Khamis, September 30, 2010

Lamunan Terhenti

Aku rase sakit kepala plak arini. Berat je. Tiba2 malam tadi aku termimpi kazen aku. Yg aku kenal dari kecik lagi. Kazen ku sgt baik. Tapi dia tua beberapa tahun dari aku. Sesekali masa kecik aku berjumpa terutama hari2 wiken, ataupun perayaan n cuti2 sekolah dia akan balik ke kampong kami. Memandang kan dia dok di negeri lain besama mak abahnye. Ibu nya adalah kakak abah aku. Dalam mimpi aku nampak dia berpakaian serba puteh. Tapi muka nya sangat susah hati...
.
Aku kesian melihatnya. Tapi apakan daya. Aku cuba memanggilnya tapi dia seakan2 x mendengar langsung panggilan aku dan terus pergi...aku rasa aku jerit kuat dahhh...mimpi ku terhenti di situ. Kadangkala kehidupan yang kita lalui di sekeliling kita adalah sama dengan insan2 yang lain. Sedikit sebanyak persamaan itu ada. Jika pun terdapat perbezaan hanya pada beberapa perkara tertentu. Sebelum ini heboh dengan kes Jutawan Kosmetik yg hilang bersama 3 individu lainnya itu. Kemudiannya mereka semua diberitakan telah dibunuh.
.
Sebenarnya-benarnya kazen aku adalah antara individu yang hilang dan terus hilang dan tidak ditemui sehingga kini. Dia dan suaminya juga ahli perniagaan hilang tanpa kabar berita. Mcm ade persamaan kan...tapi aku yakin kes kehilangan mereka tiada kena mengena dengan saspek dalam kes Dato' Sosilawati.

Sejak aidilfitri tahun lepas lagi kami tidak pernah menemui mereka. Sblm2 tu raya salu gak betembung di kampong. Tak silap aku hampir 2 thn dorg hilang. Di mana mereka?Adakah kes mereka kekal sebagai org hilang?????Tapi sampai bila mereka menghilang???Ermmm pertanyaan demi pertanyaan bertubi-tubi.Tak tau mereka di mana...
.
Hubby aku sempat berkenal kenalan dengan mereka berdua. Maklum dah kawen susah nak jumpa kazen tu lagi. Then bila dapat tau mereka hilang hubby pun terkejut..
.
Apepun aku sgt sayangkan kazen aku itu. Sebelum ini aku melihat mereka suami isteri sebagai pasangan bahagia, hidup dalam kemewahan, mereka ada ape saja yg kita takde, nama kan...kereta mewah, perhiasan mewah dan segalanya..tapi ...ape gunanya harta itu semua, jika ia tidak menjamin apa2? kazen aku yg hilang bersama suaminya juga turut meninggalkan seorang anak.
.
Tetapi anak itu masih dalam jagaan baik oleh ahli keluarganya...Mungkin aku tidak patut mengeluarkan entri ini,kerana aku perlu menjaga hati keluarga nya tetapi ia sekadar satu peringatan semua. Di dalam dunia memiliki harta yang banyak juga memberi impak besar kepada keselamatan diri kita dan memiliki harta yang banyak juga belum tentu menjadi milik kita yang hakiki ..

4 comments:

Hezesuze berkata...

ish kazen uols hilang..??? dah report polis ke?? ke dowang menghilangkan diri sndiri??

bukan apa takot kan sekarang nie mcam2 kes yang timbul berikutan kes kematian datuk sosilawati tu...

pepun weols doakan kazen uols selamt

eLLy berkata...

emm terkesima aku membacanye

Diamilikku berkata...

yaya...sabar ehh...huhuhu..tak tau nak tulis apa..be strong..itu je yang penting sekarang

Aida berkata...

susah kan nak percaya dah org zaman skang ni .. dia tak puas hati, terus bakar .. moga kita² ni dilindungi lah hendaknya ..

Demi Cinta Ini

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker