...mcm Damia dia demam dulu, then baru ruam tu tumbuh.


5. Sampai klinik bgtau Doktor yg kita rasa anak kita HFMD walopon tanda2 tak baper jelas sbb baru satu ruam n satu ulser. Tak kisah....sekali sekala kita jadik doktor bila bejumpa doktor ececehhhhh.


Maklumle ibu2 skrg kan dah moden, info mengenai pelbagai jenis penyakit semua di hujung jari kan..he he...janji Doktor leh cek dulu dan mintak Doktor kuarkan surat mengatakan anak kita saspek HFMD. Surat tu leh guna utk parent yg bekeje utk diberi pada majikan.


6. Bila balik umah pastikan selepas makan beri dia ubat demam dan ubat sapu di mulut. Pastikan dia makan dan minum. Selagi baby aktif tak de masalah. Sekiranya kita lambat detect..contoh ulser dah byk dlm mulut kemungkinan air liur baby akan meleleh dan baby tak larat mkn dan minum. Baby juga dlm keadaan ini perlu mkn yg sejuk2, klo susu formula sejukkan dulu baru bagi, jgn bg mkn food yg panas2. Make sure sejuk kan dulu...

Ini akan menyebabkan baby di tahan di wad utk dimasukkan air. Sbb tu kena betindak cpt jgn sampai ulser merebak yer...Klo dah byk susah lak dia mesti takmo mkn or minum susu nnt...dan bila dah byk kena bagi tumpuan pada dalam mulut pastikan sapu ubat utk ulser tu dengan sebaik-baiknya...


7. Waktu malam dia tak lena tido kerana ada part di bdn nak naik ruam. Sekiranya ade krim sapu ..sapu aje kat ruam2 yg telah tumbuh tu. Biasanya mlm hari dah naik ruam2 kat tangan Jgn panik..biar je dia tumbuh melata.... Bagi yg takde ubat sapu juga jgn panik.

Sekiranya dia masih menggaru ruam tu takpe sbb ruam itu mmg amat gatal dan mengada ngada.
Plak tu bila naik ruam biasa bdn kita panas. Dah bdn panas tu yg baby merengekkk je kan.. Wat sementara lumurkan satu badan dia dengan bedak sejuk.

Bedak sejuk ni mmg sejuk dan berangin angin gitu so ...lepas tempek bedak sejuk satu bdn, pakai kan baju baby yg belubang lubang tu...supaya angin leh tembus gak..tapi suar pakaikan suar panjang...pastu dia akan tido lena.


8. Selepas ruam2 naik di tangan, akan muncul yg last ruam naik tepi mulut dan kaki. Di tapak tangan dan tapak kaki akan kelihatan.
Mcm Damia kat mulut kuar dari hari kedua hingga skrg..hanya 3 je ruam yg yg ade. Nasib dah kering di hari ketiga. Ruam akan betambah byk pada hari2 seterusnya di bhgn kaki. Tapi takpe..biarkan dia tumbuh di samping sapu ubat krim.

9. HFMD tiada ruam di bdn atau muka/dahi/pipi. Ruam HFMD ni meliputi hanya di mulut/atas bibir, tangan/tapak tangan, kaki/tapak kaki dan bhgn celah2 anggota bdn yg telipat cam celah lengan or celah peha.


Klo takde ubat krim sapu (skin) leh sapu bedak sejuk jerk. Bedak sejuk ni menyejukkan badan di samping mengecut dan mematikan terus ruam2 bintat2 merah yg tumbuh. So baby pun tak meragam bila bdn dia cool jerk.
Ingat sapu seluruh bdn walopon kat bdn dia takde ruam2 or bintat...ini tujuan utk cool kan badan dia...dan bagi dia tido lena pada waktu malam.

10. Last sekali kena jaga kebersihan. Once dia ade HFMD cuci semua toys dia. Pastikan toys dicuci dengan dettol ker. Then jemur bwh matahari. Sbb bagi yg aktif dia tetap nak main toys..so kena pastikan ape saja brg mainan yg dia nak main dicuci dulu.


So to parents yg anak dijangkiti HFMD jangan panik yer. Jgn takot ....yg penting anak di bawah jagaan kita. Bila kita menjaga kita sendiri yang memantau sakit dia, so InsyaAllah dia cpt sembuh. Jgn bimbang, selagi dia aktif dia akan cpt sihat. Sekiranya terlewat detect anak terkena HFMD pun tak mengapa. Segera bwk ke klinik atau hospital utk diwarded supaya Dr. leh segera beri rawatan.

Kes ni mmg tengah byk skrg lebih2 lagi waktu cuti yg lalu. Kan cuti byk aritu kan, so bila kita bwk anak ke luar, ada kemungkinan ketika makan share kerusi baby, or bwk jalan2 supermarket, main di playground...as long tempat awam la..mmg senang berjangkit. Antibodi baby di bawah usia 5 tahun mmg senang dijangkiti.

Sebenarnya HFMD ni tidakla dpt di nurseri saja...ini kerana pada pengamatan aku baby2 yg dpt HFMD di nurseri ni adalah kerana ade baby yg sudah dijangkit HFMD tapi parents nya still hantar. Tu antara salah satu sebab le kan. Namun persekitaran luar lebih berisiko tinggi.

Lagipun klo ikotkan kat nurseri Damia takde sape pun yg kena HFMD so sah2 le Damia dpt dari luar kan. Dan if anak dah dijangkiti HFMD jangan la anto kat nurseri yer. Sian bebudak lain. Sama2 la kita bekerjasama.

p/s kita akan dihubungi (panggilan telefon) oleh kakitangan pejabat kesihatan negeri yang akan bertanya perkembangan anak kita untuk tujuan pengesahan/pemantauan. Mereka mendapat info daripada klinik kesihatan yang kita kunjungi. Masa ni u ols leh tanya ape je kat diorg fasal HFMD ni. Mcm aku diorg call pada hari kedua Damia kena HFMD. So sila beri kerjasama yer...

Khamis, Januari 08, 2009

Damia is infected with HFMD

Damia tetap aktif bermain cam biasa walopon dijangkiti HFMD

Actually aku bizi kerana menjaga Damia. Tak dapat nak hapdet kala Damia tak sihat. Damia anak aku kena HFMD atau nama penuhnya hand, foot and mouth disease. Jangkitan kaki, tangan dan mulut ni bukanlah penyakit baru di kalangan kanak2.

Skrg aku cuti kuarantin menjaga Damia. Ini adalah hari ketiga Damia. Alhamdulilah Damia kian pulih. HFMD ni mengikut kata Dr. yang merawat Damia..ade 2 kategori. Satu yang berbahaya dan satu lagi yang biasa. Damia dalam kategori biasa. Kategori bahaya pula boleh membawa maut. Selagi aktif insyaAllah baby akan cepat sihat.

Aku kesan Damia dapat hfmd ni masa hari sabtu lagi. Aku tengok kat peha ada satu ruam. Tapi aku abaikan saja. Ye la ingatkan ruam biasa. Then dia demam hari ahadnya but then dia sihat balik. So ingat takde ape2 la kan. Hari isnin aku n hubby keje cam biasa and hantar dia ke nurseri cam biasa.

Ptg senin tu nak amik dari nurseri dia okay lagik. Bdn panas ...cekgu nurseri pun ade SMS bagitau Damia badan panas. So aku pun cam ..ok la takpe balik nurseri nnt aku bagi ubat. After buat besday hubby kecil2 an tu we ols tengok Damia dah merengek. Hubby perasan mulut Damia ade shting wrong. Check2 tengok ade satu ulser atas lidah. Hmm ape lagik terus bawak dia ke klinik.

Kat klinik Dr. kuarkan satu surat kata dia saspek hfmd. Tapi kena datang lagi appointment utk pengesahan seterusnya. Damia dibekalkan dengan ubat ulser (utk mulut), dan ubat demam. Untuk ubat sapu (skin) aku dapatkan di klinik persendirian.

Aku bersyukur kerana dapat detect awal. Kiranya baru ade ulser satu biji di mulut. So peluang utk Damia pulih cepat itu ada. Dr. yang merawat Damia siap kata...anak2 saya semua kena. Biarkan saja ruam2 itu tumbuh di kaki tangan..sehingga lah ruam itu kering nnt. Takde ape..sbb ini kategori biasa. Cool je Dr. tu...

Sebenarnya Damia adalah satu2 nya di nurseri dia yang kena HFMD. Kiranya Damia pembawa la ..amboi kemain ko bawak virus ye Damia huhhhh. Dr. sahkan mungkin dia dapat virus ni di luar. Ketika kita bwk dia keluar jenjalan. So Damia dikuarantin dan aku tidak menghantarnya ke nurseri. Ye lah kang tak pasai2 anak org kena lak kan.

Skrg aku n hubby begilir cuti kuarantin. So to parent yang ade anak kecik, u ols harus bertindak cepat sekiranya anak mendatangkan tanda2 yang mencurigakan. Contoh klo nampak je ade satu ulser or satu ruam tumbuh di bdn anak..cpt2 bawak dia ke klinik. Rawatan awal akan menyembuhkan segera penyakit.

Next entry aku akan bagi sedikit tips/panduan sekiranya anak dijangkiti HFMD dan beberapa gambar ekslusif Damia dijangkiti HFMD. Gambar2 bdnya ditumbuhi ruam. Semua ini untuk kebaikan dan berkongsi pengalaman. Buat masa ni aku tak sempat nak upload lagi..Ni pun dapat update sbb Damia asyik bermain. Dia aktif cam biasa. Mengikut prosedur biasa, Damia akan dikuarantin dalam tempoh seminggu ke 2 minggu. Tapi paling cpt seminggu.

OK aku nak prepare lunch dulu utk aku n Damia. Hubby aku keje arini. So sori ye u ols aku tak sempat jenguk blog korang, doakan Damia cepat baik yer. Buat masa ni ruam Damia pun dah byk kering. Dia pun mmg selera makan. Maybe ulser dia tak serius. Air liur Damia pun tak meleleh. After semua pulih cam biasa aku akan visit u ols.

Apepon aku nak ucapkan thanks to my Mak yg banyak membantu bagi tips bila Damia kena HFMD. Aku mmg sentiasa call Mak bila ada ape2 masalah bila baby tak sihat nehh. Lagipun org tua ni byk tips ..mak aku tu pun anak ramai so dah mcm2 pengalaman dia lalui.

Mak kata sakit ni pun dulu2 mcm2 ada.... So dengan nasihat dan panduan Mak..alhamdulilahhh semua ok. Bak kata mak aku..zaman skrg ade mcm2 ubat, zaman dulu takde..lagi la payah...
bersambung next entry

Selasa, Januari 06, 2009

Happy Birthday Hubby !!!!

my hubby n my doter

hadiah untuk hubby

3 kotak kek utk we ols betiga : Damia soka bebenor lahh kek nehh..

Happy Besday to my hubby..hari jadinya pada 4 Januari lalu. Lambat sket hapdet. Simple sajork. Celebrate pong hari senin nya after office hour. Aku beli 3 kotak kek (slices) dari Secret Recipe. Satu sorang ler, aku ..hubby ..n Damia. Aku n hubby ade rasa cheese sket dan Damia choc!

Tawon ni takde kek2 besor dahh, sbb klo beli kek bulat besor tu tak abes. Sape aje nak makan kan..we ols kat umah betiga jerk.Then aku bagi hadiah kat hubby Wallet & Tali pinggang Alain Delon. Murah jek RM 119.90.

Hadiah n kek aku shopping sendirian balik dari opis hour. Aku harap hubby soka klo tak soka pong buat2la soka yer yg..maklumler duit ai dah melayang :)...

Ahad, Januari 04, 2009

Warong Pak Din

us @ warong pak din

restoren yg selesa dan luas, ade skrin tv besor dan tenet...tu nasi goreng cili padi yg 'hot'

Nan ado nyer lahhh den nak main masak2 hari minggu nehh hiksssssssss. Ingat nak masak tapik tak jadik. Takpe la janji niat ado walopong kemalasan melebihi segalanye wakakakka. Aku baru balik dinner kat Warong Pak MaiDin. Tapi aku soka panggil Pak Din lg ekekeke. Baru 2 kali mkn sinik. Okay la gak food dia. Kat sini pong ade skrin tv besor.

Satu yg best kat sini, internet ado. Free okay. Sape2 datang bwk lappy leh bukak lappy u ols atas meja. Tenet ader yer. Tapi aku dak le bawak lappy umah tu ke sini sbb aku dtg sini tujuan nak melantak sajork! Aku tengok ramai le gak bwk lappy dok situ sambil melayari tenet. Biasanya yg bujang2, sama ada bergeng atau sensorang.

Ehh ehh ni dah kira promosi lak nehh. Ape kejadahnye plak haiii aku gi promote lak nehh. Ishh tapi klo promote dapat diskaun kira orait kot ...hurmm arap2 owner nyer baca le blog haku hahahahaa.

Tadi aku makan nasik goreng cili padi. Hubby lak order ciken cop. Damia lak tengok kitorg makan. Damia dah kenyang sbb sblm kuar tadik aku dah bagik dia makan duluk.

Sebenarnya malam semalam aku ke Downtown Cheras. Gi umah kakak aku kat Cheras, pastu we ols follow kakak n familinya ke situ. Balik umah aku sampai dekat 12.30 malam gak ler. Tapi gambo nan ado sbb kamera tinggai.

Esok dah mula sesi sekolah 2009 tapi ada certain negeri dah start today kan. Selamat kembali ke sekolah yo adik2..belajor la rajin2 supaya dah besor nnt leh jadik jutawan kui kui kui. To my niece yang baru masok tahun 1 esok...iaitu Baby, ....i wish u all da best, always be the best and beat the rest!!!

Jumaat, Januari 02, 2009

My 1st entry in year 2009 !!!

Makan ngan abah (1 Jan 2009)

Makan Mekdi ( 2 Jan 2009)

Di hari baru dan tahun baru, 1 Jan lepas aku kuar makan2 ngan abah aku. Cam tak caya je dah masok 2009 kan?Ada ape2 perubahan ker. Ntahla aku rasa sama jek hua hua hua. Actually my abah ada kat sini sejak Isnin lepas. Dia stay umah kakak aku kat Shah Alam. Saja la jenjalan umah anak2 kan. Mak aku tak mai sbb mak aku akan dtg kendian, InsyaAllah bulan 2 nnt.

Aku bersyukur parent aku sudi teman n jaga aku sepanjang hubby aku outstation nnt. So nnt aku n Damia berteman kan parent aku! Hoyehhh!!!Aku kan anak manja...aku tau parent aku mesti risonye la klo dengo hubby aku outstation tinggalkan aku neh. Tu sbb diorg sanggup teman aku hehehhehe....

Hurmm tapi kan best klo hubby ade sekali kan.means bahagianya hidup ini dikelilingi org tersyg kan...1 Jan tu, kat kul 12 pm gitu we ols ke umah kakak aku kat Shah Alam tu amik abah n bwk dia jalan2 area Shah Alam, sempat la we ols makan kat restoren di seksyen 13. Kat upin n ipin tu rasanya...After spend time ngan my abah, we ols anto abah balik semula umah kakak aku jam 6 petang gitu.

Tadi aku tak masak dinner. We ols gi melantak Mekdi jerk. Malas le masak..ntahle..sepatutnye tahun baru kena la semangat baru..tapi hampehh sama jerk wakakakakka. Weekend ni le aku masak yo...tu pun klo roh rajin menjelma! Ok aku nak tido..hubby n damia pon dah lebohhh tido!! Selamat behujung minggu!

Demi Cinta Ini

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker