Selasa, November 30, 2010

MAHA 2010

me n my doter, Damia

@MAHA 2010

Buat kali kedua aku menjejakkan kaki ke MAHA. 1st time aku gi ngan boipren la yg kini da pun jadik hubby aku hehehe... Maybe 2006...aku nikah bulan nov..means MAHA yg we olz gi year 2006 tu rasenya..sblm we olz nikah la kot..ntah la ingt2 lupa da 4 thn kan...

Kali kedua gi MAHA aku da ada anak la plak..jap je masa kan...Bwk Damia ke MAHA kemain lagi syok..lg 20 thn bwk cucu laks..eh eh.. pe plak..lg 20 thn jadik opah, tunggu cucu plak le bwk aku ..tu pun lau dorg nak bawak kan..aku mana larat nak drive bagai dah hahaha

Ok...org cam biasa ulat taik. Jem cam biasa ...giler2 nye jem. Hanya MAHA je MAMPU menarik begitu ramai org yg dtg..melimpah ke jalan raya org parking wehhh. We olz paking kemain jauh menapak...kt dlm tu pun ade tram..ade bas...pepon enjoy sesgt di MAHA..mcm2 hado..rugi lau tak pegi...:))


Siapalah aku dibandingkan dgn Azmi Ibrahim dan Watson Nyambek..


Kini : Watson (baju merah) n Azmi Ibrahim, bekas pelari pecut negara kesayanganku...

Okay Sukan Asia da abes dengan pungutan pingat yg baik dari Msia .Congratsla yea. Citer pasal sukan ni cam ade kemajuan sikit berbanding dulu Atlit ni da dapat habuan yg bek ala2 dimanjakan..so aku rase dorg pun dah bagi komitmen yg setimpal ape yg dapat.

Elokla daripada org dok bising2..dah perabih duit macam2 tapi tak dpt emas pun ..haaaaa lau dengo camtu pun tak best kan. So ni kiranya pencapaian yg baik. Aku rasa Msia ley dapat lebih dari 9 emas pun. Tapi kebanyakan yg kita harapkan emas tak dpt emas lak kan. Camtu la yea atlit2 di Msia.

Walopon aku ni dulu atlit picisan je..atlit yg hebat berlari di sekolah rendah je dulu2.tapi aku trening bagai nak gila. Byk masa aku di atas padang. Dulu masa zaman aku paham2 je okeh. Cuaca dulu sgt panas. Masa pulak sgt panjang. Aku lahir tahun 70 an ok..n zaman skola rendah aku of koz le zaman 8oan kan. Aku menjadi pelari pecut 100meter pd zaman 80an okeh..

Dlu pun aku bukannye senang nak beli kamera bagai..so aku tak byk kenangan beraksi di padang. Mybe pada kwn2 aku yg kaya sket dlu2 ade kot mak pak dorg amik gambo hehe. Dlu2 arapkan gambo jurukamera skola je la yea. Tu pun bila jual tak beli. Sbb dlu tak tau nilai sesuatu gambo tu.

Skrg ni lau ade lagi gambo lama2 aku beraksi kat padang nak je beli. Kenangan berharga. Skola rendah dulu aku tak le bertudung. So belari rambut mmg togei la..biasa aku ikat satu atau dandan dua lau masok betanding hehe..boleh tak korang bygkan..betapa kiyutnya aku time tu bedandan dua sambil belari cam kilat...hahahaha


Watson Nyambek (tengah2) n Azmi Ibrahim (kanan) sewaktu di trek

Acara feveret aku lawan lari. 100meter tu aku juara hokeyyyy. Bukan no. 2 tau. No. 1. Aku mmg ske belariiiiiiiii. Lau tanya atlit lawan lari 100meter feveret dari Msia tentu skali la Azmi Ibrahim dan Watson Nyambek. Byk kenangan aku kat trek yg tak mungkin sama sekali aku lupakan..rindu giler zaman ittewww...

Tapi azmi dan watson ni muncul selepas aku tak belari lagi...masa sekola rendah tu belari takde idola pun..aku mmg minat n ikot ske..time skola menengah baru muncul azmi n watson..dan aku minat sgt dorg yg menguasai acara 100meter walopon time tu aku da kurang berlari. Bersama sahabat aku iaitu Anne Farida kami meminati Azmi Ibrahim dan sering mengikuti perkembangan semasa pelari2 negara kesayangan kami itu..

Sape tak kenal ..ley baca sedikit cebisan citer Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim di >>SINI


Isnin, November 29, 2010

Ruang iklan untuk disewa

Okay u olz..pasan tak belah kiri blog aku da lama aku letak ruangan sewa tapak tu...hehehe tu utk sape2 la nak letak iklan okay. Actually da ade kwn2 aku yg mintak letak iklan dorg..tapi aku tak sempat2 lagi wat..sori sesgt..tu yg aku tulis coming soon hahaha.

Maklumle ai ni kan bizi kahkahkah. Sampai kwn aku tu pun da bising ..apsai letak coming soon lagik...hehhe..ok ok..ruang tapak iklan sebelah kiri aku ni belom launch lagik yea kawan2..tunggu bulan Disember baru aku rasmikan. Sape2 nak sewa tapak kat blog aku ley le kontek aku...kontek aku thru emel ley or tinggal komen sini jeww okeh.

Arini aku MC tau...skt mata le plaks. Bukan skt mata merah2 tu..ni skt mata ala2 cam de menatang halus masok dlm mata kot..bengkak n mrh le gak mata belah kanan aku cam kena debik ekekekke...cuma takde kaler pepel je..lau tak sah2 org kata kena tumbuk huhuuu, tapi da guna ubat klinik kesihatan alhamdulilah..bengkak da kureng..pepon best dpt MC sehari so jgn jelez muahahaha


Share dari FB seorang teman...


Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).



Ahad, November 28, 2010

bila aku plak berinai...

mak menginaikan jarikuuuu

Hoho ..tantek tak inai ai hehe...Cam aku citer entri lepas2 aku tak ske berinai sgt...ade...ade ..takde pun takpe..tak bape la..Yg ske berinai...mak aku n mydoter damia lak mewarisi hobi mak aku iaitu berinai. Ada entri pasal Damia berinai di entri >> Inai Merah di Jari.

Mak aku kt umah aku so aritu dia berinai dia suh aku berinai skalik. Da mak suh ia2 takkan nk bantah kan. Tu pun mak suh sbb dia da bancuh lebih inai dari mekah. Bancuh ter...byk la plaks. So aku pn berinai tapi sebelah jea la.. My doter cam biasa..dia pelanggan tetap mak aku. Tgn kaki dia..semua berinaiiii beb...

Sabtu, November 27, 2010

Tahniah Msia capai sasaran 9 emas di Sukan Asia

pasukan squasy msia penyumbang emas ke 9 utk Msia

Congratulation la tu Msia. Tak sia2 aku kondem sepaktakraw n badminton tempohari di entri di >> SINI. Hahaha. Msia meraih emas ke 9 nya di Temasya sukan asia dalam acara squash berpasukan.

Lain2 penyumbang emas of koz dari berbasikal iaitu daripada Azizulhasni Awg, wushu, boling berpasukan, boling bepasangan lelaki, boling lelaki all events, squash wanita n lelaki, dan karate. Nak dapat lebih tepat korang ley carik kat mana2 web rasmi sukan asia di Guangzhou. Google je sure ade.

Pepon tahniah..cuma tekilan hoki tak dpt emas ..sbb lau dpt emas..dorg free je ley gi ke olimpik. Tapi takpe la ..hoki malaysia pun da pun wt pesembahan baik kerana bejaya melepasi sasaran. Dorg ni lau ikotkan sasaran gi separuh akhir je..tapi lajak ke final..bagus2..moga bejaya ke olimpik laks okay.

Hoki ni aku tak la terer lgsg men...tapi aku pengikut setia hoki gak masa zaman sekolah aku yea. Almaklum ..aku dulu atlit so kena ikot tau semua sukan yg hado time tu hehehhe. Antara pemain feveret hoki dari negara kita yg aku minat satu masa dulu adalah Nor Saiful Zaini Nassirrudin dan Mirnawan Nawawi. Aku pun tatau Saiful kat ne skang tapi Mirnawan tu ade gak kua iklan gigi ke kat tv tu kan...

Jumaat, November 26, 2010

Manusia Oh Manusia !

Okay arini aku nk citer sket pasal sorg kwn aku. Gelarkan dia Mizz A je la ye. Bukan Mizz nina okeh hehe. Kwn aku ni comel la..dia da kawen pun ade anak 2. Dulu dia pegawai kat sini tapi dah keje kat satu Kementerian kat Putrajaya neh. Dia salu ngadu kat aku pasal perangai sorang kerani kat opis dia yg bizi bodi, da banak pinak..tapi perangai mcm budak2.
.
Dia salu menyibuk hal org lain. Alkisah nya kawan aku ni citer la..dia tak masok opis pada pagi Selasa lalu sbb ada urusan peribadi. Tapi kerani sorang tu tak tau citer dia dok canang pegawai ni salu tak masok pejabat la..salu masok da lewat bla bla bla. Padahal baru sekali tu la pegawai tu ade urusan peribadi. Tapi kerani tu dah buat citer mcm2 kan.
.
Then bila pegawai tu balik awal...alahai..dalam sebulan sekali je blk tepat masanya..then bila pegawai lain carik...kerani ni dah bising bitau..haaa tu laaa pompuan tu mmg salu balik awal bla bla bla. Jadik nasi tambah..huhhh!Macam2. Aku tau tak semua kerani begitu tapi ade seko dua je dlm jabatan macam tu kan...
.
Begitu juga dengan pegawai..tak semua dorg ok..ade seko dua gak yg pangai tak okay, ade pegawai yg sentiasa mencari slh staffnye...dia rasa dia pegawai so dia betul je..ade gak org camtu yea..jgn igt takde.. Orang camtu aku panggil parasit dan elokla berambus dari pejabat dgn segera. Bukan ape...pangai buruk tu mempengaruhi orang lain dan ia satu kelakuan di pejabat yg tak elok.
.
Aku pesan kat Mizz A...perkara tu normal..gi pun maybe org tu jelez..maklum le kwn aku tu pun comel n semua org suka kat dia...hasil keje pun tip top ....aku tau sbb dari opis aku dulu pun dia sgt2 rajin dan komited dgn keje .....aku bitau dia..kat opis aku pun sama.... bukan takde org perangai macam tu kan. Mana2 ada....Orang yg takleh tengok org lain ade kelebihan..dia plak yg tak tentu hala. Pada aku mana2 ada..tak kira bek sokongan ke pegawai ...mesti ade seko dua parasit jahat!
.
Senang citer kan..prinsip aku kat opis ni senang.."aku tak sibuk hal kauuu, kau jgn sibuk2 hal aku"....dah!!Dan jgn sesekali sebut nama aku ke hape..aku pun tak hingin nak sebut nama ko..buang masa...Simple as dat...so jgn la cari pasal kan..jaga hal memasing sudah!

Khamis, November 25, 2010

Kasihan dia.........

Semua org beckp pasal dia
semua org mengutuk dia
semua org meyebut keburukan dia..
sian dia..
dia tak tau
dia ingat semua org suka dia..
padahal semua org tak suka dia
tapi dorg buat2 suka
tapi di belakang..semua org mengutuk dia..
sian dia...
.
Pengajaran bersama : jangan la kita suka memburukkan org lain..kerana ..tanpa kita sedari diri kita juga turut diperlaku sedemikian...
kasihan diaaaaaaaa....

Rabu, November 24, 2010

Walimatul Urus ``````orang punya daaaa....

Malas nak taip intro aku copy paste dari status aku di FB yg aku post semalam ...

Sukacita aku mewakili wife arwah Dr Ahmad Shah ingin menjemput bekas2 warga "Bahagian Perundingan" untuk turut serta di majlis perkahwinan anak sulung arwah Dr. Ahmad Shah pada 18 Disember 2010 ini. Wife beliau amat berharap anak2 buah arwah Dr. Ahmad Shah dapat hadir ke majlis tersebut. Sesiapa yang boleh pergi harap dapat inbox aku supaya aku dapat bitau venue majlis tersebut, TQ...

Ekceli Bahagian Perundingan ni bahagian yg aku join masa mula2 keje n masok gomen yea...skrg aku tidak lagi di Bahagian ittewww....ramai lagi bekas warga Bahagian Perundingan yg aku da lost kontek, kot2 ade yg tebaca blog aku ...maklum le ramai da betukar la, pencen la...so dah bepecah pecah...sila roger aku!

Arwah Dr. Ahmad Shah adalah bos aku yg kedua dalam perkhidmatan awam. Bos aku yg 1st pompuan. Dia besara then arwah Dr. Ahmad Shah ganti. Bos tebaek yg penah aku ade. Arwah Dr. Ahmad Shah bos yg sgt2 komited dan soft spoken. Bila raya tu aku mesti gi beraya kat umah dia. Wife dia pun baik ngan aku. Aku penah dapat brooch yg rege mahal2 tu dari wife arwah. Tq Kak Mi!!!

Bos aku, arwah Dr. Ahmad Shah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di India. Beliau ke India untuk menghadiri satu urusan kerja di sana. Sebelum menjadi Pengarah di Bahagian aku...arwah Dr. Ahmad Shah juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada mantan TPM kita iaitu Anwar Ibrahim.

Apepun Alfatihah to arwah. Kenangan bersama arwah adalah sesuatu yg amat berharga. Beliau adalah pemimpin yg hebat dan kami di bawah pimpinannya ...satu masa dulu sentiasa berpegang kepada pesanannya sehingga ke hari ini..InsyaAllah..

Selasa, November 23, 2010

she's my girl....

Damia, my doter...da besar, makin manja, da pandai nak begaya dan.....makin mengada-ngada

Memiliki anak perempuan salah satu cabaran yg harus aku tempoh adalah sifat kemanjaan nya.Aku tau anak lelaki pun manja...tapi mereka ade sikit sifat berdikarinya...berbanding anak pmpuan. Mungkin juga faktor persekitaran yg buat dorg manja. Entah aku tak pasti...yg pasti aku jenis yg tak manjakan berlebihan.

Manja yg terlebih atau dalam erti kata lain...manja la sgttttttttttt. Aku ni lau adik badik kenal la aku camne ...camne aku layan Damia..aku a bit tegas..tapi aku tak garang..suara kat umah lau marahkan Damia atau dia wat sesuatu yg merisaukan dan membahayakan diri...aku akan jerit cam tarzan malaya.

tp pastu aku manjakan balik. Damia ni sgt2 manja..dia tau ape dia nak ..dia dapat..ape dia nak wat...dia akan buat..tapi aku ni bukan jenis yg turutkan semua...ape yg boleh aku aku wat..lau tak boleh makanya..tepekik pekik le aku dpn dia..huhuuu. Berbanding hubby aku dia lebih sabar dalam melayan karenah Damia. Anak dia wat ape pon dia cool je manjang.

Dia jenis tak cpt melatah atau cpt nek angin lau ade tindak tanduk Damia yg merisaukan ati perot. Tapi jgn cabar kesabaran dia. Sekali dia rasa tercabar...haaa time tu aku tak bani pun nak campo lau dia marah Damia huhuuu. Tapi biasanye hubby akan marah lau betul2 benda yg Damia nak atau buat tak mendatangkan ape2 faedah. The rest...hubby mmg amat amat amatttt manjakan sgt Damia tur. Maybe tu sorang je anak kot kan...tu yg dia syg giler2...

Sbb tu Damia lebih manja dengan papa dia berbanding aku. Tapi aku tak la bekecik ati..Skrg my doter da besar...da pandai bergaya...anak perempuan ni satu hal....aku ni tak la mengajar dia bermekap..pada aku ..aku suka budak2 kecik ni natural tanpa mekap..tapi da namanya pompuan..dia nak gak beregek..

my doter yg telah dimekapkan oleh adik aku

aritu adik pmpuan aku ade kat umah so dia mekapkan damia..ape lagi ..suka la sgt anak aku tur...sampai mulut tu riso sgt nak katup takot lipstiknye habessss...ermmm Damia da mula nak bergaya...adik pmpuan aku rajin melayan dia ..mekap2kan dia...aku ni bab2 gitu aku tak lyn sangat...

satu lagi sifat caring Damia, bila aku or hubby batuk ke demam, dia akan tanya...momy/papa nak ubat..pastu dia sendiri akan amik ubat..dia mmg jaga kita nye la..pastu lau tengok aku cam baring2 ..dia nak susu..dia akan mintak susu botol dari papa dia..."papa buat lah nenen Damia..momy pening tu...damia nak picit momy kejap yea.."...camtu gak lau sebaliknye hehe..

pastu dia akan picit2 pala kita..dia cukup concern ...dalam kete bila jalan2..hubby tak pakai tali pinggang keledar tu dia da bising.."papa leklok riveeee...pakai tali pinggang, kang eksiden nanti.."huhuuu camtu la bebelan dia...


Isnin, November 22, 2010

Ku harap kau masih percaya....

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah

Ku harap kau masih percaya

by : Aizat

p/s best lagu baru dari aizat....

biar tak cantek asal bersih :))

aku

Okay...arini aku free so today adalah ari utk aku manjakan diri. Besa ari cuti je la aku manja2kan diri neh... Aku mmg suka berlulur sejak dari zaman dulu2 lagik. Single2 lagik aku ske berlulur. Now umo aku dah 30 lebih...aku masih suka lulur badan... Antara lulur feveret aku adalah lulur susu kambeng tu hoho.

lulur kocok lulur badan feveret aiii

Pastu ade bebape jenis lulur aku dah lupa laaaa...then aku guna lulur kocok ...skang ni aku guna lulur sumber ayu..ekstrak bunga. Aku ni tak la lawa benor ye uolz, kulit pun idak le cantek ...tapi pada aku ...kita tak cantek takpe asalkan kita bersih. Aku mmg ske membersihkan diri...

lulur sumber ayu

aritu aku gi guardian tengok ade sale...bath skrubbb..so aku aku teraiii. Hmmm mmg segar je rasa lepas pakai. Selepas berlulur aku sapu losyen utk badan lak. Tujuan dia utk melembap leww. Lulur2 n bath skrub tu gilir2 le aku pakai...

bath skrub

Selain tu kita hendak lah jaga kebersihan kuku dan rambut. Penah gak aku cite psl losyen tgn aku dlm blog aku ni dulu. Rambut aku pun tak lewww cantek..tapi sekadar org kata..bersih tu memadai lahhh. Penah tulis pasal jaga rambut ni kat entri sebelum2 ni blog ni.

Lau bab penjagaan muka pun da byk aku tulis dlm blog aku ni gak ...yg penting muka kena cuci ..3 step kena ade..lau cuci muka..membersih, menyegar dan melembap..produk ape?tak kisah..asalkan sesuai dgn muka aku ..Kuku pun kena sentiasa bersih..aku gunakan losen tangan dari bodyshop..sekaligus utk cuci nail aku skalik...huhuu..tak kisah la janji kita bersih kan...

pada aku lawa tak lawa tu tak penting..janji haku bersihhhh ..Lebih2 lagi aku da kawen so aku kena bersihkan diri, kdg memasak...tau2 je la asap lauk pauk singgah kat badan, rambut...dan kuku pun jadi tak cantek kan. Pastu bersilat dlm umah wat itu ini..phm2 je laaa

But i dun care..masak tetap memasak ye uolz...tapi lepas tu bukan nye tkleh nak bersihkan diri...cuma kena pandai cari masa yg sesuai lewww. Aku ske wat ari cuti..bgn pagi..time tu anak n laki tido lagik ley le aku manjakan diri..lau tak...dorg bedua sure ngaco aku nye ahahahah

Korang tau tak nape aku ske berlulur?Ekceli masa skolah dlu aku ni atlit...aktif..masok lawan lari tu acara wajibkuuuuuuu. Dgn training di padang tengah2 panas dan sentiasa berpeluh...buat aku rase tak selesa.

Melekit lekit..pastu tengah2 panas..kulit tebakar hoho. Mmg aku itam legam masa skolah..sbb tu kwn2 skola aku jumpa balik dalam FB semua tekejut....nape aku dah "terang" pulak hahahaha. Aku ckp biasa le...dlu aku tengahari je pas skola mana dok umah...bejemur je manjang hehehe okay ape bejemur kan..mat saleh pun datang negara kita nak bejemur kan..hhuuu

so inilah hasilnye aku..tak cantek pun kan..tapi asalkan aku bersih cukup la..then aku rasa segar je sepanjang masa..so kwn2 mari berlulur ngeeeeeeeee :p

Ahad, November 21, 2010

bila sepaktakraw dan badminton beregu tak dapat emas...

Ptg sabtu aku tengok sukan asia..sepak takraw malaysia menentang thailand..dan melesia kalah..menyokong usah ckp....nak jatuh begolek jantung aku neh nyokong melesia tauuu..at last ..kalahhhhhhhhhh...hermphhhhh rasa nak ngamok..tapi cool2..sbb pikir ade congwei kul 730 petang nak lawan...

then congwei menang tu pun stres je aku nengok, then malamnye nengok beregu ..ingatkan dapatle emas kan..punya le semangat aku sokong..tapikkkkkk kalah lagikkkk dapat Perak je la..aku takmo perak aku nak emas...tak kira camne dorg men pun yg aku tau kean kiat ngan bong heong kena dapat emas..tapi da kalah...erm kuar gak ayat2 geram aku kat dorg..

dlu aku ley kompromi ..takpe la...kalah ley cuba lagik..tapi jgn lupa..aku ni bekas atlit gak, walopn bukan men badminton, tapi lawan lari masa skola rendah dlu tapi aku lari nak menang okay..nak menanggg, nak no. 1, aku men sungguh2..aku men bwk nama skolah..dan aku nak menang no. 1!!!!

Nape badminton n sepaktakraw takley dapat emassssssss nape perakkk??nape aku dulu ley dapat no. 1 ...nape dulu aku men cam nak mampos nak masyhurkan nama sekolah.....nak gak no. 1..napeeeeeee napeeeeeeeee napeeeee kowg tk ley men cam hakuuuuuuuuuu uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

sori ...emo lak

tak payah le aku tempek gambo2 mereka2 yg kalah dan kalah..korang gugel le senirik...erm sorg je menang..congwei..arap2 dato menang yea dalam final..pastikan dapat emassss


ikhlas dari : pelari skola yg da pencen berlari..:((

Sabtu, November 20, 2010

What You Waiting For – Mizz Nina n Colby O’ Donis

mizz nina...i love mizz nina !!!

Chorus (Colby)
Baby I never seen someone wit your body
You make me wanna get this party started
Hey baby come and tell me what’s the score
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for

Chorus (Mizz Nina)
Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it’s all yours
Baby baby tell me
What chu what chu waiting for

(Colby)
It’s your birthday so tell me what you wanna do
(Mizz Nina)
It’s my birthday I really wanna get with you
(Colby)
Drop the beat now and baby we can get it started
(Mizz Nina)
We’ll go insane and take it to the after party

(Colby)
So what’s your name
Hey baby what’s your name oh yeah
(Mizz Nina)
Sexy’s my name
Yeah sexy is my name
(Colby)
Ok and what’s your game
Hey baby what’s your game
(Mizz Nina)
Ok I like to play
I I like to play ay

Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)

Verse
(Colby)
Hey sexy girl from Kuala la la Lumpur
(Mizz Nina)
Hey baby that’s me
I’ll be on the dancefloor
(Colby)
I got chu a surprise
We’re poppin up in VIP
(Mizz Nina)
And if I ask nice can I take you home with me

Ulang Verse 2X
Ulang Chorus (Colby)
Ulang Chorus (Mizz Nina)

(Colby)
Baby let’s get crazy
Come on loose control ol ol
(Mizz Nina)
We’re gonna tear up the after party
I know you want some more oh oh oh
(Colby)
I wanna see ya work that body
Drop it down real low low low
(Mizz Nina)
Hey baby come and get me
Tell me what chu what chu
What chu waiting for

Entri lastku di Sabah...


aku kat KLIA..masa ni baru betolak, sib bek kenal Sid ni. .. kenal masa nak gi kursus neh hehehe, kami satu flight pegi n balik..

me (tengah2), sid (tdg puteh) n kak laila di bazar filipinnn

Pejabat Persekutuan di Sabah..yg kubah ijo tu..ala2 kubah ijo di Putrajaya gaks

Ni entri terakhir aku di Sabah bah...ade lagi ekceli gambo2 ehsan tapi malas da nak wat entri ..fenat la..skang ni ala2 lemauuuuuuu nak hapdet blog..huhuu tapi ku paksakan jua menghapdet demi sygkan blog aku ni..kang bersawang ..cian blog ai..

Jumaat, November 19, 2010

Sehari berhari raya...

me, my lovely doter n my dearest beloved hubby

hidangan di pagi raya. ..smua di masak sendiri kecuali lemang le..tu beli jewww

raya situ sana sini...

Camne sambutan raya aji korang. Gempak tak. Aku tau ..sebelah kelantan n tengganu sure meriah kan. One of my sis kawen ngn org Kelantan, pepagi raya dia da msg aku ..bes n meriah tauuu raya korban sini bla bla bla...ok ok...aku tauuu takyah citer lebey2..saje le tu kasik aku jeles..mentang2 aku x kawen ngan org kelantan..ye laaa hubby aku kan org Johor..hehe..so sambutan raya aji di Johor camne.

Erm cam aku org Perak..penah gak beraya bwk hubby raya aji time tu baru2 kawen..takde anak lagi..sambutan kat Perak pun biasa2 je..gitu gak aku merasa raya kat Johor aritu..pun biasa2 je bila aidiladha..meriah time tengok lembu2 yg akan ditumbangkan. Raya aji tahun ni sambut di umah aku jewwww.

Mak abah pun ade cni. Pagi raya lepas hubby balik dari surau kat umah aku ni, we olz pun gerak la gi umah kakak aku kat ceras. Berkumpul beradiks semua yg ade beraya kat sini. Then beraya umah makcik aku kat ceras gak.

Then gerak ke Rawang..raya umah adik hubby laks. Actually byk lagi umah nk gi, umh beradik pn tak abes raun tapi disebabkan raya cuti tu sehari..ye la org len pun turun keje ari kamis kan.lau aku cuti pun tak guna gaks...org len gi keje..so sehari adalah tidak mecukupi...

raya tetap enjoi sbb huby n anak besama aku di pagi raya, beradik semua n my parent ada dpn mata..Slm aidiladha...

Khamis, November 18, 2010

Lagi citer di Sabah bah...



me n alia (baju pink)..kwn aku dari KK, tq alia sbb bawak aku jalan2 di 1B n pasar filipin

me n Nurul dari Kota Marudu, tq gak to Nurul yg bwk aku jln2 gi Penampang, Inanam, Tanjung Aru, Putatan..n byk lagi lewww...

aku di 1BORNEO hehe
kowg nampak tak ape yg pelik patong2 blakang aku tur???

INTAN Sabah yg cun..gambo memula tu bilik penginapan aku

Sape penah kursus kat sini...cantekkan tempat nye...Bestkan...lawa gilerrrrrrrsss. INTAN Sabah ni plaks tempat baru..dulu bangunan nye bukan lah di sini yea..tmpt len..juga di KK la..Tapi tempat baru ni sgttttttt cantekkk...walopon dlm utan banattt huhuuu...bilik aku menghadap tasek lagi turrrr. Ade surau warna puteh di tepi tasek..mmg cantek toi la..Tapi nape cam seram2 sejok gak kt sini ehhh ..erkkk nda pa la bahh..yg penting spnjg aku kat sana ..semua nya hokey2 jeww..besttt sesgttt lol


Selasa, November 16, 2010

Salam Aidiladha


Salam Aidiladha untuk semua rakan2 bloggers ku dan pembaca blog ku semua..serta semua2 le yg kenal aku..Korang raya kat mana??...aku raya kat umah aku jewwww...parent aku pun ade di ciniiiiiiiiii ..best gilerrr bah...Selamat ari raya aji ye u olz...take care...


Sambutan Hari Lahir Damia


besday kek Damia..

Damia meniup kek harijadinye yg ke 3 tahun

Celebrate besday Damia di rumah mentua ku di Tangkak, Johor

Tima kasih pada adik badik hubby, biras2 ku... n jiran2 mak mentua ku yg sudi memeriahkan majlis hari jadi my doter


Pada 9 Nov lalu besday mydoter. Entri nye aku ade wat disini > Happy Birthday Damia Anura. Of koz time tu aku berada di Sabah bah. Tak sempat sambut. Tapi aku da sambut awal2 pada 6 Nov tu masa balik kampong hubby di Tangkak Johor. Celebrate umah mentua aku la maknanye yea.

Aku beli kek upin ipin je di Tangkak tu, n ajak beradik hubby balik semua ..mana yg dpt balik lew..dan ajak jiran2 tetangga yg len. TQ to adik badik hubby n seluruh kuarga hubby termasuk biras2 aku yg byk membantu majlis ringkas Damia pada hari tu. Lebih2 lagi mak mentua aku la yg bertungkus lumus menyediakan mcm2 hidangan yg dimasak sendiri pada hari tersebut..tq makkk.

Majlis tu dibuat jam 8.30 malam pada 6 Nov. Terpaksa buat awal..sbb kan 9 Nov tu aku da kena gi Sabah berkursuskan..


At least I know his name...


Keje aku....balik dari keje tadi dok melayan blog aidid. You know my name..hahaha tu la nama blog nye...Hahaha aku makin taksub melayan blog mamat sorang neh...camne dia reveals...satu persatu...sampai laki aku pun da nek boring nengok aku asik tepacak dpn lappy aku melayan blog aidid....

sejak balik kursus sabah..kat umah...asik2 bukak blog aidid...sampai nak katam aku baca blog aidid hehehhe...baca2..pastu pikir2 jap..pastu gelak2..kekkekeke...huhuuuu sape la agaknye aidid neh ye u olz..kagum aku dgn penulisannye hehehe..teruskan la menulis ye aidid, nnt akak baca lagi dan lagi entri2 awk!

Sape aidid???
tinggal ku tertanya......

update..: lupa lak letak link nye ni ha http://aididmuaddib.blogspot.com

Isnin, November 15, 2010

kepadamu aku terus terang...





Terus Terang by Radja

Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karena tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya

[*]
Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya perlu cinta

[**]
Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan...

[**]
Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan percintaan...

Back to [*][**][***] 2x

Perpisahan..
Cinta datang dari Tuhan...

Kenangan di INTAN Sabah...


me at INTAN Sabah..2nd day in Sabah bah..

me and Ras from Semporna, Sabah..., Ras antara rakan rapat aku dalam kelas..ni day 3

Me and Sidratul from Kedah..ni kwn sejati aku sepanjang kat INTAN neh..hehe,
ni dah day 4..last day in INTAN

Ni antara piccas aku di Sabah ..ada byk lagik piccas2 aku di INTAN atau nama penuhnye...Institut Tadbiran Awam Negara, Sabah sepanjang berkursus di sana pada minggu lepas.

Nanti2 le bila free aku tempek yea..ni mana yg sempat je ..tu pun aku ehsan dari kamera kwn aku hahahah...ehsan je la sepanjang masa..aku kan blogger pemalas nak berpica pica skang neh huhuuu

Sesuatu yg best..fasilatator kat sini semua nye bagus2...very niceeeeeeeee..3 Fasi je yg mengendalikan course aku iaitu En Rizal Azwandy, En Shahril Nizam dan Pn Mastina. Dorg neh mmg sgt2 besttttttt. Lebih2 lagi Puan Mastina tu da lama aku kenal..dulu Pn Mastina tu pun keje satu opis ngan aku neh kat sini..bila jumpa dia kat sana syioknye..

paling teharu bila dalam kursus tu dia siap bitau pserta yg len..aku ni sahabat dia masa dia kat Putrajaya dan spt kakak angkat dia..huhuu tq mastina..itu satu penghargaan heheehe..lama sungguh tak jumpa dia..tak sangka dia menjadi sorang yg hebat2 skang..dlu mula2 knl dia hanyala seorang pegawai junior yg sgt2 pendiam :))

Kat Sabah ni byk kenangan manis..yg aku tak tahan dorg ni ingat aku dari Sabah bah...aik ade cam org Sabah ke muka aku neh yea..huhuuu. Paling2 best bila jalan2 Sabah bersama Nurul dari Kota Marudu. Sib dia ade bwk kete gi kursus..dapat la numpang gi jalan2..

Okayla penat nak taip..nak rest jap..nnt2 next entri sambung lg citer kursus aku hoho...

Sabtu, November 13, 2010

Sempat gi tempat orang mati kena bunuh...huhuuu serammmm

aku kat bukit bendera, kota kinabalu

berdiri dari sini ley tengok KK pada waktu malam, aku (tengah2) bersama Sid dan Nurul

pas gi bukit bendera...kitorg raun2 dlu gi inanam, putatan, tanjung aru, penampang..dan last2 gi makan2 kat jalan pintas..ke jalan lintas..nda ingat bah hahahah

Gambo aku yg blurrrr...tapi nampak ape yg ditulis tu kira okay la kan..masa ni di bukit bendera, kota kinabalu...bukan penang yea...sini ley tengok KK dari puncak.. huhuuu..tapi agak seram sejok kat sini sbb dulu ade kes pmpuan mati kena bunuh n dimasukkan ke dlm beg roda tu dan dibuang bf nya di sini..

pastu nek kete Nurul ..kwn aku dari Kota Marudu ..dia bwk2 lagi jalan2 di Inanam, Putatan, Penampang, Tanjung Aru ..n lastly gi makan2. Pe pon thanx to kwn2 Nurul iaitu Khairul dari Sarawak dan "pakcik" dari Sarawak yg jadik pilot dan co pilot pada myvi Nurul masa tu hehe.

Actually Nurul ni bukanlah dari kursus yg sama ngan aku masa tu..tapi dia kursus yg len di INTAN jugak. Masa di INTAN Sabah tu ade 4 kursus berbeza. Nurul ni pun aku kenal di dewan makan jeww time we olz lunch. Dia dari Kota Marudu. Dia ade bengkel Kewangan di INTAN Sabah.

Dari Nurul aku dikenalkan dgn kwn2 Nurul yg sama2 berbengkel dengan Nurul iaitu Khairul dari Sarawak dan sorang lagi kwn Nurul..tak sempat tau nama sebenar tapi we olz panggil "pakcik" je...juga dari Sarawak. Baek2 betul org dari Sabah dan Sarawak neh. Sonok spend time ngan korang.

Nanti aku share piccas2 sepanjang dalam kelas dan time berkusus yea..ni gambo aku ronggeng2 lepas waktu kursus yea hehehe

Jumaat, November 12, 2010

Aku kembali ke pangkuan...:))

aku dan Sid (tudung puteh) otw balik meninggalkan Sabah...love you Sabah..

Aku da balik dari Kursus di Sabah....Flight malam yg sgt mengerikan..sbb cuaca tak okay sgt kat atas turrr...Aku nek MAS..tapi sebab cuaca tak ok..skang ni nek flight cam nek bas agak gegar2...hoho..besa la tur... angin kuat kot...huhhhh..alhamdulilah slmt balik..jumpa anak n laki terchenta..huhhhuu rindu bebehhhh

Di samping kursus..erkk betui ke ayat aku ni..okla teda mud sebenarnye mo pikir pasal keje bah..aku rindu sama KK hehehe, bahhh...penat jugak jalan2 di Putatan, Inanam, Penampang, Tanjung Aru, Luyang...n etc.

Tq to kawan Sabahan aku di Kursus iaitu Nurul dari Kota Marudu yg bwk2 aku jalan2 lepas Kursus hehehe. Tak lupa Alia dari KK yg bwk aku jalan2 kat 1borneo n pasar filipin...tq so much my dear frenssss. Tak saba lagi mo pegi Sabah...sabah byk tmpt yg cantek..tak sempat pegi..nanti aku haplod gambo2 kat sana yea...tak sempat nak transfer semua...

Selasa, November 09, 2010

Happy Birthday Damia Anura

my doter Damia Anura

Hari ini...9 November 2010, ulangtahun kelahiran anak aku Damia Anura yg ke 3 thn. Genap umo 3 thn derrr. Semoga Damia membesar dengan sihat, jadik anak yg solehah dan taat pada perintah agama. Momy n papa sayangkan Damia dunia akhirat!!Mmuuahhhh!!!!


Isnin, November 08, 2010

sudahlah sudah ku harus pergi....

Nak pegi ke mana Yaya oiiii. Ok ok aku nak gi Sabah da neh...minggu ni aku berada di Sabah bah..cam aku citer kat entri di Kursus, kursus, kursus. Ada kursus hokey, sepanjang kat sana lau ade masa aku online la di blog neh lau tak kita jumpa lagi minggu depan ..

pepon blog aku tetap berhapdet dengan entri2 auto publish nye hokeyyyyy. Sblm aku gi, meh layan lagu ni..Khatimah Cinta dari 6th sense. Ni lagu tema drama Chinta di TV3. Citer ni mula2 dulu cam best..tapi lama2 cam mengarut plaks, lagi lama tengok cam tak lojik plaks..pastu kejap dah logik plaks..hai ontahla...


Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...


Sabtu, November 06, 2010

Rojak nye citer..


Ni citer rojak. Nak ajo korang cara2 wat rojak buah, mee rojak, dan adk badik rojak yg len....huhuuu tipu je laaaaa..ni rojak tu means campor2nye citer. Aku malas nak wat entri pecah2.

OK Hujung block pertama umah aku neh adalah indian. So malam deepavali aku takley tido kat umah..sebabnye meletop2 bunyi mercun. Huhuuu takpe tu bukan masalah beso pada aku. Besa la sambut perayaan..time raya posa ngan CNY pun bising n meriah perumahan aku neh. Pape pon Happy Diwali..yeayyyy gaji bulan ni awal huhuuuu tetiba.

Ok..citer pasal mengundi laks, di Batu sapi dan Galas, Barisan dah menang ...tahniah la pada yang menang, yg kalah cuba lagi tahun dpn. Tu pun lau ade yg meninggal mengejut.

Okay wiken ni aku berada di kampong. Da lama tak balik kampong. gi pun parent aku ade sini wat pe nak balik kampong kan..dorg de becuti umah aku neh...ntah ade ntah idak lagi kampong ku itu maklum le lama tak balik..arap2 ada lagik le dlm peta kampong aku tur.

Skang ni bukan nak kata kan..bukan kita mntak tapi ngan bencana dunia mcm2..cam gempa bumi ke gunung berapi ke taufan ke...skali jadik..terus lenyapppp ape yg ada atas bumi neh, arap2 tak la ..tapi aku ada pengalaman gempa bumi neh,huhuu menakotkan..rasa cam pening tauuu, pastu kerusi gerak2 eiii ngeri2 takot aku nak hengattttt.

Pengalaman berharga tol..semoga negara kita dilindungi Allah. Okay la abes dah citer rojak aku arini...alang2 citer pasal rojak..meh tengok gambo mee rojak kat bawah neh..
/
/
/
/
/
mee rojak ..erm nyummm
pic : gugel

Jumaat, November 05, 2010

Happy 4th Anniversary To Me...:))




4 November 2010 ..genap 4 thn usia perkahwinan aku. Baru je letak gambo kek 10 thn dalam perkhidmatan awam...muahahaha..10 thn dalam perkhidmatan awam...4 thn baru berkahwin yea....9 november ni laks genap my doter 3 thn.

Entri pemanas pasal anniv aku ..aku da wat satu entri khusus nye di entri > Ke akhir nanti...

Aku tau ape lam pala otak korg..yer yer ..anak da besor..bila nak tambah kan?lek lek..aku mmg nk tambah ..g pn tu slh satu aku nye wish besdy thn neh kn..nak tambah tapi bukan dalam waktu yang terdekat yea hehehe sabo sabo..

Doakan perkahwinan aku kekal bahagia ke akhir nafas kami..aku berharap perkahwinan kami sentiasa dilindungi Allah dan perkahwinan kami dilimpahi nur dari Allah S.W.T sentiasa..semoga kami berdua makin beriman padaMu ya Allah.....amin....

De sape2 ley tolong baca doa selamat tak?Pastu jom makan kek anniv aku nehh sama-sama hehe...jemput2..makan virtual je la ehh... huhuu


Khamis, November 04, 2010

Contest Gambar Percutian Yang Menarik Lagi Tertarik!


klik banner to join dis contest

Nak join contest nehhh. Dianjurkan oleh Cik Kojah ..Klik banner contest kat atas tu utk syarat2 penyertaan ye kwn2. Contest ni tammat pada 5 November..huhuu ni kira join last menet..arap2 ade la rezki. So aku pertaruhkan gambo aku kat bwh neh..
/
/
/
/
/

me n my doter...seiring sejalan kan...:))

aku pertaruhkan gambo neh sbb ni adalah percutian pertama aku bersama mydoter n my hubby ke Ostolia. Sblm ni tak penah becuti jauh2 3 banak ..so byk kenangan manis sepanjang kat ostolia. Gamba ni pun spesel sbb rasa cam mydoter tu dah besor je padahal time ni umo 2 thn je pun hehehe..

Okay u olz jom join ..masih belom terlambat..owhhh gud luck to me ngeeeee :))


Ke akhir nanti......


Sesuatu yang indah itu dari Allah
Kerana yang indah dan baik itu dari Allah
Dan nyata aku miliki keindahan itu

Kerana Allah memberi peluang utk aku memiliki


Setelah memiliki sesuatu yang indah

mana mungkin aku mengabaikannya

Malah sedaya mungkin aku menjaga nya

kerana aku tahu..
yang indah itu hanyalah sementara...


Allah kurniakan dirimu

sesuatu yang terindah dalam hidup ini..

seseorang yang ku pilih
suatu pilihan yang telah ku ambil masa terlalu lama..
menerima 'kewujudannya'


seseorang yg aku 'cipta'
setiap waktu setiap masa
di dalam doa ku selepas solatku
kerana aku yakin selain usaha
doa mampu mengubah takdirku..

dan Kau memberinya kepadaku dalam realiti...


Ku bersyukur padaMu Allah

kau kurniakan aku seorang lelaki
yang beriman padaMu

yang bukan sahaja dapat melindungiku


tetapi seorang lelaki
yang dapat
membimbing aku ke jalanMu
dan aku yakin dia mampu membawa aku ke SyurgaMu


Jika janjiMu aku dan dia hanya sementara maka..
Biarlah ajal sahaja yang memisahkan aku dan dia..

Syukur ku panjatkan kepadaMu Ya Allah
kerana memanjangkan
usia perkahwinan kami
semoga kau rahmati perkahwinanku ini
hingga ke akhir nanti...


MY DEAREST BELOVED HUBBY....
HAPPY 4TH ANNIVERSARY TO US!!!!!

Rabu, November 03, 2010

ke "rumah sakit"

at klinik kesihatan putrajaya

Aduyaiii mmg la dok lam opis yg berekon sejoks neh wat batok aku lmbt bek. Smlm aku gi klinik kesihatan laks..sebab nye ubat batok klinik private da abes tp batok lom bek so aku terai le klinik kesihatan laks yea.
.
Aritu okay dah kejap batok aku..ni balik jadik blek. Sampai je klinik..selps cek tekanan darah (oh batuk ade kena mengena dgn tekanan darah rupanye) ..tu la yaya dulu mak suh blajo pandai2 jd doktor takmo..huhuhuuu (nyesal tak dengo ckp mak!), then cek mlut semua okay, tonsil pon tarak, tekanan darah okay, means batuk biasa je la. So dapat le ubat2 biasa cam ubt batuk, antibiotik n selsema skalik.
.
Aku ditanya nak MC ke tak..erkkk memandangkan aku dtg klinik petang jam 2 pm tu so aku rase takyah le MC kan..pepagi penat da aku wat keje hoho (kononnnn) gaya bekeje keras kena hadooo..yg penting gaya yea kwn2. Poseeeeeeeeeeeeee :))
.
Then aku ckp, "tak payah le..arini saya keje, taknak MC, keje saya byk lagi tak setel " (ececehhh belagak tak haku) muahahahah sila jgn muntah! Lau PM dengo mesti dia teharu kan..hoho..owhhh big boss aku pun tengah tak sihat skang ni..moga PM kita cpt sembuh gak...
.
skang ni byk tol penyakit yea...ye la gempa bumi sana sini..pnyakit ni pun kdg dibawak angin n debu..ewahhh aku..mcm doktor plaks..erk ke cam bomoh hoho ..memandai jewww eh. Harap pas makan ubat2 yg aku dapat arini batuk aku stop...sib tak demam huhuu..lau tak..lama dah le aku mintak MC ekekekeke..

10 tahun dalam Perkhidmatan Awam


Pejam celik pejam celik sudah 10 thn aku dalam Perkhidmatan Awam..sooooooo korang rasa ade tak kenaikan pangkat yg automatik..(hamboi yaya ..baru je nek pangkat nak nek lagik ye...jgn tamak yer yaya).

Bukan ape..ade kwn2 aku kata...lau dah 10 thn dalam gomen ley gak promotion huhuuu tanpa perlu amik ape2 exam..betoiii kewww...kiranya nek pangkat otomotik ikot senioriti lewwww. Lau dapat nek pangkat lagik alhamdulilah...tapi biasa lewww lau promotion pun lambat nak declare nyeeeewwww..cam aku nek pangkat baru2 neh...letih mak nunggu ..nasib berbaloi baloiiii huhuuu

Pepon..10 thn dalam perkhidmatan awam, grad je dari U aku terus dapat keje kat sini, di opis aku ni la aku lapor diri 10 thn yang lalu...dan 10 thn selepas aku masih di sini..tapi pecaya la aku takkan selamanya di sini..sedang menghitung hari je neh, aku taknak dok sini sampai pencen...

bak kata bos2 aku yg lepas2 ...ex2 bos aku kata ..."jgn keje lama2 dlm satu jabatan atau tunggu sampai pencen, cukup 5 thn ..keluarlah" bla aku tanya bos aku balik "nape lak bos ckp camtu"..then bos2 aku tu jwb "ermmm nanti you tengok sendiri"...ingat lagi kata2 bos2 aku yg dolu2...

Ni aku da telajak lagi 5 thn jadik 10 thn..sori yea bos2 ku yg lepas2...sbb tidak mendengar kata ..ape yg aku lihat ..betul la ape bos2 aku ckp...bla da terlalu lama environment pun dah terlalu sebati dgn kita sampai kita rasa..owhh semua benda adalah biasa...ermm korang paham ke ape aku ckp nehhh tak paham takpewww. Yg pasti bila aku dah dapat tuko opis baru..of koz aku akan maklumkan pada seluruh donia yihaaaaaa


Selasa, November 02, 2010

Jahatnya kamooo...

mehh kasik energy lau kat opis tu korang rase dah bermalas-malasannn..

kita dengo lagu neh japppp!!

Meh ganti posa sesama :))


Korang da ganti posa??sure dah ganti kan...ye la ley wat skali aritu ngan posa 6 kan..My hubby ni ske gak posa senin n kamisssssss. Masa awal2 kawen dulu lagi le rajin ..la ni..rajinnye tinggai sikit2 hahahaha.

Walopon dia notttti tapi dia rajin posa. Ye la idok le kata laki aku ni bek sgtttt, aku tau laki korang lagi baik kan..tapi ...tapi ....lau banding laki aku ngan aku ..haa banding dgn aku yea...bukan banding ngan laki korang huhuu..kiranya dia baik le kan.

Bukan ape...aku ni haaa posa sunat tak laluuu tol nak watttt...sib le posa wajib lalu eyh...da tu de timbang tara dosa pahala..takkan tak buat ko..kang masok neraka jahanam sorang2 nak kewww...anak, laki mak pak masok sorga kita masok neraka uishhh melalak sakan le hakuuuu nanti kan nok...da la aku syg giler kat laki n anak n parent aku..tak sanggup bepisahhh dengan dorg...akan ku turuti dorg gak ke sorga cewahhhhh :)) (keyakinan yg kental kena adaaaaa)

Sbnrnye nak citer aku da stat nak ganti posa nehhhh hehehe (tu pun nak habaq ke yaya). Harus2x..aku jenis tak ske ganti posa las minitttt..lau de posa 6 tu aku skali harungkan ngan ganti..pastu lau ade belen2 tu perabihkan kendian slps tu huhuuu..(byk belennye tau sbb aku dua kali ABC bulan posa thn neh huhhh)Lau tak sempat posa 6 makanya aku kena stat ganti posa tu awal2..
.
Dah ganti lega le sesangat..doa kan aku menghabiskan saki baki posa aku dengan jaya nye yea kwn2 :)

Isnin, November 01, 2010

Souvenir dari Bali

pacel dari blogger Aida

Sandal utk aku

sandal utk my doter Damia

TQ to blogger Aida...aritu bila terjah blog dia..ade citer dia gi makan hangin kat Bali tu...bestnyeeee telan ayak lior je le baca eh hahahah. Tak sangka aida ade ole2 utk aku dari Bali turrr. Tq aida...cantek sungguh sandel yg dia bagik..sepasang utk Damia pun ada...so kiyut..tq la sbb bagi souvenir dari Bali kat aku n Damia...:))

Demi Cinta Ini

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker