Jumaat, Disember 30, 2011

Khasiat Surah Al-Waqiah


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
.
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
.
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Khamis, Disember 29, 2011

Pegawai PTD dituduh pukul suami guna fail pejabat

2011/12/29

SEPANG: Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat, sembilan bulan lalu.

Kamaliah Basir, 35, didakwa mendatangkan kecederaan kepada Zaihan MdLani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 3 Mac lalu.
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Aqeeb Lizalman memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 sebagai ikat jamin.

Bagaimanapun, Hakim Zurina Mohamed Nor menetapkan ikat jamin sebanyak RM1,800 dan 9 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

sumber BH online

ps/ hape daaaa...................

Hari Pendaftaran di Tabika Permata

Alhamdulillah, 27 Dec, aku n hubby selamat mendaftarkan anak  kami di Tabika, Putrajaya. Sorry tak boleh nak beritau sekolah ni kat area mana, sbb anak aku tew perlu privacy. (Cewah ..mcmlah anak menteri plak tak bley bitau sekolah mana hahahaha). 

hubby n doter masa jog

Biarlah kat blog ni aku je yg korang tau serba serbi..tapi peribadi my doter tu sikit2 je la eyh hehe. Lagipun da jenuh aku stori pasal anak aku masa dia baby kan.  Da nak membesar ni aku rase aku nakkan anak aku tew privacy so sbb tew la sikit2 je letak citer n gambo dia hehe. Ikut masing2 la kan..de org yg okey ..okey jew..aku sajew je ngada2 ..aku nk aku jew inteprem dlm blog aku ..boley?hahahaha.  Pepon dun wori, citer my doter ttp ade dlm blog cuma tak sebyk stori dia masa dia baby lah. 

Ok hari daftar tu aku n hubby byr yuran pendaftaran + plus baju seragam (2 pasang) + baju sukan (2 pasang) + transit fees..almost RM300. Tu blom lagi buku2 blaja dia, cekgu dia kata blom lagi..nanti akan diberitahu psl pembelian buku2 blaja tew...Belom lagi beli kst sekolah n lain2 peralatan huhuuuu...adehhh

Sesi sekolah start 4 Januari. Sekolah ni monthly pun ada yuran.  My doter akan tabika situ sampai jam 12 pm tapi aku tak perlu kua opis gi amik dia ke ape, sbb tabika tu dua tingkat..atas tabika, bwh transit. Gila senang ok!So abes tabika..dorg amik budak2 tabika neh dok transit bwh lak. Kat bwh tu ade taska 1-4 thn gak. Transit lak for 5-6 yrs. So budak2 transit ni klo nak wat keje sekolah ke ape ley wt sesama ptg tew kat situ. My doter next year will be 5. So bley amk anak aku tew abes waktu keje ...alhamdulillah takyah aku tekejo kejo.

Wiken neh nampaknya boleh shopping da beg sekolah dia, n peralatan sekolah lain serta kasut sekolah. Adui melayang lagik RM! Sib cuti 3 hari kan. Ade masa nak shopping brg sekolah dia. Kejap je masa. Da sekolah anak aku weh. Hahahah how time flies. My doter neh terlalu manja especially dgn papa dia. So aku arap hubby n aku tak terlalu lagi manjakan dia. Lagipun dia da nak membesar. Bukan budak kecik. Ni nak masok 5 thn semua papa buatkan. She is so manja.  Semoga Damia dapat belajar dengan baik dan berusaha menjadi anak yg pintar.  Amin....InsyaAllah...


Rabu, Disember 28, 2011

2PM : HANDS UP !


2pm : Hands up, radio era fm salu men lagu neh..giler sedap lah..

Lets pictures do the talking...

 nYumssssss

 mabelessss

 hot choc

hubby n doter

~Huhu malas menaip...so let the pictures do the talking~


Selasa, Disember 27, 2011

Super Junior - Bonamana


Sgt giler ok...tak kenal tak cinta...camtu la aku dgn kpop neh haha.  Actually aku da lama pasan era fm ada pasang lagu korea neh.  Gila sedap tapi Dj tu x pnh ckp tajuk ape lagu tu or sape nyayi.  At last aku berjaya gak atas bantuan kwn2 aku kat fb hahaha.  Dapat tau nama grup pn cukup so aku ley google tajuk lagu.  

Even some of my frens ada bagi tajuk lagu tapi yg era fm pasang tu adalah lagu lain.  Wateva it is, semua lagu Super Junior (SUJU) neh sedap2...so kesimpulannya i'm in love with Suju hahahaha.  

Layan lagu Bonamana neh...korang tengok penyayi yg mula2 nyayi dlm MV neh..cantek giler tarian dia ohhh ...ley pengsan tengok ha ha...Tarian Suju pun semua cun2...enjoice!!!

Isnin, Disember 26, 2011

DON 2 best!!!!

 Pelakon Adi putra muncul satu scene dalam filem DON 2

Don 2 da tayang kat pawagam kan.  Cam biasa aku takkan sempat gi panggungnya.  So slalu download jew. Berjaya download kat internet. Nak wat camne..sbb kat internet da ade..so dpt la aku tengok cpt kan hehe.  Aku da tengok Don 2.  Lebih baik dari Don.  Walopon da lama tak tengok film hindi ..filem2 baru neh, sbb minat da takde tapi Don 2 tetap tak mengecewakan aku. Maklumle hindi2 muvie ni aku fanatik thn 95-96-97-98 dulu2 khennnnn...

Bestnye polis2 dan banduan dalam citer neh dpt shooting dgn SRK hehe.  Ramai org Msia dalam citer neh dan pelakon kita yg aku kenal dalam Don adalah Adi Putra dan Ridzuan Hashim.  Klo dalam Don dulu ada pelakon Shaharuddin Thamby kan.  Untungnya.  Aku rasa klo Rosyam Nor muncul dalam Don pasti meletop.  Baru la kena...Abg Long tewww huhuuu. Silap2 ley overshadow SRK hahahah.

 SRK (kiri)

Byk aksi2 menarik, fight scene yang buat kita tak senang duduk.  Don bukan love story yea..so tak byk lagu2 ke ape..byk aksi2 jew...aihh suka tengok aksi Priyanka Chopra (heroin) dalam citer neh.  Aku salu berangan jadi polis ..klo la dpt jadi cam dia dlm Don pun okeh ha ha...but i know..my family takkan baginye..sbb tu la aku adalah apa aku skrg huhu...So kwn2 jgn lepaskan peluang tonton Don ok. But better u olz tengok Don yg mula2 dulu sblm tgk Don 2.  Kang korang tk paham jln citer plak...


Ahad, Disember 25, 2011

Wedding di Sg Long

 Me (tudung n baju biru), hubby (baju itam)

 My doter (baju kurung pink) n bestie

kwn2 hubby n my doter

Tak byk amik gambo masa gi wedding di Sg Long aritu. Msh citer ari sabtu. Sg Long yea..bukang Sg Lui hehe. Lepas kua pg sabtu gi sikret resipi tew ..tengahari nye gi wedding lak.  Tuko baju je lew. Ingat nak pakai jeans je haha sbb aku gila pemalas nak siap.  Tapi hubby suh gak tuko baju.

Ok aku tak kenal pun pengantin.  Hubby kata junior dia..kt Uitm .....mostly kwn2 hubby yg dtg tu semua ku kenal sbb salu jumpa sblm neh..dorg pun kwn2 itm hubby dulu gak...kecuali pengantin aku tak penah kenal....  

Menu kemain byk. Ada ayam, daging, ikan, nth bape byk lauk lagi ....mmg gila2 byk lauk.  Mcm2 dorg masak.  Majlis ni wat kat Institut penyelidikan veterinar.  Tahniah utk pengantin... Makanan semua sedap2 ~

JJCM Sabtu~

Me

Me n doter
Cuti 3 hari aku tak balik kg aku or kg hubby. Lgpun byk urusan kat sini.  Pagi Sabtu hubby g setel dulu hal dia.  Then we olz kua gi breakfast.  Tu pun da lewat.  Actually kat umah aku buat roti bakar je pun ngn coco crunch.  Ingat nak masak heavy tapi mikirkan hubby kata lepas urusan dia bwk bekpes lua so tak la msk mihun ke ape. 

Tapi lewat gak dlm kul 10 lbh baru gi bekpes lua.  Tapi mls nak mkn heavy sbb prot kenyang lagik. Time tu tiba2 lak aku teringin kek. Aku ckp kat hubby tekak tiba2 nak menda manis...cam cakes kew.  So we olz gi sikret resipi mkn kek 3 banak.  Lgpun hubby kata tengahari nak gi wedding kwn dia..junior dia dulu katanya kat Sg Long.  So fine la...nnt la mkn nasi umh pengantin kan.  

So we olz mkn kek lg pun aku still kenyang mkn roti bakar.  Tak lama pastu adik hubby dari KL dtg nk lepak weekend umh we olz sbb tak blk kg gak.  So we olz bwk dia gak gi wedding tew.  Mlm aku tak kua prepare dinner lak. Memasak. Mls mkn luo sbb aku mls nk besiap g pun pnt kua td...n aku nk abeskan ayam dlm esbok huhuu..

Sabtu, Disember 24, 2011

Hujan dan Airmata....



ANTARA HUJAN DAN AIRMATA
.
LAGU - M.NASIR
LIRIK - SUDIRMAN

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
.
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
.
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu
.
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
.
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih...

p/s : lagu peberet dedolu gak...salu denga masa dulu2=)

Lunch @ Kenanga Wholesale City, KL

Punyalah kan.  Opis dari Kementerian Luar Negeri, Putrajaya sanggup tu jalan2 cari makan ke KL hahaha.  Mmg we olz salu camneh.  Sejak opis baru neh.  Lunch tiap2 hari pasti akan kuar. Kecuali bekpes je mkn kat kafetaria.  

Jumaat (semalam) aku n opismates menuju ke KL.  Ai pollow jewww.  Dorg la kwn2 aku nk shopping kat Kenanga Wholesale City.  Tempat pemborong baju n mcm2 lagik la.  Situ ley tahan baju2 kurung2 moden, baju2 fesyen terkini mmg kelasssss.  Tudung2 pun cantek2 giler.  Murah2 plak tew. 

 me n opismate Intan

 Menu aku asam laksa =)

Opismate aku shopping sakan haha aku tak la...pastu gi makan2 dalam tew.  Aku mkn asam laksa.  Enjoi giler aritu nanti ley terjah lagi.  Ni pun tak cukup korum sbb ade yg kensel last minit sbb de hal lain so kitorg gi bertiga je smlm..dua lagik takde..sorg kursus sorg lagi ade hal.  Takpe lenkali kita terjah reramai!!

Jumaat, Disember 23, 2011

Khamis, Disember 22, 2011

SBPA Tangguh~

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari ini.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Dato' Haji Omar Osman, Presiden CUEPACS

P/S Pasneh bincang bebaik yea..aku mmg tak sain papepon..sbb takde rase keinginan nak sain pun...=(

Leia Rose baby Marion Caunter~

Marion Caunter selamat melahirkan seorang bayi perempuan 16 Disember (Jumaat).  Tahniah Marion Caunter dan Nasarudin.

Leia Rose Caunter Nasarudin


sumber : rotikaya dot com

Di tepian pantai, Putrajaya

Me

Hubby and doter

 Me n doter, Damia...dia sgt suka main pasir, maklumle..kat sini susah jumpa pasir..

Haaa jangan korang tak tau...kat putarrrrrjaya ada pantai ok.  Siap ada pasir..pokok klapak gitu. So takyah susah2 aku nak gi cari pantai kat laut mana2..agak2 nak termenung ke hape korang ley mai sini.  Tenang jew. Ok la ni pantai buatan.  Ade kat belakang Pusat Maritime ..tepi2 pullman hotel tu jew.  Masa jogging aritu mmg lalu la area sini. 

Situ ade pasir2...pokok klapak kot nak2 carik ilham bleyle sandor kat btg kelapa tewww.  Sini pun ramai la org wat shooting..photoshoot  gambo kawen ke hape mmg ade dorg wat sini. 

View cun..so ley la agak2 tak sempat cari pantai laut sebenar..meh datang pantai buatan kat Putrajaya neh.  Tapi korg g jgn bunuh diri msk tasek neh plak yea kwn2..no no no tak bley...bahye ..dosa okeh hehehe.

Rabu, Disember 21, 2011

Pesona Marilyn Monroe

 Marilyn Monroe

Ok sebenar-benarnya Marilyn Monroe adalah actress yg tak asing lagi dalam hidup aku.  Cewah mcm jiran sebelah umah jew ha ha.  Masa kecik2 aku salu tengok dia dalam majalah or tv.  Pelakon jelita ini ada pesonanya.  

Aku suka dengan rambut gulung2 nye.  Muka dia sgt bersih.  Dan klo dia bersolek suka tengok solekan dia sgt bersih dan kemas di wajah.  Dia suka mengenakan lipstik berwarna terang.  Sesuai dengan kulitnye.  Skrg ni anak aku jadi mangsa bila aku gulung2kan rambut anak aku semata2 nak nampak dia cam rambut Marilyn hahaha.  

Gila dowh aku ..sesaje jew..tapi rambut my doter takde la warna perang camgitu eyh.  Cemana pun Marilyn actress jelita yg penah mencetuskan kontroversi dan terlibat dengan skandal Kennedy ni mmg jelita dan sgt popular dulu2. Kematian dia pun sampai skrg jadi tanda tanya.  Korang kenal ke Kennedy tu sape.  Owh google la sendiri ..heheh aku mls nk citer.  Gila pemalas tol aku jd blogger hape tak guna skang kan..ahahahha

Elly : 4th Blog Anniversary Giveaway


Okay mari kita join GA dari ELLY.  klik gamba utk terus ke blog Elly

Syarat2 penyertaan GA ini:

•U have to be my followers !! = DONE


•Sila gunakan gambar diatas sebagai GA banner = DONE

•Sila nyatakan/ceritakan pendapat uolls tentang blog picisan ku ini

OK blog ini pertamanya...satu kecomelan yg tak boleh dimaafkan adalah banner blog ini yg sgt cumil.  Menggunakan picca gajah kiyut sbg metafora yg menghidupkan banner n blog ini.  Jrg org nak guna gajah ok.  But elly blogger yg pertama buat..haahha so cumil!!.  Blog elly ni plg best sbb ade citer makan.  Lagipun aku pun suka makan so suka la tgk gambo2 makanan =). Byk citer happy2 je dlm blog elly neh, mcm filem komedi ringan..kdg2 je ade deruan ombak rindu sket hahaha (romantika elly n seth mat)! Pastu suka baca dlm blog ni citer psl percutian.  Boleh la kita cedok experience dia kan...
•Sila pilih 4 (empat) n3 eLLy yg anda rasa best sepanjang 4 tahun ini

1. Nightlife @t Langkawi
2. Bercanda di tepian pantai
3. Rezeki jgn ditolak
4. Angry Bird

•Sila TAG 4 (empat) orang kawan anda

1. Hajarus
2. Diamilikku
3. Idashah
4. Iela Fazielah

•Sila tinggalkan LINK n3 anda disini (ruang komen) = DONE

JOm join guys! Hadiahnye duit tew...RM40 ok!...

Rahsiaku dgn Rahsia Resipi

nyum3....sedap oh..jemput makan!

Sejak dok opis baru ni gak aku suka sgt sikret resipi neh.  Dapat lak geng2 yg suka makan mendalah neh.  Da la dorg rajin kua lunch, aku tumpang je kete dorg..jrg sekali aku drve kete aku sbb dorg willing bwk kete depa, so aku tumpang je lewwww. 

Geng2 aku neh, klo sorg nak mkn mekdi contohnye..sorg nak sikret resipi so kita undi la..mekdi makan sana, and kek tu tapau hehehe.  Dorg sini gak agak pemurah, suka belanja org, alhamdulillah..syukur dapat geng2 yg suka belanja makan2 neh, moga murah rezeki kwn2 aku neh semua hehe dorg tak berkira sgt..tp yg tak tahan geng aku neh... ske mkn fast food ..haiyooo aku pun tepaksa la follow walopon aku ni hakikatnye antu nasik =)

Selasa, Disember 20, 2011

PETRONAS tamat taja Ariff Alfian

Berita ini hangat diperkatakan pada minggu ini dan susulan dari entri aku di >>> Pelajar Malaysia di Dublin yang hilang telah ditemui. 

KUALA LUMPUR: PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom. “Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.
Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BH Online

p/s pada pandangan aku la kan...utang mmg kena byr, pemberi pinjam mmg la bley tuntut utang nye tapi buat masa ini aku rase petronas saba2 la dulu kut, akidah ariff tu lebih penting.  marilah kita sama2 berusaha bawa Ariff kembali kepada Allah.  Utang blaja tu mungkin ada jalannya nanti.


 

Bruno Mars~Marry You


Lagu segar dari Bruno Mars...mmg menyegarkan ..best okeh!

Ahad, Disember 18, 2011

Jogging di Pusat Maritime Putrajaya


 masa ni da patah balik...my doter kata kaki dia melecet..so hubby capok le dia ..haih manja tol..saje je dia tu..sikit je melecet nye ..


 laju ok dua banak neh jog

ececehhh my doter posing huhu
 me

Xtvt ujung minggu ni jogging lagi.. huhuuu.  Takpe la janji satu famili wat xtvt sht okeh hehehe.  Share the piccas.  Merentasi Pullman Hotel Putrajaya dan Pusat Maritime...suasana cantek giler jogging tepi tasek nya.  Biasa kami jogging kat area picc, shangrila or kat Precint 11.  Kali ni di sini pula....sini pun ade tempat swimming. 

Sabtu, Disember 17, 2011

Tragedi Buah Epal


Kau merah sangatlah mengghairahkan
Dan kadang hijaumu lugu
Padamu telah tercipta
Denyut getaran hidup
Seirama dalam dunia

Dalam dunia

Kau menggoda setiap insan
Yang menatapmu berbeban harap
Anggunmu tak sombong
Coklatmu seketika
Melupakan kudrat kehidupan

Oh duniawi

Mungkin kau belum merasa gelisah
Dan terlepas dari rasa ragu
Namun dirimu itu tersimpan jua
Seribu tanya seribu sapa

Dan saatnya kini kau pun pasrah
Di sisi kilau sebilah belati
Tak berdaya lupakan dirimu
Hanya tuk sekadar pelepas dahaga

Oh tragedi
Oh sungguh pilu
Pertemuan yang membius diri
~


Layan lagu neh plak
i love this song
suka denga versi Rosma AF1 bwk masa konsert AF1 ..=)

Maafkanlah diriku ini,tiada rela jua jadi begini....



DARJAT by A to Z

Beza antara kita
Rupa darjat dan harta
Sudikah kau terima

Bukan niat di hati
Bukan niat dihati untuk menghancuri..
Hati dan naluri

Seharusnya kau tahu
Betapa kemerinduimu
Kekasihku...

Punah hasrat di minda
Untuk hidup bersama
Pabila kau tiada...

Masa berlalu jua
Aku tiada berdaya
Biarlah kurasa...

Seharusnya kau tahu
Betapa kemerinduimu
Kekasihku...

Maafkanlah diriku ini
Tiada rela jua jadi begini
Tika cinta kian bersemi
Oh relakanlah kupergi...



Jumaat, Disember 16, 2011

Pelajar Malaysia di Dublin yang hilang telah ditemui...

Nauzubillah. Itu yang mampu aku ucapkan bila dapat tahu Ariff Alfian Rosli iaitu pelajar tajaan Petronas ni melangsungkan perkahwinan gay dengan seorang lelaki Dublin bernama Jonathan. Semalam baru baca paper utusan muka depan yang ibu bapa ariff yang buntu memikirkan kehilangan anak lelaki mereka.

Mengikut laman web Rotikaya.com, Ariff Alfian Rosli ni dilaporkan hilang beberapa hari yang lepas dan akhirnya muncul dengan membawakan berita yang agak panas dan kontroversi ini.

Tak perlu lah aku share gambo2 nye sebab nthla tak sampai ati nak letak gambo kawen dia...ngeri ke ape nth. Lagi satu kesian kat parent Ariff..mesti dorg pun sudah terlalu terseksa dgn ape yg terjadi. Semoga Ariff kembali ke pangkal jalan.

Semoga Allah membuka hatinya kembali kepada Allah. Semoga ibu bapa Ariff tabah menerima dugaan ini..sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala perkara yang buruk itu adalah dari dalam diri kita sendiri, Allah juga tidak akan menguji hambanya yang tidak mampu menghadapi ujiannya.....




Fresh Orange my fav~

Me n Fresh Orange

Lately suka tol fresh orange..ske tol air masam2. lately pun salu beli air asam boi dlm botol tu. Hape la..da makin berumo mood mkn or minum salu betuko tuko or berbalik balik khennnn. Dulu masa bujang suka coklat ...pastu da kawen dkt 5 thn tak bape makan..la ni skang da gila makan coklat balik...huhu..pusing2..hidup ini satu putaran...=)


Add Image

Hari Inovasi Kementerian Luar Negeri~

Me n Sha

Tak ngntok pun dengo dia berucap..suara dia sedap! ha ha

aturcara mejelis....berguna wat kipas time panas khennnnn


bersama speaker ..heyyy korg tau tak..dia ni la bdk MMU dulu yg create katun upin dan ipin tu..=)..dia dan beberapa kwn dia dulu yg mencipta karektor upin dan ipin yg popular skang hihi
-aku (tudung kuning) dan rakan2 sepejabat-

Hokey ade hari inovasi kat opisku..bley la..speaker bestttt hehehe, cam biasa start pagi abes tu ada makan2. Hari Inovasi dirasmikan oleh KSU Kementerian Luar Negeri iaitu Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman. Abis mejelis ade makan2 ni part plg best..ade nasi goreng n mee kari. Pas kenyang naik atas da kul 1230.

Tahniah juga kepada kumpulan Pentarama dari Jab Penerangan. Sedap2 suara penyanyi yang menghiburkan kami huhu...Tahniah juga kepada mereka (warga wisma putra) yg menang pertandingan Menulis esei dan Mymeeting. Syok le hadiah duit riban2 tewww. Bila nak belanja aii huhuu

Khamis, Disember 15, 2011

Tak sanggup ku gadaikan cinta, pabila dipertaruhkan jiwa…

Me (tudung kuning) at my office, Wisma Putra

Tak sanggup kulafazkan cinta
Kerana takut hatikan kecewa….
Tak sanggup kuucapkan sayang
Bila dihati masih terbayang…..
Dilukai ketika dulu…
Pedihnya masih menghantuiku

Korus
Serik dah ku rasa
Mempercayai cintakan abadi selamanya
Hingga ku dinoda
Menyerahkan jiwa untuk dikecewa akhirnya
Tak sanggup aku dihimpit pilu

Oh benar tak sanggup kuikrarkan janji
Yang tak mampu untuk dikotai…
Bukannya jiwa tak berkasih
Luka lama kurasakan masih mencurigai gerak hatiku..
Pedihnya masih menghantuiku

(Ulang Korus)

Oh benar tak sanggup ku berduka lagi
Meletak harapan terlalu tinggi
Tak sanggup kugadaikan cinta
Pabila dipertaruhkan jiwa…
Dilukai…dibelenggu..
Pedihnya masih menghantuiku


songs by X factor

Salam Khamis~

just me!

tu jewwww..mls nak taip sebenornye...de byk menda nak stori tp mls nk wat entri pnjg lebor hehe, ari kamis gi keje ari batik tp aku ni mmg takkan pakai batiknye..melawan sungguh kan haha...pe nak jadik le aku neh...~


Rabu, Disember 14, 2011

Burger King Alamanda

 dua2 mkn ngn sopan, aku (tudung pink) n Kak Nor

Ohooo malasnye nak menulis....da start bersawang balik blog ku ini.  Aritu sempat g beger king lagik ngn opismate aku.  Asyik mkn luo je kan.  Kali ni gi ngn Kak Nor, aritu gi beger king ngn Azi...

 Actually Alamanda ni bagaikan umh kedua kitorg.  Salu je lunch sini.  Plg dkt le dari opisku Kementerian Luar Negeri nak ke situ.  Jarang skali we ols lunch kat kafe wisma.  Biasa breakfast je dalam...lunch mesti kua.  Kdg kua bedua, bertiga, berempat or berlima..ikot la kelapangan masing2.  Klo de yg bley follow so gi la..klo tak bley follow de hal ke ape..takpe sbb esok masih ade..da tu salu je mkn luar kan.  

ohh kami ade projek gempak, gaji bulan ni, kami kuar ramai2 lak maybe 5 org dan menuju ke KL!! Hahahah jauh giler jalan2 cari makan kan.  Tu leww sejak opis baru kitorg mkn kua putarrrjayaaa okeh..LIKE!!


P/S Tq Kak Nor banjer ai~


Isnin, Disember 12, 2011

Camelia di majlis cukur jambul anaknya

Camelia memangku baby nya

Penyanyi Camelia dan suami

Penyanyi Camelia di majlis cukur jambul anaknya. 

sumber : roti kaya dot com

Ahad, Disember 11, 2011

Kita ditakdirkan jatuh cinta ~

 
Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta - Spring

Ku tak tahu mengapa
Tiba-tiba sahaja
Di dalam hati ini sering rindu padamu
Ingin kumeluahkan, tak berdaya

Ku tahu engkau jua
Sangat sayang padaku
Kaupun sering merindu
Bila tidak bertemu ternyata kau dan aku
Punya rasa...

Kau dan aku sudah ditakdirkan bertemu
Dan tiba-tiba kita jatuh cinta
Ini semua sudah suratan ilahi
Dan kita harus tabah hadapi kenyataan

Biar... apapun terjadi
Aku... harap engkau tabah...
Menerimaku sebagai teman barumu
Semoga kita saling sayang, bahagia...

  Janganlah engkau pergi
Selagi di hatiku...
Masih menyayangimu, oh sayangku...

Bila sehari tak pandang, aku rindu...
  
p/s selain lagu Sampai Hati dari Kumpulan Spring yg popular, aku lebih suka lagu neh sebenarnya, lagu ini lagu peberet yg aku ske dengo gak masa dolu2..masa zaman skola =)
 


Selamat Pengantin Baru Chef Riz (Masterchef) dan Pelakon Ana Dahlia

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon filem 'Mantra', Diyana Mastura Jaafar, 28, atau lebih dikenali sebagai Ana Dahlia kini sah bergelar isteri kepada Mohd Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan, tepat jam 12.20 tengah hari tadi, di kediaman pengantin perempuan, Kg.Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.

  Ana Dahlia
Ana Dahlia yang berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 56, dinikahkan oleh Ustaz Hj Nawi Osman,57, Naib Kadi, Kg. Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Perak.Di majlis tersebut, Ana Dahlia menerima wang hantaran sebanyak RM20 ribu dengan mas kahwin RM1001.00 beserta 13 dulang hantaran dan dibalas sebanyak 15 dulang daripada pihak perempuan.
Ana Dahlia yang ditemui selepas acara akad nikah melahirkan rasa syukurnya kerana semua yang dirancang berjalan lancar.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang diubah pada saat-saat akhir.
"Pastinya, detik ini menjadi satu hari yang bersejarah buat saya dan Riz kerana telah sah menjadi suami isteri," ujar Ana yang anggun dengan persalinan rekaan Fendi dari Butik Syarakim.
Selepas acara akad nikah, majlis persandingan akan diadakan pada sebelah malamnya bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.
Selepas itu, majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember ini.
Ana Dahlia yang juga bekas peserta program 'Pilih Kasih' musim pertama mengikat tali pertunangan bersama Chef Riz pada 5 Oktober lalu.
sumber : MH Online

Kepada Allah kami berserah~

Me nk kua gi mkn luo!

Hari Sabtu aku tak masak dinner.  Rehat la no.  Tp lunch tu aku masak la..Penat la..da la ari keje pun kena masak, ari cuti neh bg la chance aku rest memasak ..asyik keletung keletang kat dapo bosan aihhh.  

Nthla tahun ni aku rase aku kerap sgt memasak.  Thn ke 5 kawen plak asyik memasak.  Aku ni bukan betoi mood..de masa rajin..klo time mls tu phm2 la..sib la dpt hubby yg tak kisah sgt..even dia lg suka aku memasak tp dia sgt memahami bila masa aku kata aku tak larat ke ape nak rest ke ape hehe..

Dalam perkahwinan ni yg penting tolak ansur dan saling faham memahami kan...ye la mana ade laki tak suka bini dia masak, kdg klo bini masak mkn bertambah2..klo mkn lua sikit je kan...salu camtu la..tpi disebabkan persefahaman dan tolak ansur itu ada, so disitulah wujudnya give n take ..

Bila da berkahwin ni kalau suami isteri tau peranan masing2 aku rase takde masalah..selagi berada di landasan yg betul dan kerana itu mungkin kami lepas ujian bertahan selama 5 thn 1 bulan!!. Yg penting saling percaya mempercayai satu sama lain.  Curiga kena ade tapi jgn melampau. 

Sebagai isteri/suami, tentu skali la kita kena pandai bwk diri.  Kita masing2 bekerja, senang bergaul dengan org, kita berkerja kenal ramai org so masing2 tau batas pergaulan itu setakat mana. 

InsyaAllah mak abah yg da kawen berpuluh puluh thn, dan abg dan kakak2 aku yg berkahwin dan bekerja itu aku jadikan panduan dan mereka hidup harmoni lebih berbelas dan 20thn berkawen sampai anak2 da besor panjang tapi still bahagia. Aku byk dpt nasihat dan panduan dari mereka.  InsyaAllah kepada Allah kami berserah segala-galanya...

Setakat ini i'm happy with my life, ada suami ada anak, dikelilingi ibu bapa yg masih sihat ..alhamdulilah, ada adik beradik yg ramai, ada abg, kakak2 yg ramai, ada adik pmpuan, adk lelaki ade ipar duai...dan anak2 saudara yg lebih 20 org!!

Semoga Allah panjangkan usia dan sihatkan insan2 kesayangan ku itu semua nya. Mungkin itu salah satu sebab kenapa aku selalu nampak ceria....kerana dikeliling mereka... yg penting aku bahagia bersama org2 tersayang....semoga bahagia itu milik kita bersama ke akhirnya...

p/s : jap lagi nak jogging guna mesin dlm umh lagik, lately asyik bersenam je sampai digelar annaroxia huhuhuuu, xpe ai bersenam utk sihat okeh =)..aku tak penah amal supplement or any ubat diet ..dari dulu aku lbh pecayakan senaman!




Sabtu, Disember 10, 2011

Jogging lagik!!

 rest jap....penattttt...

anak manja nak lari belah sana ..momy nk lari belah sini..berlainan arah huhuuu
 kasut jog kecygnku...thn dpn kst ni berusia 3 thn hehe

Xtvt jogging kami sekuarga on lagik minggu neh.  Bukan tiap2 minggu ley wat yea.  Ikot la klo takde pape program pagi kami gi jog dulu.  Tu pun bergantung pd cpt or lambatnye bgn pagi muahahaha. Setelah pnt bekeje isn-jum...,sabtu ahad masa berkualiti terbaek utk kami sekuarga!



Demi Cinta Ini

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker