Ini adalah sticky mode entry plez scroll down utk entry terkini....tq
Mereka yg ingin menyertai copy paste banner kat atas dan link kan kat sidebar u olz k.
REBUT HADIAH WANG TUNAI UNTUK DIMENANGI !!!!!!!!!!
.
Aku nak wat satu contest. Simple je contest nye. Saje suka2. Actually da lama aku nak menghargai u olz yg sudi baca blog aku ni. 4 tahun aku berblogging..dan tibalah masanya utk aku appreciate u olz.
.
Tak kira u olz kwn lama atau kwn baru aku dlm dunia blog ini. Pada aku semua rakan2 bloggers adalah istimewa. Kerana kita semua berada di dunia blog ini ..dan sama2 memeriahkan dunia blogging.Ini adalah contest yang pertama ..kiranya julung2 kali la aku wat sepanjang berblog yer...
Nama contestnya LIKE FATHER LIKE DAUGHTER!
Syarat2 contest seperti berikut :
.
1. Buat satu entri dan ceritakan pengenalan diri anak perempuan u olz (mesti anak sendiri tau, anak sedara ke adik ke takleh hehehe), seperti nama penuh, dan kedudukan dalam kuarga (cont anak sulung ke anak no. 2 ke) dan tarikh lahirnya. Sertakan sekali emel u olz supaya senang aku nak contact klo jadik pemenang yer. Umur anak wajib penyertaan adalah 1 hingga 5 thn!!Dah siap sila copy paste link entry u olz ni di entri aku ini. Senang aku nak tengok n check yer..
2. Post satu gambo bapak dan anak dalam entri tersebut. Hanya satu gambo! Penyertaan ini terbuka untuk u olz yg ade anak perempuan sahaja. Means u olz leh la suh hubby u olz beposing ngan anak pompuan u olz yer.
3. Citerkan sifat mereka (bapak dan anak perempuan) yg sama contoh2 pangai dorg yg serupa (spt : bapaknye ske bebel, anaknye pun ske bebel..bapaknye ske tido tutup muka ngan bantal..anak pun sama ..camtu la lbh kurang yer)
4. Contest ini hanya terbuka kepada followers blog aku sahaja dan of coz mereka yang ade blog la yer. (Klo blom jadik followers nak join contest ni leh klik follow blog but if dah abes tempoh contest tak nak follow da pun takpe..aku tak marah hehehehe)
5. Pemenang dipilih berdasarkan gambar bapak n anak yang menarik, sifat kedua2nya yang menarik perhatian aku dan syarat yg aku sebutkan seperti di atas. Senang giler kan..:))
6. Hadiah hanya ada tempat pertama sahaja. Tempat pertama hadiah wang tunai RM150.00 sahaja. Actually bajet ni aku nak beli baju yg sendondon utk bapak n anak pompuan tapi disebabkan aku tak tau taste u olz yg bakal pemenang nnt so hadiah nye jadik wang tunai je la..takpe kan..sama je..u olz leh beli sendiri yer..:))
.
7. Pemenang yang dipilih aku akan contact via emel dan korang akan bagi aku no. akaun utk aku bank in kan hadiah u olz. Resit atau bukti "hadiah" yang telah aku masokkan akan aku scan dan emel kat pemenang yer.
.
8. Penyertaan juga adalah terhad kepada 50 penyertaan sahaja. Tapi bergantung juga, klo terlalu byk penyertaan kemungkinan aku sediakan hadiah utk tempat ke 2 atau saguhati merupakan cenderamata sahaja. Tapi klo tak banyak penyertaan hadiah hanya ade tempat pertama saja la yer... tempat ke 2 takleh ler bagi adiah duit da sbb bajet dah abes bagi adiah tempat pertama wakakakaka.
.
9. Contest ini bermula I June 2010 dan berakhir pada 18 Jun 2010. Contest yang masuk sebelum dan selepas tarikh juga tidak diterima dan sebarang keputusan adalah muktamad. (Means u olz join contest ni mula 1 Jun okay n last day 18 Jun tu sampai kul 12 malam aku terima penyertaan)
10. Pemenang akan diumumkan pada 25 Jun 2010!!!
Mari2 menyertaiiiiiiiiii dan TQ kerana menyertai..........Pada yg ade anak boy takde anak girl takpe eyh..next time insyaAllah aku wat contest like mother like son ker..okeh..
Jgn lupa sila sertakan sekali emel utk dihubungi (sekiranya anda pemenang)
~~~~~~~~~~~
GOOD LUCK!
~~~~~~~