Rabu, Mac 30, 2011

Di luar gelanggang futsal

me (baju pepel) , baju maroon tu lak anis, dia pun antara bff aku di gelanggang futsal neh...hehe, anak2 kitorg lak time ni tgh men sama2

Sabtu belah malamnye aku cam biasa la teman hubby futsal..tak jumaat, sabtu..wajib okeh...cam biasa..dorg men..anak2 menonton ataupun anak2 main2 bersama..yg wife2 ni plak..jap bersembang, jap bertwit, jap berfb, jap sembang balik hehhehe, jap layan anak org..wohoooo tu la keroje nye kami isteri2 yg setia menemani hubby memasing berfutsal!Phewww....

Selasa, Mac 29, 2011

Rahsia kecantikan artis....


Anita Sarawak amal laser scrub

SETIAP kali menatap wajah superstar Anita Sarawak, pasti ramai wanita berasa cemburu kerana dalam usianya cecah 60 tahun, dia mempunyai seraut wajah cantik dan kelihatan muda.

Kecantikan yang dimiliki oleh Anita menimbulkan cakap-cakap nakal kononnya penyanyi kesayangan ramai ini menyuntik botox untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik memandangkan kecantikan adalah aset utama bagi seorang artis.

Cakap-cakap itu semakin tidak enak didengar apatah sejak akhir-akhir ini penampilan Anita dikatakan memang amat jauh berbeza dengan kulit yang halus mulus, tegang tanpa kedutan!

Anita yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nita, ketawa kecil dan menafikan menggunakan botox sebaliknya mengakui, menggunakan kaedah laser scrub untuk rawatan kulit muka.

“Kak Nita tidak perlukan botox untuk nampak muda tapi Kak Nita menggunakan laser scrub untuk membuang semua sel-sel mati yang terdapat di kulit.

“Laser scrub ini macam pasir dan Kak Nita akan melakukan ini sebulan sekali. Kosnya pula sekitar ratusan ringgit,” katanya.

Menurut Kak Nita, selepas melakukan laser scrub, ia tidak menegangkan kulit mukanya tetapi sekadar membuang semua sel kulit yang mati.

“Untuk menegangkan kulit muka Kak Nita menggunakan pelembap tetapi jangan guna sembarangan pelembap.

“Sebabnya, pelembap yang digunakan itu akan meresap masuk ke dalam kulit,” jelasnya.

Kak Nita memberitahu, laser scrub yang dilakukannya itu boleh dibuat di mana-mana spa, tidak semestinya di luar negara.

“Mana-mana spa pun boleh. Kak Nita tak ada satu spa yang khusus.

“Tapi mestilah profesional dan rujuk kepada konsultan,” tegas Kak Nita.

Ketika ditebak dengan soalan apakah hanya dengan menggunakan pelembab mampu menegangkan kulit dan bukan botox seperti artis lain, tanpa ragu-ragu Kak Nita berkata:

“Itulah amalan Kak Nita. Kak Nita tidak mahu menyentuh peribadi orang lain kerana setiap orang mempunyai pandangan sendiri.

“Soal penggunaan botox ini, tepuk dada, tanya selera tapi memang Kak Nita tak guna botox.

“Cuba tengok muka Kak Nita ini. Bukannya tidak ada kedut. Ini, di atas dahi ini, ada kedut,” ujar Kak Nita.

Selain menjaga kecantikan kulit dengan kaedah laser scrub, Kak Nita juga tidak suka melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan kulit kering kerana terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang boleh menyebabkan kulit berkedut.

“Di samping itu pastikan air dalam badan mencukupi kerana jika tidak cukup air juga akan menyebabkan cepat tua,” katanya.

Tambahnya, untuk menjaga kecantikan, perlu rajin menggunakan pencuci muka dan pelembap muka serta krim mata sebelum masuk tidur.

“Tak payah beli krim yang mahal-mahal sebab Kak Nita gunakan Cream of Olay sahaja,” katanya.

p/s : kak nita kata rege laser skrub tu cecah ratusan ringgit...mesti 999.99 sen neh hehehe ..laser yg budak2 selalu main or penyokong bola guna suluh penjaga gol aritu takley guna ke wat skrub??laser tu murah je kan..huk3x...


Isnin, Mac 28, 2011

Ayam masak merah!!!

ayam masak merah dlm kuali 7 keturunanku

Aritu gi Giant ade beli paha dan wings ayam..so buat la ayam masak merah. Tapi goreng 4 ketul je..2 paha n 2 wings. 3 wat masak merah..satu lagi goreng utk damia mkn gitu je. Damia ske ni ...dia ske masak merah..tapi aku tak buat pedas sgt la..Sayur lak rebus cendawan jew. Lepasla mkn dinner 3 banak...:))..

oh my..skrg ni aku asyik pong pang je kat dapo..kecuali wiken je la mkn luo..sbb ape..coz my doter da besar..da pandai makan..da pandai mintak suh aku masak..."momy..nanti momy masak udang yea", "momy nanti momy masak nasi dengan fish yea" heehe tu la permintaan anak aku...dia sebut momy masak okay...bukan momy beli...hubby dengo ape lagik..da anak nye mintak gitu..so dia ckp kat aku..syg skang kena masak la..Damia nak makan syg masak...

ermphhhh...klo ank dia pnye wish...mmg le hubby aku ni turutkan...mentang2 tu sorg je anak..mmg la dia manjakan sgt2 tau uolz.kdg tu aku geram je...bila anak wat silap sikit..bukan marah anak..aku gak kena marah...le co me yaaaaa!!!uuuwaaaa.... kena skang aku memasak..tanpa henti 5 hari bekeje tanpa henti.....takde nak ngelat2 dah..dulu ade gak..dlm ari bekeje tu ade gak 2-3 kali mkn luo..skang takdenya..sob3x......demi anak terchenta ...ingat ye damia..bila momy n papa da tua nnt..momy tak larat masak..damia tlg masakkan utk momy plak yea..:))

WEOLS COLLECTION CAMPAIGN ~5 (Romper Baby GAP)

Romper Baby GAP

CODE: BUG
3-6M
6-9M
9-12M

CODE: BEE
3-6MSOLD, 3-6M
6-9M, 6-9M
9-12M, 9-12M

Harga: RM17

----------

Jusmate 5

RM170
INCLUDE POSTAGE

Jus Diet Mate 5 merupakan satu revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu effektif di dalam mengatasi masalah kegemukan. Jus Diet Mate 5 formula hebat! Mengawal selera makan, menghalang pembentukkan lemak, mengurangkan pengambilan gula, meningkatkan kadar metabolisma dan menukarkan kabohidrat kepada tenaga yang merupakan 5 faktor utama di dalam pengurusan berat badan.

Kebaikan Jus Diet Mate 5
- Mudah, berkesan
- Semulajadi, Selamat
- Tanpa rasa lapar
- Tanpa rasa sakit
- Tanpa bersenam
- Bertenaga dengan minda yang cergas
- Menyihatkan jantung
- Bagus untuk kencing manis dan darah tinggi
- Membantu kesuburan wanita
- Bagus untuk saraf dan sendi
- Melancarkan usus
- Merawat masalah kemurungan, susah tidur
- Merawat migrane dan gastrik
- Mengatasi masalah stroke mengurangkan kolestrol


Untuk pelbagai lagi tawaran baju baby dan pakaian
kanank2 bagi si comel anda
please clik >> HERE

atau layari web WEOLS COLLECTION

Gambar Bakal Suami Bekas Isteri Datuk K



tengku zawiyah

Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Bekas isteri Datuk K, Tengku Zawiyah Tengku Izham bakal berkahwin sekali lagi setelah berpisah dengan Datuk K pada tahun 2005. Ada sesiapa yang tak kenal Datuk K? Datuk K ialah lelaki macho bermisai yang telah berjaya menyunting penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza menjadi permaisuri hatinya.

tengku zawiyah

Tengku Zawiyah bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dari Sabah iaitu Datuk Joseph King atau nama Islam nya Rayyan JK Abdullah. Untuk maklumkan, Datuk Rayyan JK Abdullah telah memeluk Islam pada awal bulan Februari dulu. Majlis pernikahan mereka berdua akan berlangsung 12 Mei ini.

tengku zawiyah

Semoga semuanya dipermudahkan. Datuk K pun dah ucapkan tahniah kepada bekas isterinya atas berita gembira ini.

kredit to scaniaz


Ahad, Mac 27, 2011

Piccas Fasha Sandha shooting di Paris




Tutti Fruitti Seri Bangi

me n my doter di Tutti Fruitti

tutti fruitti seri bangi

Pelakon ainul aishah pemilik kedai tutti fruitti di seri bangi...

Weekend aku ke Tutti Fruiti seri Bangi...makan yogurt frozen yg sgt2 mabelesssss. Sebelom ni dengo org citer je..akhirnya berjaya gak sampeiiii..mmg sedap wehhh...rase nak lagi dan lagikkkkk...kedai Tutti Fruitti ni milik pelakon Ainul Aishah..heroin drama Begitukah Cinta. Sape blom terai better terai sbb sgt2 best n rugi klo tk rase..

Ni yg plg hampir la klo sape2 keje/tinggal di Putrajaya boleh le kedai Tutti Fruitti ini :

Jumaat, Mac 25, 2011

WEOLS COLLECTION CAMPAIGN ~4 (POLO DRESS)

Polo Dress

CODE: 01

XL
XXL-SOLD
Harga: RM25

CODE: 02

12M SOLD
18M
2Y
3Y
Harga: RM20

CODE: 03

L
XL SOLD
XXL SOLD
Harga: RM32

CODE: 04
3-4Y SOLD
Harga: RM32


Untuk pelbagai lagi tawaran baju baby dan pakaian
kanank2 bagi si comel anda
please clik >> HERE

atau layari web WEOLS COLLECTION



LITTLE ANGEL (AQIQAH) CAMPAIGN ~3




Bunga Telur Teddy ( Princess ) purple lover

Code : Princess
Minimum order : 30 pcs

Price : Rm 4.50 each

* untuk tempahan 50 pcs keatas...
ade special price...
sila email Little Angel

untuk order 50 pcs keatas...


* untuk tambahan isian didalam kain net
seperti telur / coklat / candy akan dikenakan
sebanyak Rm 0.50 setiap satu...
* warna mengikut warna tema yang anda inginkan..
sila beri sampel warna yang jelas dan
sebolehnya beri contoh...supaya lebih tepat.. terima kasih


** Bermula daripada 26 Feb - 31 Mac...
Little Angel ade special gift for ur baby....
hanya bagi mereka yang membuat order...
pada sepanjang tempoh tarikh tersebut....
kami menyediakan 3 pilihan untuk Special Gift tu...
so mama 'n' papa boleh membuat pilihan
yang mana 1 uoolss berkenan....

syarat2 nya ;
* Yang Hanya layak menerima Special Gift...
untuk tempahan order
Bunga Telur Teddy 100 pcs keatas sahaja...
* Tidak tertakluk pada mana2 design..
anda boleh memilih ape2 saja design
bunga telur teddy yang ade di Little Angel....

Pilihan Special Gift :-)
1.) Hamper baby
2.) Personalized Toy
3.) Personalized Pillow


Untuk pelbagai lagi cenderahati istimewa
bagi majlis bersejarah untuk si kecil anda...
please clik >> HERE

atau layari web LITTLE ANGEL (AQIQAH)

M.Nasir Terima Gelaran Dato'


Seniman M.Nasir dikurniakan gelaran Dato' oleh Istana Pahang. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

Penyanyi, pelakon dan pencipta lagu terkemuka itu merupakan individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut menilai pencapaian yang telah diterimanya sepanjang bergelar anak seni.

Antara anugerah yang diterima termasuk di pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik, Anugerah Juara Lagu dan Festival Filem Malaysia.

Nasir merupakan pencipta ratusan lagu antaranya Mentera Semerah Padi, Fantasia Bulan Madu, Ghazal Untuk Rabiah, Nurnilam Sari dan banyak lagi. Turut terpilih sebagai Ketua Juri di Anugerah Juara Lagu 25 yang berlangsung awal tahun ini.

Nasir dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada tahun 1996.
p/s : majlis penganugerahan Dato untuk Ac Mizal da ke belom ehhhh...

Khamis, Mac 24, 2011

Marshmallows for Breakfast dan Pesona Membaca

Me n hanny..
.
Ziela, Me, Aina n Sal..wowww semua kemerahan hehehe

On Wednesday i went to Cyberjaya. Erm ade bicara ilmu gitu. So pegi la naik bas opis. Tak payah bawak kete sendiri okeh...buang duit minyak je..*gila kedekut!!* Dalam 10 org je dlm bas tu. Okay best n menarik la segmen tu...enjoy it so much!! Sempat gedik2 begambo ...tapi satu dua je la aku letak ehhh...:))

Rabu, Mac 23, 2011

Dabel Cheese Burger dari Cik Lyana~~

aku request dabel cheez beger ....Lyana msg siap tanya tu nak ape ?..tq so much lyana...lebiu U !!!

Tq to my dearest fren Lyana Azira. Actually aritu dia da belanja aku >>> nasi lemak sempena dia dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dia belanja satu bahagian okay. Mulia sungguh hatinya. Pastu ..smlm dia belanja aku Mekdi plak. OMG...Yanna ..baiknye hatinye ...dia ni mmg kwn yg baik.

Suka bergaul dengan dia. Topik2 cerita dia best....aku ske kwn gini ..yg buat kita tambah maju ..bersembang berbual perkara yang best2 je...takde la nk kutuk org sana sini ke..opppssss..terlebey suda..
.
Ok tq to Lyana..semoga Allah memurahkan lagi rezeki Lyana sekuarga eyh dan makin maju dalam kerjaya..dia dapat APC..and she deserve it!!!So Yanti yg dapat big mac....ingat2 nnt ..dapat APC ..bls budi Cik Lyana hehehhe :p


Selasa, Mac 22, 2011

Hari Isnin yang berseri-seri ...

Biasa hari Isnin kang monday blues je kan..tapi entah la ..hari ni rase cam best aje..biasanya suram je ...mungkin tiada 'cahaya kejahatan' kot di hari Isnin neh...ooopsssss...
.
Apepon hari ni best...Lyana (my opismate) belanja nasi lemak for breakfast..n lunch hour ada makan free sempena satu Program . Aku pun gi la ngan Yanti untuk sesi makan2..Elyana takde dia gi kursus, Sal plak dia kenyang lagik mkn nasi lemak.
.
Kat tempat tu sedia menunggu Aini. So kami pun makan sekali la dengan semua peserta program. TQ to urusetia Aini yg menjemput aku dan yg lain dtg makan2 huhuuuu.. Then aku lepak2 sementara abeskan waktu lunch dengan Kak Wati, Allen n Aina. Mcm2 le menda diborakkan..
.
Pas makan2 ade jeruk2 plak...Layan...ni Yanti pnye..dia bagi utk mkn sesama ..pergkh arini sgt kenyang, mabeles, happy, ceria dan suasana harmoni je rase.. ..:))


Isnin, Mac 21, 2011

Najwa Muhyiddin anak TPM yang berbakat besar...

Najwa..suaranya best!!

Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia.

Najwa ingin menyemarakkan genre soul dan jazz di Malaysia terlebih dahulu. Gadis ini mahu mengubah persepsi dan tabu klise. Tidak bersandarkan nama ibu bapanya, ia mahu menjual vokalnya sendiri.

Dia sedar itulah cara yang paling tepat untuk bakatnya dihargai secara telus dan bukan kerana dia anak orang kenamaan. Dia ialah duta kepada namanya sendiri. Najwa juga bangga dapat berganding suara dengan Maliq untuk lagu Kau Yang Punya. Persetujuan kolaborasi itu, katanya, dicapai menerusi mesej-mesej di laman sosial Myspace.

"Saya suka berkolaborasi. Tetapi saya juga tidak mahu gunakan nama orang lain untuk menaikkan nama saya sendiri. "Malah membina nama sendiri dapat memberi kepuasan," jawabnya apabila ditanyakan amalan 'featuring' dalam dunia nyanyian terutama hip
hop atau jazz.

Buat masa ini, dalam usaha membina nama 'Najwa' itu sendiri, dia sedang berkira-kira untuk membikin sebuah album mini yang mengandungi lagu-lagu miliknya.

p/s tak silap aku ...sbg artis najwa guna nama komersil Najwa Mahiaddin..

Sabtu, Mac 19, 2011

Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan Maya Karin

Tiara Jacquelina ketika mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora, di Kota Damansara, Rabu. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI

PETALING JAYA: Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30.

Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.
"Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya," katanya.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara di sini, Rabu.



Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani. Teater muzikal tersebut bakal diadakan pada akhir bulan September di Istana Budaya.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.

Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya.


Have a fab day guys!!!

Hi all..happy saturday and have a fab day guys!!Today i'm so happy ditambah dengan berita baik yg baru diterima..alhamdulilah...thank you Allah..syukran..ape lagi yg perlu katakan utk memanjat kesyukuran kepada Allah..semoga kau terus kuatkan imanku pada mu ya Allah..agar terus aku sekuarga sujud padamu..

Jumaat, Mac 18, 2011

Aku bukan artis la ngekkk!!!!!

"If you find serenity and happiness, some may be jealous, be happy anyway"

Ade sorg opismate aku ..pmpuan yg agak kertu ..jelez plak aku pakai bb..sian dia ...jgn la jelez..beli la..tak mampu ke?ke tak reti guna muahahaha..sudah2 la tu nak amik tau hal aku..ape yg aku buat semua dia jelez...jelez sesgt dia kat aku...aku bukan artis pun ko nak sebok2 amik tau..da kertu tu baik bykkan ibadat..bersolat yea..biasa lau org yg jaga solat ni dia tak jadi mcm ni opppssss..

Astagfirullahalazim..dunia da nak kiamat masih tk sedar diri..bukannya muda lagi pun..da tua pun. Semua org ckp pasal dia..tak takot ke dia anak2 dia akan dibalas oleh Allah dengan apa yg telah dilakukan kepada org lain.

Hukum karma tetap ade..jika kita buat kat org...klo tak ko...anak2 ko juga akan menerima nya nanti...tuhan bayo cash je skang..sori la yea...aku dan kawan2 yg lain aminkan aje......harap nanti selepas anak2 tu terkena baru la ko insaf kan..pe nak kata time tu..nasi dah jadik bubur...!

Pesanan aku sebelum bercakap..mengucap dulu...sebab percakapan kita didengari ...klo bukan kita dengar..orang lain dengar...Allah pun dengar...klo tak reti mengucap..istigfarlah yea..ckp pandai ckp pasal agama hukum itu ini tapi tak beramal..tak guna iman tanpa amal tu...tak cukup lagi ilmu pasal life...blaja lagi..skang belambak Universiti ade..mcm2 ilmu boleh blaja yea...

blaja cara bergaul dengan org...blaja cara bercakap dengan org..ape yg boleh ke tak boleh kita bercakap pasal org ni....berfikir sebelum bercakap...ilmu ni luas..lau tak blaja..camtu la jadiknye...jadik le manusia yg penuh hasad dengki!Otak tu pikir negatif je kat org...pemikiran pun lama2 mundur!!!ibarat peribahasa moden... org lain semua da dok rumah banglo tapi ko masih dok atas pokok!!!jauh ketinggalan..alahai siannye...

p/s entri ni tiada kena mengena dengan org lain kecuali sorg insan yg aku gelar pompuan kertu yg takde arah hidup...clue identitinya...ermmphhh : opismate aku...sape mkn cili dia terasa pedas!!!



Tauchu Ikan gulai feveret mak ku....

Tauchu ikan

kobis

Tauchu ikan ni adalah gulai fav. mak aku. Tapi jarang la buat sbb hubby aku tak biasa makan tauchu sebenornye. Mak dia tak biasa masak. Even tak biasa makan tapi bila aku wat tauchu ni licin gak dia makan..alhamdulilah..Mak aku lak ske tauchu. Dari tauchu ikan, timun..mak salu buat masa kecik2 dulu. So da besor ni aku meneruskan legasinya hehehe. Jemput makan guys....:))







Minggu memasak..:))

msk udang sambal berkuah


tumis sayo sawi

Minggu ni aku memasak je..mood suda mari..Bermula dengan semangat tomyam campor, then sotong masak kicap, pastu masak lagi taucu ikan ..then diteruskan dengan udang sambal berkuah..erm..ingat nak buat kueh spesel aritu tak sempat lak kejor masa!Wiken le aku teraiiiii.
.
Camtu la lau mood rajin meresap jiwa..tapi penat sikit la kan..balik keje je terus zassss solat asar dlu...then take 10 jap bertwit twit, berfb ke..Damia plak blk school dia da siap mandi semua so senang..dia akan ku bukakan cd upin or ipin sambil2 tu dia main puzzles dia la.so dia tak kaco lgsg aku memasak...
.
Lepas aku take 1o tu baru bersilat pong pang pong pang kat dapo ...setel dkt kul 7 gitu br le aku siap mandi semua ..hubby biasa balik jam 8 mlm tu ade lau tak membizi la. Then biasa balik..hubby akan magrib dulu..Lepas magrib baru la kitorg dinner...

Khamis, Mac 17, 2011

Keranamu Tsunami : Rumah hanyut di tengah lautan Pasifik


Subhanallah...

Tsunami di Jepun

Rumah hanyut

ditengah lautan pasifik..

Semuanya adalah kuasa Allah

tiada mustahil jika Dia membenarkannya

tidak kah kita insaf lagi melihat kejadian ini...

insaf la manusia lebih2 lagi manusia yg

sentiasa lupa padaNya...

Wallahualam...

Gambar diambil oleh US Navy di Laut Pasifik. Kelihatan sebuah rumah hanyut ke laut luas selepas tsunami di Jepun. Klik imej untuk paparan yang lebih jelas.

Seumur hidup!!!!

Yuran Puspanita Seumur hidupku...


PUSPANITA~~

Okay aku da bayo yuran Puspanita RM100.00 untuk seumur hidup okay. Means tak payah le tiap2 tahun nak bayo RM10.00 tu. Bayo sekaligus senang..lau tiap2 tahun nak bayo selama service dlm gomen mahal gak kan..kali je la rm10 tu dengan service kita dalam gomen...haaaa org kaya2 boleh la bayo RM10 setahun sampai pencen!
.
Dengan itu aku dah bayo RM100.00 so semua aktiviti Puspanita aku nak join okeyy..baru le berbaloi baloi wehhh weeeeeeeeeee :))..Jgn jelez plak aku aktif ..lagipun aku ske join sbb boleh kenal rapat kwn2 aku dari bahagian lain..so far so good..ingat lagi masa di Cyberjaya aritu..asyik mengekek gelak2 je...n beberapa aktiviti yg aku join bersama warga opis..sonok ohhhh...tuko2 citer, dengo org citer, dengo org gosip..rupanye ohhh baru tahu...ye la..kdg kita tak tau org tau...so kita pun bercerita la gak ..ooopssss....
.
Korang ade join tak Persatuan neh???Yg belom join jom la joinnnnn :))

Nasi lemak lagi...

nasi lemak free

Org gomen ni ske banjer nasi lemak eyh. Tq to Miss Ainun..my opismate...yg banjer aku nasi lemak pagi Rabu!!!. Aku da breakfast sebenarnye awal pagi kat kafe pastu dpt nasi lemak ..mmg rejeki la yea.

Nasi lemak ni wat lunch le jwbnye hehe. Then cam biasa aku tapau ngan Elyana..Sal pun ade ..tapi aku beli cendol jerk sbb nasi lemak adeee. Kenyang gak..yuhuuuu...Rezeki...rezeki ...rezeki...Allah sentiasa melapangkan rezeki kepada mereka yang tidak pernah lupa padaNya.

Bersama sama la kita beringat kawan2..bersyukur walaupun hanya mendapat sebungkus nasi lemak...kerana manusia sentiasa lupa untuk bersyukur!Sekiranya kita tidak bersyukur..sekelip mata Allah mengambil ape yg diberinya...:))

p/s : Selamat Menunaikan Umrah buat Ainun pada minggu depan ..

Rabu, Mac 16, 2011

My new bb casing


da pecah n rongak sana sinun cam kena geget tikosss

kitty my new casing for my whiteberry lol

aihhh hopefully tak nampak cam budak2 ..maklum le dah 30an pkai kitty ni cam pelik..20an okay lagik kot kan...pelik tak kawan2?

Da de new casing hp yg baruuu. Hp bb aku sblm ni casing puteh ala..yg lobang2 tu kan..(refer gambo plg atas) da pecah tepi2..fuhh ganas tol guna sampai pocahhh. So time g Tesko aritu beli satu..takde plak lobang2 kaler merah ..saje nak merah..jenuh punggah so mmg takde..at last aku amik yg lobang2 kitty neh.

Walopon tak bape minat kitty tapi sementara waktu aku pakai le dulu..bukan ape ade kaler2 len tu tapi tak bekenan lak kaler nye sgt kilat2...nak merah maroon yilek...da abes...kitty pun kitty le..(yg pasti my doter sgtttt suka)..jap2 tanya..mana hp momy??erkkk


Selasa, Mac 15, 2011

Sopink barang dapo ala2 Ana Rafali

at tesko shah alam : marjerin feveret kuuu n naget kesukaan damia

borong brg basah : ayam udang sotong ikan sayor semua adeeee...

Hari Sabtu selepas attend>>> wedding Sarah aku n hubby proceed to Tesko Shah Alam. Nak beli brg dapo..brg basah..untuk masak2 le kan. So dalam tesko..dgn gaya aku ala2 ana rafali..erkk..ana rafali le plak...

aku kan gi kenduri kawen sblm tu pakai kurung..so dalam tesko tu seksa nye la haiii..melangkat nak ngambek udang, ikan, bungkus sayorrr itu ini...hahhhh dgn kasut tumit tinggi..phewwww..bejaya gak aku ...Erm lau tak ari wiken jalan2 biasa aku selesa pkai jeans je weiii..tp disebabkan kenduri sblm tu kan..

pastu gatai nak gi beli brg dapo aritu gak..sampai umah lenguh2 kaki je rase..bukan senang dlm tesko ke sana ke mari dgn damia lagi lari2 ..jap aku kejo..jap hubby kejo..mana tak patah rase kaki ngan kasut tumit tinggi tuhhh..hari wiken biasa aku pkai kasut yg tapak tebal..tumit2 tinggi ni g keje or gi kenduri la kan...ohh tidak lagik oh tolong ingatkan akuuuuuu lenkali pas balik kenduri jgn gatei gi beli brg dapo ...

Lunch lunch lunch!!!!

tomyam camporku

telor dadar

kepok pun hado

Ahad lepas...aku wat tomyam campor utk lunch...cam aku bitau kat twitter n fb ahad lepas la yea. Sowi cam biasa kat blog lambat sket hapdet nye huhuuu...Ok campo le segala nye udang, sotong, ayam, cendawan semua. Walopon aku bukan penggemar tomyam ataupun sup tapi aku tetap masak menda ni smua sbb hubby n mydoter sgt2 ske makan mendalah tu. Cam aku stori sblm ni aku ske yg goreng2 n tumis2 je. Piccas di atas adalah menu lunch aku wiken lepas la ekk..

Lately aku tkley skip lunch nasi kat opis ...weekdays mmg kena makan da skang..bukan sbb berbadan dua ye olz..sbb nye selera aku mmg salu bertukar..so aku akan pastikan aku makan..skang aku menapau ..lunch aku ske tapau..bekpes tak ske..sbb pg aku nak air nes tu so aku ske minom terus kat kafe...lau malas sgt atau pagi2 da bizi baru aku buat air ..lau tak bizi mmg aku minom terus di kafe....setiap pagi aku kena minom nes..Jadual makan ade sikit perubahan berbanding dulu...

OK citer pasal lunch biasa aku gi tapau ngan opismate aku Elyana. Elyana ni sorang yg matured dari segi pemikiran walo pon muda la sgt -senang maybe dia educated-educated bukan akademik je tau..pada aku org yg yg well educated tu...dia menjaga solat dia..tu yg penting..tak payah alim bebenor..janji tiang tu ade! Ade kat sini da tua pun takley pikir mana baik mana buruk kan...tak bersolat..eii takot...plg takot bila beckp konon2 pandai segala..tapi solatnye tak..camne tu..dok diam2 sudah la...Sbb tu aku ske kawan ngan dia. Dia pun antara calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yg big boss (Pengarah) aku calonkan..tapi atas sebab ape tak tau nama dia tak proceed.

Sampai big boss aku kata kat boss aku..saya calon kan Elyana tapi tak tau nape dia tak dpt..pelik jugak aku. Usah kan aku..Pengarah pun pelik nape nama dia takde. Dia antara yg mendapat markah tertinggi LNPT. Utk mendapat APC tak perlu dapat AKCM dulu yea. Sbb aku dapat APC dulu baru AKCM. Aku terus dpt APC pada 2008 dan tahun berikutnya 2009 aku dapat AKCM. So pada aku dia layak dapat APC tu tanpa AKCM..Apepon kami anggap bukan rezeki dia walopon nama dia yg terawal dicalonkan oleh Pengarah aku.

Ok balik citer tapau..aku Tapau kat basement ade lori bwk makanan tu. Lunch skrg jarang da ke kafetaria sbb lau lewat sikit je org ramai. Biasa beli lunch dalam RM4-RM5...campo air cendol jagung aku ..RM1.80. So biasa aku abes utk lunch sehari RM5.80-RM6 lebih.

Depends lauk n sayur le..Tu tak kalah lau makan lunch kat kafetaria..aritu amik lauk pauk aje RM6 belom temasuk air hahahah. Ade kafe yg murah kat blok lain iaitu B6. Tapi aku tak gi la malasssss seyh..semata nak murah kena menapak..aku da pemalas nak menapak neh.

Dulu rajin gak parking kete jauh2 then menapak..skang lau leh nak parking dpn pintu lif parking je hahaha...gila pemalas!!Rela membayor lebih dari menapak hoho. Ade suatu hari tu aku mkn kat cyber dengan opismate aku gak..Yazida, Laura n Jojo...fullamak...lunch hour tu saje sepinggan nasi yg hanya ade sayur, lauk dan air mencecah RM9.20 gitu..mahal giler. Kaya sungguh org2 cyber yea..byk korang spend duit utk lunch harian korang..:))..Lau aku keje kat cyber..bengkrap C aku :p

Isnin, Mac 14, 2011

ROCKA

click utk tumbesaran

Korang nampak tak tulis ape tu.??ROCKA okay hehe. Patotnye ROSAK. Ni aku snap masa isi minyak Sabtu lepas. Lawak tol. Aku percaya ia ditulis oleh org Bangla yg keje kat stesen minyak tu. Mmg ramai pun org bangladesh keje situ. Erm pe nak buat merekalah harapan petronas..:))..Dah tu org tempatan demand takmo keje kan...;p



Wedding Sarah (anak arwah Puan Nurimah)

Siti Sarah raja sehari

Me n Damia

Aku kenal ibunya untuk satu tempoh yg lama. Mula2 aku berkhidmat di perkhidmatan awam tahun 2001 aku satu bahagian dengan ibu dia. Ibu nya adalah Pegawai Senior. Aku kenal Sarah yg pada ketika itu hanya darjah 6 ..yg bila tika abes waktu sekolah pasti singgah di opis utk bertemu ibunya.

Tiap kali aku mesti berbual2 dengan dia..dia memang seorang 'budak' yg baik dan berbudi bahasa. Erm...masa berlari pantas kan...Skrg Sarah sudah dewasa. 10 thn selepas itu..kini ..dia mendirikan rumahtangga. Sarah sendiri datang ke pejabat dan menyerah serta menjemput aku sekuarga ke majlis perkahwinan dia..ingat lagi dia kat aku huhuuu...cyg sarah....

Tetapi ibunya tidak sempat untuk menyaksikan dia berkahwin kerana telah pun meninggal dunia hampir 2 thn yg lalu..Tapi aku masih diberi peluang oleh Allah untuk melihatnya berkahwin..yg satu ketika dulu masih 'kecil' dan kini bergelar isteri..Semoga Allah memanjangkan usia aku pula agar aku berkesempatan untuk melihat anak aku Damia berkahwin..InsyaAllah..

Untuk Sarah..selamat menempuh gerbang perkahwinan..semoga tabah selalu dengan ranjau dalam perkahwinan..dan sentiasa ingat Allah agar perkahwinan kita diberkatiNya. Untuk arwah Puan Nurimah, walau pun beliau sudah tiada..aku pasti dia tentunya gembira satu2 nya anak tunggal beliau sudah selamat mendirikan rumahtangga..damailah dikau di sana...

Ahad, Mac 13, 2011

Mangga Tangkak


hubby (baju itam) setia nunggu mak nye potong buah mangga

makan sampai skt perot gak le haku hehehe

while adik ipar aku, arif (baju merah) layan my doter Damia men puzzle..oso in dis pic, my ipar Awie (baju puteh) and his doter, Najla

aku dan koleksi vantage mak mertua ku..mak mertua aku sgt ske ngumpul pinggan mangok vantage neh penoh almari..

Balik Tangkak aritu aku sempat makan mangga Tangkak..sedapnye....kuinin pun hado...

Demi Cinta Ini

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker