Jumaat, Februari 27, 2009

Tanpa dirimu, aku mati..

Aku mintak maaf sbb dah lama tak jengah blog u ols. Takde kesempatan. Niat tu bekobar-kobar. Tapi faham2 je la dah balik lewat , kat umah kejap je masa....urus umah sket2 tengok2 jam dah 11 malam terus tumbanggggg ...Zzzzzzz.

Sempat hapdet pong fasal aku jek pastu terus off lappy ...tidoooo!!!apepon aku rindu kat u ols esp. bloggers n my blog readers. Nnt bila aku dah free ..aku kan besiaran lansong cam biasa ehh...jgn lupakan daku!!!Ni lagu ni aku khaskan utk u ols sumer...

TANPA
by Sixth Sense

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi


Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati..

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut.. Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

auto publish n3


Khamis, Februari 26, 2009

campur darab tolak bahagi

Aku dan sepotong kek..tq to pemberi kek..sodap kek nye..

My little princess kemain soka minom vitagen

mereka sehati sejiwa, takleh dipisahkan..sian damia..asik mengigau sebut nama papa bila papanya gi outstation...huk3x

Blog aku lately cam pelik je kan. Citer becampur aduk. Aku tulis ape shj yg aku lalui. Taknak pisah2kan citer, sbb idup ni bukan lama, klo tak sempat story nnt camne hu hu. My parent ade kat sini, hip2 hooray la kan.

Makan masakan mak mana leh lawan. Setiap hari aku mkn masakan mak. Kat opis tu ala2 tahan perot le gak, sbb nye nak makan yg mak masak kat umah ha ha ha. Balik je keje, aku makan nasi 3 kali tambah you...pasneh klo tak kembang gak tak tau la..hope berat aku naik sket sementara parent aku ade cni.

Damia makin besor. Dia leh sebut tok, opah, mama n of coz le papa tu ari2 dia sebut. Tapi damia tak reti sebut mommy. Takpe la ..mommy ke mama sama jek. Aku ingat nak balik kg weekend ni tapi tol naik lak he he, tapi nak tanak kena balik gak le kan...

Blog aku lately pon tak byk gambo kan, sbb tak sempat amik gambo. Maklum..aku membizi keje asik balik lewat kan, so bila masanye nak begambo nye ehh. Dah la hubby aku outstation pastu bizi ngan training n mcm2 lagik le ...so layan 3 tu je gambo yg sempat aku tangkap tatkala bizi melanda...adiossssssss!!!

Maya Machindra @ Australia

Terlalu byk perkara baru yg aku temui..dan semuanya menjadikan ia satu pengalaman menarik....
*
Ade la some of my frens yg tanya aku nak ke mana. Tak jauh pun ..aku n famili nak ke Sydney, Ostolia jek. Dokat jerk. So sape2 kat Sydney leh gi tau ..musim ape taimm tu ehh. Spring ke Winter ke hujan batu????
*
Harap2 jgn le winter, sian anak aku Damia kesojukkan...klo aku gi bedua ngan hubby takpe la kan...Salji2 ni aku tak kisah sgt, dah puah main salji salju masa kocik..so dah tua2 bangka ni ade aku kesah hahahaha. Klo ais tu yer aku kisah, aku kuat minom ais batu wooo!!sodappp...
*
Aku dah tua yer u ols. Mungkin ade la yg masih ingat aku ni muda. Yg paling klako ade yg baru masok keje, leh teka umo aku dlm 25-26 gitu. Adoii plez la..aku dah era 30an la..takde maknanya nak patah balik era 20an. Semua tu dah belalu....aku pun tak hingin nak gi zaman muda2 dulu, sbb my life pada masa ini adalah lebih baik daripada hari2 yang telah aku lalui...
*
Ke Ostolia ni aku teringin nak gi satu tempat tu, yg aku pasan dalam sebuah filem tamil ade shoot. Huhu aku layan citer tamil kah???apakahhh??? Aku ingat lagi taimm tu aku umo 19 tahun. Filem tamil ni pada aku meletup le!!! Tak silap aku tajuknye INDIAN.
*
Lagu popular dia Maya Machindra.. Klo nak suh nyanyi dlm bhs Tamil lagu Maya Machindra ni pun aku hafal lagi wakakkakaka. Mana tak hafal ..aku siap beli kaset semata2 nak dengo lagu tu hahahaha..jgn jeles ye u ols hu hu...selain tu ade satu lagik filem Tamil yg best tapi lupa dah tajuk, but lagu popular dia tak silap aku ade words copla lellaaa he he...ntah ape tajuk filem tu..tapi lagu tu mmg besttt!!!
*
To my lovely hubby, thanx for being there for me, n i will always love you...
*
auto publish n3

Rabu, Februari 25, 2009

Good girl gone bad???

Asik membizi je kat opis. Asik balik malam jek. Nak wat guano, ...apepong tak lama lg aku nak gi bercoti..nak terobangggggg, jadik superman he he. Tapi gi mana ehh..insyaAllah.... Tiket flight pon hubby dah booked, 30 June ni aku terobang le sama hubby n Damia.

Byk benda lagi nak wat, aku tak check lagi bulan tu winter ke summer ke spring ke autumm ker...ye le klo winter kena byk le bwk baju sojuk kan...malasnye nak pikirrr...aku ni bukannye soka sgt bejalan jauh2 ni ...letih le ngira kain baju nak bwk ...malasssssssssssss!!

Tunggu next entry yo, coti untuk bercoti lama ni pon aku tak mohon lagik. Alaaa lambat lagi daaa...tunggu hubby aku solosai outstation baru le aku leh becoti sakan. And really sorry to my new fren ..siap pesan jgn emo ha ha ha, mmg kan...smlm tu sape dkt mmg aku rasa nak panggg, so jaga2 le yer, jgn mara kat aku time aku byk koje..

Ade gak member2 opis yg lama tak nampak aku bila jumpa kata aku makin ramping..??Pehtu siap tanya aku diet ape???Huhuhu jgn tanya bab2 diet sbb aku mencekik sgtle banyak, org2 rapat tau le camne aku mencekik..aku mmg kuat makan,..

Antara citer lain aku rindu pada member aku Haja. Lama giler tak jumpa dia. Rindu sgt2..esok aku akan jumpa dia..he he..Hmm tak tau citer ape dah, yg pasti pelan transformasi diri aku, i'mma good girl gone bad, rasanya ada individu tertentu faham ape yg aku nak buat, ...he he,...watch out beb!!!


Kembara Kehidupan

Dalam dunia yg singkat ini, kehidupan perlu diteruskan. Kembara kehidupan perlu dijalani bagi yang hidup. Yg mati tetap pergi. Bagi aku, kehilangan insan2 tersyg sebelum ini lebih menjadi kan diri aku menjadi seorang yg redha.

Kehidupan ini adalah apa yang kita jadikan..namun ketentuan takdir bukan la sesuatu yang boleh kita hindari. Aku sorang manusia yang sentiasa menerima takdir Allah dengan hati terbuka. Tetapi aku tidak mengalah sebelum menerima. Tiada apa yang dapat merubah takdir Allah kecuali doa. Maka itu, aku adalah insan yang sentiasa berdoa.

Aku sentiasa bersyukur kepada Allah kerana aku ada Abg, Kakak, Adik Lelaki dan Adik Perempuan. Adik beradik aku ini menjadikan hidup aku lebih baik. Aku menjalani kehidupan berdasarkan tunjuk ajar dan pengalaman mereka. Aku juga sentiasa bersyukur kerana masih mempunyai Mak abah yg sihat walafiat.

Hidup aku terlalu indah kini. Dari dulu hidup aku indah kerana aku ada ahli kuarga yang sempurna. Aku bersyukur hidup dalam kuarga bahagia...pertalian kami amat-amat rapat!!! dan mereka adalah insan2 yang istimewa dalam hidup aku. Dari aku tiada hingga kini, mereka sentiasa bersama aku.....

Hidup aku lebih bahagia dengan kehadiran hubby dan anak terchenta Damia Anura. Walaupun mereka adalah insan yang baru muncul dalam hidup aku, tapi itu bukan alasan untuk aku membelakangi mereka. Hubby dan anak adalah segala2nya buat aku. Setiap nafasku adalah untuk mereka. ..

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik sekaligus usia yang panjang kepada seluruh ahli keluarga, hubby, anak, mak abah dan adik beradik yang amat ku cintai. Aku ingin terus hidup bersama mereka. Aku ingin terus hidup.....Hargailah org2 yang kita sayangi ..selagi ada hayat mereka.

Isnin, Februari 23, 2009

Selamat Tinggal Cinta

Al-Fatihah untuk arwah opah aku yg telah kembali menemui allah pada hari Jumaat, jam 10.48 malam. Ini adalah yang terbaik untuk opah kerana telah terlalu lama opah sakit..tak sanggup nengok opah tanggung sakit..

Opah adalah opah aku yg terakhir, kerana selepas ini aku takde opah dah. Belah abah aku, opah n atok lama dah takde sejak aku kecik2 lagi. Aku pun tak ingat bila diorg meninggal. Belah mak pulak atok aku meninggal masa usia dia 60++ ketika aku form 2. Ni aku ingat. Sbb 2 hari sebelum atok meninggal aku berjumpa atok.

Kami sama2 berkongsi kegumbiraan 2 hari sebelum atok aku pergi, pegi bwk atok mandi sungai bersama aku hu hu, aku mandikan atok...jirus2 badan dia ngan air sungai...dan aku pakaikan atok baju...,yer aku mmg manja sgt dgn atok aku.

Tetapi segalanya berubah.... aku tak sangka 2 hari selepas itu aku terpaksa menjirus air di atas jenazah atok. Rasanya baru saja aku mandi manda di sungai bersama atok. Dan kerana itu mungkin, takde langsung air mata aku tumpah di hari kematian atok kerana aku baru saja bergurau senda dgn dia. Aku seakan tak percaya dia pergi selamanya.

Opah aku yg meninggal ni umo 84 tawon. Sakit tua. Dah lama sakit tebaring nyer. Sekali lagi aku merasa tak percaya kerana baru saja bejumpa opah pada hujung mingu lalu ...tapi aku puas, aku sempat berbual dgnnya, menciumnya dan sentiasa memegang anggota badannya.

"Opah...kita telah berjumpa 5 hari yang lalu, sebelum opah dijemput kepada Allah..kenangan itu masih segar ya amat!!aku masih ingat setiap butir2 pekataan yang opah ungkapkan..."

Dan sekarang aku percaya, aku adalah antara org yang bertuah dikurnia allah kelebihan, untuk bersama2 org tersayang sebelum mereka mengadap Ilahi. Ini kerana aku bersama2 di saat2 terakhir org tersyg iaitu atok, abg dan opah aku hanya beberapa hari sebelum mereka dijemput Allah. Berbanding adik beradik aku atau cucu2 opah yg lain ...mereka hanya sempat jumpa sebulan dua sebelum mereka kembali rahmatullah.

Syukur ya allah kerana memberikan aku peluang bersama org2 yang tersyg hanya selang 2 dan 5 hari sebelum mereka mengadapmu...Dan ketiga2 insan tersyg aku ini ..aku melihat semuanya, dari mereka sihat, sakit, dimandikan jenazah dan dikafankan..semua aku melihat didpn mata dan aku antara org yg paling kedepan untuk menyaksi dan bersama org yg aku cinta ini sebelum mereka di kebumikan...

Kematian demi kematian insan tersyg ini mengingatkan aku...bahawa tiada apa yang kekal didalam dunia ini, dan akan ada lg insan2 yg kita cinta akan menyusul...begitu juga aku, kita juga menunggu masa untuk dijemput Allah......hanya yang pernah kehilangan org yang tersayang ini merasai betapa pedihnya dan terseksanye utk menerima hakikat, kunci utama adalah REDHA Aku serah segala-galanya padaMu Ya Allah...Allahuakbar!!!!Al-fatihah untuk arwah Opah aku...

Jumaat, Februari 20, 2009

Leaving on a jet plane...

Yesszaaa we're going to oversea!!!Me, hubby and Damia....:)), Soon.....

Mmmuahhhhhhhhhhh3x
Thanx hubby!!

auto publish n3



Selasa, Februari 17, 2009

Ella ella eh ..eh ..

Byk citer sebenarnye, tapi disebabkan lately aku asik bizi di opis, asik balik malam je.....pehtu dah loteh yo, so aku tak sempat hapdet kat umah..my life cam biasa, ade biter baik utk aku n hubby n damia..tungguuuuuuuuuu!!!

So skang ni aku nak nyayi jek ehhh, x larat lagi nak hapdet...lagu yg aku nak nyayik lagu ni je sepanjang aku membizi okay...khas to all my readers n frens...and of coz, to my nice truly friend,u know who you are...now you can stand under my umbrella!....
Enjoy video rihanna

Sabtu, Februari 14, 2009

under my umbrella...

"you can stand under my umbrella....
""When the sun shines
we’ll shine together
Told you I’ll be here forever....
Said I’ll always be your friend
Took an oath
I’mma stick it out ’till the end""
""Now that it’s raining more than ever
Know that we’ll still have each other
You can stand under my umbrella
You can stand under my umbrella""
Under my umbrella....
p/s ok dah edit, tuko font, hope leh baca he he he

Rabu, Februari 11, 2009

Wanna be on top??

Damia : "Klo pose camneh ...Kampar's next top model lepas tak mommy??Ke takat Tangkak's next top model jek..Oppssss lupa laks...papa tak bagik le Damia jadik model tapi mommy soka hu hu"
Anak aku Damia ni bukan reti begambo, tak reti pose pong, lebih2 lagi tak diam la neh. Baru je nak tala kamera dia dah lari. Tapi yang ni baru nak diam bila sebut "fish fish fish". Dia mmg suka tengok ikan. Lebih2 lagi yg ada dlm akuarium. Ni masa amik gambo ni ade akuarium ikan belakang aku. Tu yg dia diam je tuh..klo tak jgn hengat le nak pose statik gini.
auto publish n3

Selasa, Februari 10, 2009

Lagi gambar2 di kaki gunung

aku...

lagi gambar2 sekitar kaki gunung..

Yuhuuu...ada sambungan sket fasal kolam ikan yg aku muatkan dalam n3 lepas. Actually to Alicia yg tanya kat mana, nnt aku ym ko bgtau tempat nye yer he he. Klo u ols nak tau area situ adalah kebun lama tempat abah n mak aku berkebun.

Dulu2 masa muda, di samping buat keje hakiki diorg, my abah n mak suka berkebun di situ. Berbudi pada tanah okay. Syok woo tiap kali ikot mak abah bekebun pada hari sabtu or ahad le, ari cuti kan, aku pon coti sekolah so aku selalu main2 area situ. Aku tak tolong pon hahahaha.

Sgt happy le dat time. Kaki gunung terletak di kg arwah atok aku. Sebuah perkampungan kecil saja. Tapi nak sampai ke kebun tu dalam 30 minit gak, klo dari taman perumahan my parent la yer.

Ntah le bila lagi dpt ke sini...nak melawat selalu takdenya. Maybe bila anak aku Damia umo 30 thn kot aku menjenguk lagi ke sini he he...

Aku di kaki gunung

ade gaya petani moden tak..?

aku n my lovely hubby n my notty girl, Damia...

menikmati aktiviti di kolam ikan
aku with my mak n my sis, Kak Yang @ kaki gunung di Perak
(my mak now 64 yrs old n my sis 42 yrs old)
pic my abah kat atas baju kemeja coklat n rambut semua puteh tu yo...(my abah 70yrs old)

Aku kembali ke kaki gunung itu. Setelah hampir lebih 20 tahun aku tidak menjejaknya. Seawal usia aku 7 tahun aku bermain di kaki gunung ini.
*
Sesuatu yang nyaman dan segar bila berada di sini, aku kembali bersama keluarga..tetapi kali ini lebih bermakna kerana aku membawa sekali hubby dan anak aku. Ni first time la hubby n Damia menjejak kaki ke sini. Terkesima diorg hahahha. Aku tak sangka setelah berpuluh tahun aku kembali semula ke sini. .....kenapa aku ke sini...???

Aku kembali ke sini utk melawat tapak kolam air ikan milik abg ipar aku. Abg ipar aku melabur utk dua kolam ikan di kaki gunung. Terletak tidak jauh dari perkampungan kecil ketika aku masih kanak2. Jaraknya lebih kurang 30 minit dari rumah my parent di Kampar, Perak.

Seronok tul menyaksikan aktiviti menyiapkan kolam ikan dan melepaskan ikan2 ke dalam kolam air. Mak n abah aku turut sama la. Turut serta kawan2 kepada anak2 saudara aku dan keluarga kakak aku.
auto publish n3

Sabtu, Februari 07, 2009

Tak kenal penat !

suka betoi la Damia klo dpt jalan sendiri, letih woooo ngekor vontot dia..hu hu

@ pizzaaa hut, damia mmg takleh dok diammm, nak turun ke bwh ...nak tijak lantai ..

amvoii suap papa dia ajer..mommy nye idok le dia nak suapkan, mmg anak bapak tul la ko ni damia huhhh!!!

Skrg dia tak kenal penat, tak penah letih, nak bejalan ajer....nak belari laju2, letih wooo ngekor vontots Damia lebih2 lagi klo gi pasaraya. Jgn arap le nak dok dlm stroller or dukung2 bagai dah.

Klo nak shopping barang dapo, jgn arap gak le dia nak dok lam tu, menjerit jerit memekak nak tijak tanah. Kekdahnya macam org nak ukur tanah. Abes dia round, kona balik, ke depan ke tepi ke belakang ...tekedek kedek.

Hubby n aku exercise dgn Damia je la yer. Setiap hari begini semput gak kdg2...he he, tarik nafas gak wooo!!!Sabo aje laaaa...demi satu2nya anak terchenta..

Jumaat, Februari 06, 2009

Gadget

ape benda aku kebek2 ni ehhh, hurmmm sebenornye aku dalam usaha mencabot nye, he he he

ni yg melekat kan kat meja makan ni hubby aku le punya keje yer...huhhh

Hurrmmm nak kena hubby aku neh. Kat meja makan kat umah tu dia lekatkan gadget dia. U ols tau kan menatang tu. Ala biasa nye letak kat cermin kete. Tak tau le ape nama spesifiknya. Utk letak hp supaya senang la klo nak tengok map gps ker....n etc lah.

Lelaki tau le benda2 ni semua. Aku tak amik tau. Hubby aku ni mmg soka benda2 gini. Tapi tu la, biasala kan, lelaki mmg soka la ya amat ngan gadget2 nehhhh..kot iye pun jgn le lekatkan kat meja makan yer yg, cukup2 le lekat kan cermin kete tu jerk hu hu...
auto publish n3

Khamis, Februari 05, 2009

Hello !!

"Hellooooo, hellooooooooo !!!Papa cpt la balikkkk, kata nak bawak Damia gi jalan2...ishh lambatla papa nehhhhh, lambat sgt Damia gi sendiri la okayyyy...lagipun Damia kan dah pandai jalan....he he he"

Rabu, Februari 04, 2009

antara sweet cherry dan al-ikhsan

hubby n damia @ al-ikhsan, tengokle Damia tu..cam biasa meronda satu kedaiiii

carseat baru

New carseat for Damia. Yg babynya takleh pakai dahh, tak muat, anak aku dah memanjang dan semakin tinggi. So kena beli yg baru. Aku beli yg Sweet Cherry gak.

Damia ni dari Stroller, carseat masa bayi dan carrier baby semua Sweet Cherry. Senang..murah dan simple designnyer. Aku beli carseat baru tu RM164.00 di car4 Alamanda, Putrajaya. Cam biasa aku tak beli mahal2 sbb ekonomi dunia skang kan merudum he he. Senang citer...bajet tak cukop hua hua hua.

Baru2 ni pon sempat shopping ke Al-Ikhsan. Hubby aku soka shopping kat sini. Sini baju sukan le ye. That day hubby rembat baju aston vila. Sedang Hubby membelek baju2 n etc...Damia cam biasa meround satu kedai..aku jadik bibik yg ngekor vontots Damia.

Lepas shopping we ols lepak2 makan kat Bangi Kopitiam...aku biasa makan di situ. Fav. aku adalah laksanya. Sgt power!!! next time le aku amik gambo. Bila gi situ asik lupa je snap...Dan satu aku takleh lupa kopi ais nyer...sgt2 kawwww!!!

auto publish

Selasa, Februari 03, 2009

itu ini, begitu begini.....

me @ office, 3 feb

Tak dapat mem'black' kan monday, hari selasa pon aku belasah la gak black kan tuesday. Keje keje keje dari pagi sampeiii ptg, tak siap2 lagi keje dari last week. Plak tu bos takde tu yg menyukarkan keje aku.

Klo ada byk keje aku suka lagi bos aku ade kat opis sbb senang aku nak tanya itu ini, ye la tak paham baik tanya. Pesen aku bukan jenis buat2 pandai klo tak tau...aku jenis tak paham tanya itu ini begitu begini..

Sebenarnya byk benda yg aku plan tak jadik. Antaranya nak servis dan basuh kete aku. Hari tu gagal melaksanakannya. Aku plan nak buat tu ujung menggu plak..mike doa2 le teman bejaye yer...

Baru jap tadik aku nonton the making of ong bak 2. Pada yg ngikut ong bak dulu mesti tak sabo2 nunggu sambungan. Tony Jaa hero citer ni pon antara fav. actor aku. Hurmmm dinner arini plan makan kat luo jek.

Aku tak larat masak, lagipun peti ais aku tadak bhn mentah pong hahahaha, maklum sejak dua menjak ni dah mai dah penyakit M aku..lgpun hubby dah start bizi lagile aku tadak mood nak main masak2..hu hu...

Ok aku nak layan spa kiut lak...daaaaa...

Gadis penjual bunga

"Bunga bunga...sape nak beli bunga..bunga matahari ade, bunga rose ade, bunga citra lestari pong ade....."

Damia suka tul main beg bakul ni. Bakul ni pon dah nak sama besor dia tapi ade hati lagik dia nak ngusong beg ni ke hulu hilir.

Ni aksi Damia sewaktu berada di umah atoknye di Tangkak, Johor. Dah namanya pompuan...bukan aje beg bakul neh, handbag aku pon abes di terai nya...hu hu..

AUTO PUBLISH ENTRY

Isnin, Februari 02, 2009

Aman nya donia...

hubby n lappy barunya

lappy acer ni dah jadik hak mutlak aku ...yeayyyyyyyyy!!

Sejak hubby aku beli laptop DELL nya. Aku rasa aman donia. Sbb...aku tak yah berebut nak guna lappy acer kat umah tuh. So skang masing2 leh menggunakan lappy dengan tenang hahahahha...aku pun takde la dah ngaco dia buat keje2 dia...kekekeke

hari ni putrajaya coti yer, aku coti sempena hari wilayahhhhh 
selamat hari wilayahhhh
jom jalan2...

Ahad, Februari 01, 2009

Kami di mana ya????


Kami di mana dan ke mana yer??
Tunggu next entry....

Demi Cinta Ini

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker