Yeayyy ready utk demam bola..da beli majalah bola, dan dpt free jadual pelawanan, buku stiker tampal gambo pemain pun ade..tu jari jemari hubby sedang membantu menampak stiker kat buku bola haku hehehe...Klo single sure aku wat sensorang kan..sib da kawen ade gak hubby yg sudi tolong hehehe tapi hubby pun minat gak ..so dia pun besemangat :))
Roberto Baggio, pemain lagenda dari Italy..pemain bolasepak feveret aku sejak tahun 1990
Milan Baros dari Czech Republic salah sorg pemain kegemaran aku utk world cup 2006Dah abes Piala Thomas, dah abes Akademi Fantasia.. kini aku demam Piala Dunia laks...Aku fanatik mendalah neh semua..so tanya je aku ape saja pasal menda2 ni konfem aku leh jwbbbbbb dengan tepat hoho.
Okay...aku ade reviewed sket pasal Piala Thomas sebelum ni kat entri---->
Piala Thomas Suku Akhir : Msia menang bertemu Denmark. Nak baca balik leh klik situ. Klo nak ckp pasal bolasepak ni, aku mintak mahap le sbb bolasepak Msia aku agak failed sket. Bukan tak follow ..ikot gak..tapi agak ketinggalan dalam certain parts tu la.
Tapi klo World Cup ni aku jamin la aku agak OTAI.Bukan nak belagak yer, tapi hubby aku pun takleh beat aku klo pasal bolasepak Piala Dunia ni. hahaha Hubby aku terer bila bab2 EPL ke or ape2 ntah leagues yg ade skang neh. Aku follow sket2 jewww. Yesssss aku tau bola ade kelab2 tu ..Liverpool, Man U, Chelsea, Parma, Juventus or Lazio, Bayern Munich, Ac Milan, Barcelona and bla bla blaaaa.
Tapi aku tak komited sgt la ngan bola kelab2 neh.....klo miss tgk kat tv tu tak nyesal la dan tak la tetunggu tunggu sgt. hehe. Klo komited pun liga Italy or liga eropah jewwww. Asal ade Italy aku ske ler follow. Sbb aku sgt2 syggggggggggg skuad Italy nehhh. Aku lebih bagi tumpuan pada Piala Dunia atau World Cup yang diadakan 4 thn sekali.
Aku imbas world cup ni aku mula ske kan bolasepak
Piala Dunia since 1990. Haaaaaaaa cuba korang kira..bape umo korang time tu..1, 2 thn? atau blom banak lagik ahahhahha. Aku dah sekolah yer. Kecik lagi la time ni tapi dah pandaiiiiiiiiii nengok bola.
World Cup 1990 - tuan rumah adalah Italy (ITALIA 90). Italy ataupun lebih dikenali dengan skuad Azzuri ini adalah satu2nya negara yang menjadi feveret aku. Pemain2 pojaan aku dlm skuad Azzuri ini of coz, Roberto Baggio (ni legend ni....terer nak mampos klo men), Dino Baggio, dan Paolo Maldini. Selain dorg, pemain kegemaran aku adalah Gary Lineker daripada England. Gary Lineker ni kapten England masa world cup 1990.
Seterusnya menginjak aku meminati pemain Spain iaitu Jose Louis Perez Caminero (Caminero). Aku minat gila kat dia neh. Pemain yg aku paling menyampah adalah Bekenbour daripada German. Tak ingat dah spelling bekenbour tu..sbb bhs German eja nye len kan tapi bunyi camtu la. Aku paling menyampah German neh. tak ske bekenbourrrrrrrrrrrrr
Aku amat gila ngan World Cup..Pada tahun 1990 tu aku siap beli majalah sukan yg tebal pasal world cup tuh. Tak silap aku cover depan majalah sukan tu Rud Gullit ke..Adui susah nak refresh maklumle time tu budak2 lagi..otak ssh nak refresh la ni dah 30an dia ala2 ingat2 lupa hahahaha.. Dalam tu byk gambo2 pemain feveret aku. Lagi satu asal mula je world cup
mata aku akan jadik PANDA.
Haaaaaaaaaa tak cukup tido kauuu. Ingat lagi tahun 1990 turrr, sekolah kan..kecik lagik..bola stat 2-3 pagi..habes dkt kul 6 pagi..terus mandi pagi siap gi sekolah..Smpai sekolah tersengguk2 hahahahah. Then bijik mata jadik pandaaaaa. Abes musim world cup baru mata aku okeh balik...huhuuuu. Gila tol. Tu tahun 1990.
Then year 1994 pun sama gaks. Ni dah up sket la..dah masok skolah menengah kan..Tapi tumpuan pada bola tak penah pudar. Tapi masa ni sedey gila mak nyahhh, Finale time tu Italy jumpa Brazil. Kalah penalti.
Aku benci penalti. Masa ni jugak Roberta Baggio mengecewakan aku bila dia tak masok gol penalti. Sedih..siap2 nanges2 aku dpn tv tauuuu. Punya la kan hahahahah. Bengongs sungguh ai time turr huhuuu
Sbb tu gak aku menyampah Brazil. Romario tu ..eiiiii elegik aku tengok. Sape2 yg penah mengalahkan Italy semua aku menyampah. Ok World Cup seterusnya 1998 (masa ni susah nak follow sbb dok dlm uitm, so follow dgn berita je), 2002 (time ni gila kan Ang Jung Hwan..terer tol men, ronaldo pun melonjak masa ni), then 2006 (aku minat time nie Milan Baros dari Czech Republic, Michael Ballack (German)..walopon anti German tapi aku ske Ballack men..and Lampard (England)
And nowwwwwww 2010...aku dah rase bahangnye ..tak lama lagi je u olz...dalam bulan June ni..mata aku akan berubah menjadik PANDA...
Panda adalah maskot utk world cup sepanjang zaman..erm untuk aku la...hehe
So klo org opis tenampak aku tetido kat meja ari keje tu paham2 je laaaaaaa malam tadi layan bola marrrrrrrrr...World Cup okehhh. Dan utk Italy yg aku sokong sejak tahun 1990..dari aku kecikkkkkk, hmmm hampir 20 thn dahhhh, betapa setianya aku ngan skuad Azzuri ni kan..walopon aku meminati pemain2 dari negara2 len tapi italy tetap no. 1 pada aku.
Aku harap dorg mara ke Akhir dan seterusnya menjuarai Piala Dunia 2010. Go italy...yeahhh italia, italia ..italiaaaaaaaaaaaaaaa!!!!