Ahad, Ogos 21, 2011

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

masa ni bebuka kat paparich SK dgn kwn2 hubby
(gambo2 len byk lam fb)..my doter tdo cam pnt berposa jek kan hehehe

Tinggal kurang dari seminggu lagi nak raya. Finally aku dpt gak baju raya yg akan aku pakai kat Johor nanti. Dis year aku balik Johor dulu then baru balik Perak pada raya ke3 nya. Kueh raya yg aku tempah kat opismate pun esok dapat yeayyyy.

Aku mintak maaf pada kwn2 yg ajak berbuka sebab kekangan masa so tak dpt join lebih2 lagi permintaan dari rakan2 rapat yg ajak buka bersama. Sepanjang ramadan aku asik memasak je utk buka. Ade lah dua tiga kali mkn kat restoren, gi param n mkn ngn kwn2 hubby..

Selamat Hari Raya...mohon maaf zahir dan batin dari aku sekuarga...raya nanti memandu lah dgn berhati2 di jalanraya yea...selepas raya kita jumpa lagi...:)

Selasa, Ogos 16, 2011

feeling hana tajima le plakkkk

My doter yg feeling hana tajima le plakkk..dia kenal woo..tu shawl tu dia sendiri belit2 kan kat kepala dia..pastu .siap ckp.."momy ..mcm ana tajima tak??"..erkkk tekejut aku ngn laki aku ...bla msa plak anak kitorg ni tau psl hana tajima neh???


Add Image

Isnin, Ogos 15, 2011

Lisa Surihani dan Yusry KRU kahwin tahun depan....


yusry dan lisa berkahwin

Yusry KRU mengakui yang dia dan Lisa Surihani kini sedang bercinta dan sedang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan.Apo laie nak dikato..tahniah!!!


Rabu, Ogos 10, 2011

Tunang Khairul Fahmi redha...

Jadi sejarah : gambar elia sewaktu hari pertunangannya...



"Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka “hijab” yg selama ini tertutup. "


"Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk. Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. "


"Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku."

P/s : Sedikit cebisan kata2 dari Elia (tunang Khairul Fahmi ke bekas tunang ..entah...)...tapi nampaknya Elia pun redha. Alhamdulilah... Citer selanjutnya korang ley masok blog Elia http://www.jejariruncing.blogspot.com/

Selasa, Ogos 09, 2011

Penjawat awam terima bonus setengah bulan gaji

Kerajaan da umumkan kakitangan awam terima bonus, setelah sekian lama takde bonus akhirnya merasa gak bonus, setengah bulan daripada gaji kira ok la tu. Rezeki dan syukur pada Allah..Alhamdulillah...

Isnin, Ogos 08, 2011

Kasut raya Damia

kst raya yg Damia pilih sendiri

Aku da beli kasut raya Damia. Mmg lain cabarannya bila anak pompuan da besor ni. Bila kita bwk dulu ..baru lagi last year masa dia 3 thn dia tk kisah pun n pakai je ape kita beli .tapi semalam bwk dia..nanges2 nak taste kst dia ske.

Means dia da besar ..walopon baru 4 thn. Tapi dia da bijak ley pilih sendiri ape dia nak. So dia pilih kasut dia. Aku ckp tak ske kst tu kat hubby pastu dia lalak2 nanges kat kedai ksgt..sbb Damia nak taste dia sendiri.

Aku nak nanges pun ade ..ye la ingt anak aku tu still kecik lagi padahal dia da besor n boleh pikir n ade kehendak dia sendiri kan. Hubby ckp ikot je Damia nak. So Damia pilih kasut neh. Aku ske kasut yg lagi satu tu sbb sesuai ngn baju kurung baju raya dia. Tapi dia taknak tetap nak kasut neh...aihh...:(

Aku dah tempah biskut raya

pic : gugel

Skrg masa begerak pantas, so sebagai sorg yg menghargai masa (konon) aku tempah awal2 kat opismate aku kueh raya. Opkoz kali ni aku tempah kat opismate baru la di Wisma Putra. Tapi blom la dpt lagi...maybe minggu terakhir bekeje sblm cuti raya baru dpt..

Tapi sblm tu aku da tanya org lama wisma ..dorg kata biskut raya dia mmg sedap..so aku ngn Kak Nor (besfren aku kat wisma putra) pun tempah laa. Aku tempah 6 bekas. Cukup le utk aku, umh mentua n mak.

Mak aku jenis wat biskut raya sendiri so aku cuma bwk balik dlm sebekas je. Nanti2 dkt2 nak raya aku nak beli peyek2 or kepek2 wat tambahan. Tak yah beli byk2 le..ala kadar je sudah.

Selasa, Ogos 02, 2011

Khairul Fahmi beri 10 sebab.....


10 sebab je keww...nape tak 100 hehehe..adoi tak bek yaya..org tengah berduka tu..ok ok..harap dorg neh cptle setel prob korang yea..malu gak 1msia tau kan..:(( pepon aku tumpang sedey...x ske la putus2 or gaduh2 neh...mybe sbb aku ni sorg yg sarat ngn kasih syg kot...erm....berbaik la ek...


1. Keputusan Nekad Putus Tunang

“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

saat bahagia elia dan khairul fahmi

Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga

Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

Dahlia...adik angkat Khairul Fahmi?

Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.”

3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan

“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluar berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

4. Isu facebook

Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.

5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia

Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

6. Campurtangan Pihak Keluarga

Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.

7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia

Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

8. Sudah Lupa Diri

Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan

Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

10. Memohon Maaf

Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.


Wordless Tuesday

Isnin, Ogos 01, 2011

Kemelut Khairul Fahmi dan tunang

TINGGAL KENANGAN...Elia (kiri) hanya mengetahui kisah putus tunang menerusi kenyataan Khairul dalam Metro Ahad, semalam



‘Khairul tak cakap apa’


TINGGAL KENANGAN...Elia (kiri) hanya mengetahui kisah putus tunang menerusi kenyataan Khairul dalam Metro Ahad, semalam. KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.


p/s : kesian sbnrnye kat dorg neh ..hope bulan baik ni dapat setel masalah yea..setel cara baik..amin...to all bloggers..da pikir ke menu ape nak masak petang ni..aku tak sure lagi tapi kat umah ade sotong, ikan n udang..ayam pun hado..erm maybe sampai umah nnt idea mari nak masak lauk yg mana satu hehehe...Selamat Berbuka kwn2...

Apa kata dia jewwww...

my doter..the one n only..walaweyyy da besorrrr ...skrg nek kete dia jd mem kecik..dia dok dpn ..papa drive...aku dok belakang..klo tak bagi dok dpn dia ngamok2..tapi ikot mood dia gak le..ade kala nya dia nak dok belakang sorang..ade kalanya dia nak aku dok dpn ngn dia plak...adehh pening ikot kehendak dia..tp da bapaknye suh ikotkan aje..pe nak kata..huk3..manja giler seyh ini budak!!!!

OK di kesempatan ini aku nak ucapkan kepada seluruh rakan2 blogger ku, kwn2 yg kenal aku or tak yg sudi baca blog aku neh..Selamat menunaikan ibadah puasa ek...Bermula episod aku yg pening pala otak nak pikir menu bebuka n besahur hoho. Semoga ramadan ini juga kita dapat cari pahala lebey dgn wat aktiviti2 yg ley menambahkan pahala..ok..sesama lah kita...:))

Demi Cinta Ini

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker